Yallah
Super Active Member
- Messages
- 7,171
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,171
- Reaction score
- 977
- Points
- 121
Angka korban serangan bom berani mati di Pantai Lido Mogadishu meningkat kepada 32
Oleh BERNAMA-SPUTNIKOgos 4, 2024 @ 3:40am
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 32 orang, termasuk seorang askar terbunuh, manakala 63 lagi cedera dalam serangan bom berani mati di Pantai Lido Mogadishu, Somalia, lapor Sputnik.
Insiden itu dilaporkan oleh Televisyen Nasional Somalia (SNTV) pada Sabtu, memetik sumber polis.
Pada Jumaat, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di Pantai Lido yang popular berhampiran sebuah hotel di ibu kota Somalia, Mogadishu, mengorbankan puluhan nyawa.
Sebelum ini, media melaporkan 20 kematian dan menambah bahawa kumpulan radikal Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.
Agensi Berita Nasional Somalia berkata, anggota pasukan keselamatan Somalia sudah membunuh lima militan yang terbabit dalam serangan itu.
Al-Shabaab adalah kumpulan pejuang yang berpusat di Somalia dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.
Ia melancarkan penentangan bersenjata terhadap kerajaan Somalia dan menghalang misi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.
Somalia runtuh sebagai sebuah negara bersatu pada tahun 1991 dengan kejatuhan pemerintahan diktator Mohamed Siad Barre.
Komuniti antarabangsa mengiktiraf Kerajaan Persekutuan yang berpusat di Mogadishu sebagai satu-satunya pihak berkuasa yang sah di Somalia, manakala sebahagian besar kawasan di utara dan timur negara itu masih di bawah kawalan Somaliland dan Puntland yang diisytiharkan sendiri dan tidak diiktiraf.