Angin kencang, laut bergelora sehingga Selasa - Jabatan Meteorologi

Recommended Brokers


myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,863
Reaction score
573
Points
161
Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis dan Kedah sehingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya pada Ahad berkata, ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan pula dijangka berterusan sehingga awal pagi Isnin.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Ianya berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," tambah kenyataan itu.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama turut dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket sehingga Selasa.

Menurut kenyataan itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada sebarang aktiviti laut termasuk bot-bot kecil.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/angin-kencang-laut-bergelora-sehingga-selasa-jabatan-meteorologi-106723
 
Last edited:
Sponsored Post

amazinggold88

CG Top Poster Club
Joined
Nov 1, 2008
Messages
44,759
Reaction score
208
Points
123
mlm tdi ujan lebat ngn angin kencang kat klang
 

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,406
Reaction score
273
Points
141
Sekarang musim pertukaran monsun.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register