Angin kuat, banjir di Perancis ragut nyawa

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
29,533
Reaction score
2,306
Points
191

Keadaan banjir di kawasan Pyrenees-Atlantique selepas berlaku ribut.

PEYREHORADE: Sejumlah 14 kawasan di barat daya Perancis, wilayah Alps dan pulau Corsica, Mediterranean berada dalam keadaan berjaga-jaga hari ini, susulan angin kuat dan banjir menyebabkan bekalan elektrik di 60,000 kediaman terputus.

Keadaan cuaca buruk itu turut mengorbankan sekurang-kurangnya seorang mangsa dan mencederakan lima lain.

Perkhidmatan kaji cuaca Meteo France menurunkan tahap berjaga-jaga di kawasan Pyrenees-Atlantique di Basque Country daripada isyarat merah kepada jingga.

Seorang lelaki berusia 70 tahun dilaporkan maut, semalam, selepas kenderaannya ditimpa pokok tumbang di jalan raya, ketika ribut. Lima mangsa lain cedera dengan dua daripadanya mengalami cedera serius disebabkan nahas serupa. - AFP

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
29,533
Reaction score
2,306
Points
191
2 warga emas maut akibat ribut, banjir


PEYREHORADE: Dua pesara terbunuh dan ribuan rumah terputus bekalan elektrik akibat ribut dan banjir melanda barat daya Perancis.

Seorang lelaki berusia 70 tahun maut di Pyrenees-Atlantique di Basque Country, kelmarin apabila kenderaannya dihempap pokok tumbang.

Di Espiens di Lot-et-Garonne pula, seorang lelaki berumur 76 tahun dihanyutkan arus deras ketika keluar mengambil surat di kediamannya, Jumaat lalu.

Mayatnya ditemui penyelamat 24 jam kemudian selepas hanyut lebih 1 kilometer dari rumahnya.


Sementara itu, dua parah dan tiga cedera ringan selepas kenderaan mereka dihempap pokok.

Operator bekalan elektrik, Enedis, berkata ribut berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya 40,000 rumah tiada bekalan elektrik pada tengah hari semalam.


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
29,533
Reaction score
2,306
Points
191
Dua maut ribut landa barat daya Perancis

Anggota bomba meredah banjir di Peyrehorade, Perancis. - Foto AFP

PEYREHORADE (PERANCIS) : Dua pesara terbunuh dan ribuan rumah bergelap akibat ribut dan banjir yang melanda barat daya Perancis.

Fenomena alam itu juga menyebabkan 11 bahagian masih kekal dengan amaran peringkat jingga sehingga lewat malam tadi.

Seorang lelaki berusia 70 tahun maut di Pyreness-Antlantique di Basque Country, Jumaat lalu apabila kenderaannya dihempap pokok tumbang.

Di Espiens di Lot-et-Garonne pula, seorang lelaki yang berusia 76 tahun menjadi korban, juga pada Jumaat lalu apabila dihanyutkan arus deras ketika mengambil surat di kediamannya.

Mayat mangsa ditemui lebih 24 jam kemudian selepas hanyut lebih 1 kilometer dari rumahnya.

Turut menjadi mangsa ialah lima individu lain yang cedera apabila kenderaan dinaiki dihempap pokok.

Operator bekalan elektrik, Enedis memberitahu, ribut berkenaan menyebabkan sehingga 40,000 kediaman bergelap apabila bekalan terputus tengah hari semalam.

Jurucakap syarikat berkata, sejumlah 2,000 pekerja teknikal sudah dikerahkan membantu memulihkan keadaan dan menggesa orang ramai membuat panggilan ke talian hotline sekiranya melihat ada pencawang yang tumbang.

Dalam perkembangan berkaitan, banjir dan tanah runtuh menyebabkan akses ke stesen ski di Gourette dan Artouste terputus, manakala bekalan air bersih kepada komuniti di Laruns turut terjejas. - AFP

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
29,533
Reaction score
2,306
Points
191
Cuaca buruk barat daya Perancis ragut nyawa ketiga

Keadaan banjir akibat cuaca buruk di barat daya Perancis. - Foto Yahoo News

BORDEAUX (PERANCIS) : Cuaca buruk di barat daya Perancis meragut nyawa ketiga semalam, susulan penemuan mayat seorang lelaki di dalam keretanya yang tenggelam, beberapa hari selepas dilaporkan hilang.

Timbalan peguam daerah, Laurent Bidault berkata, kejadian berkenaan berlaku akibat cuaca buruk dan mayat mangsa ditemui tengah hari semalam, berhampiran sungai Ardour, timur Dax.

“Kereta itu tenggelam sepenuhnya,” kata Bidault.

Cuaca buruk mula melanda barat daya Perancis Jumaat lalu, dengan angin kencang dan hujan lebat, menyebabkan ribuan kediaman bergelap apabila bekalan elektrik terputus.

Terdahulu, dua lelaki warga emas menemui ajal akibat ribut berkenaan.

Seorang lelaki berusia 70 tahun terbunuh di Pyrenees-Atlantique di Basque County, Jumaat lalu apabila kenderaannya ditimpa pokok tumbang.

Turut berlaku pada hari yang sama ialah kes lemas membabitkan seorang lelaki berusia 76 tahun, yang dihanyutkan arus deras ketika mahu mengambil surat di kediamannya di Lot-et-Garonne.

Mayat mangsa ditemui 24 jam kemudian, lebih 1 kilometer dari rumahnya.

Sehingga semalam, empat bahagian di barat daya Perancis masih dinaiki air. - AFP

 
Sponsored Post
Top
Log in Register