BTC USD 51,060.6 Gold USD 1,780.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Tentera, Peniaga Dituduh Bunuh Pesara Tentera

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,633
Points
2,376
MAHKAMAH | Anggota Tentera, Peniaga Dituduh Bunuh Pesara Tentera

Seorang anggota tentera dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas tuduhan membunuh pesara tentera yang mayatnya ditemui di kawasan semak Bukit Sumpitan, di Selama Perak, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Hafidz Ibrahim 34 tahun dan peniaga, Muhammad Ahmad Md Yusoff, 31 tahun hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Farah Syahidah Mohd Noh.

Dibunuh ada hubungan sulit dengan isteri orang

IPOH: Seorang pesara tentera ditemui maut dengan sembilan kesan tikaman pada tubuhnya di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama pada Selasa.

Punca pembunuhan mangsa berusia 42 tahun itu dipercayai kerana cemburu apabila suspek menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata polis menerima laporan mangsa dipercayai dilarikan secara paksa oleh dua lelaki yang dikenalinya kira-kira jam 3 petang di Taman Ngah Ibrahim, Taiping pada Ahad.

Menurutnya, mangsa dilarikan oleh suspek yang bersenjatakan besi dan memandu kereta jenis Nissan Almera pada hari kejadian.

"Bertindak atas maklumat tersebut, polis telah melakukan tangkapan terhadap dua suspek terlibat di dua lokasi berasingan.

"Suspek pertama merupakan seorang tentera berusia 34 tahun diberkas di Perlis pada 13 Oktober manakala seorang lagi suspek berusia 31 tahun yang bekerja sendiri ditahan di Taiping pada 12 Oktober," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Mior Faridalathrash berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bertugas sebagai anggota tentera menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

"Hasil soal siasat, kedua-dua suspek telah membawa polis ke sebuah kawasan di Selama dan menunjukkan lokasi mangsa telah dibunuh.

Jelasnya, mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari sebelum mayatnya ditemui.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini untuk dibedah siasat.

"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah dan Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh," katanya.
- Awani

Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,938
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,938
Reaction score
22,066
Points
1,671

Didakwa bunuh

27 Okt - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pesara tentera dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh anggota tentera berpangkat Pegawai Waran, Mohd Hafidz Ibrahim, 34, dan peniaga, Muhammad Ahmad Md Yusoff, 31, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Farah Syahidah Mohd Noh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa bersama-sama dalam mencapai niat bersama telah membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Zaki Md Aluwee, 42, di kawasan hutan kira-kira 60 meter dari Jalan Kubu Gajah-Lenggong di Selama antara pukul 5.30 petang hingga 10.50 malam, 10 Okt lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun sama memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Roslan Mohd Suki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat.

Sumber : BERNAMA

FB_IMG_1635424925399.jpg
 
pudins70

Super Active Member
Messages
9,193
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,193
Reaction score
980
Points
121
Kena berfikir panjanglah sebelum nak buat sesuatu. Siapa lah kita nak menghukum manusia lain.
Hatta orang tu buat projek dengan bini kat depan mata pun tak boleh bertindak sampai membunuh. Biar undang-undang dunia yang menghukum walaupun pada zahirnya nampak tiada keadilan.
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,633
Points
2,376
Kena berfikir panjanglah sebelum nak buat sesuatu. Siapa lah kita nak menghukum manusia lain.
Hatta orang tu buat projek dengan bini kat depan mata pun tak boleh bertindak sampai membunuh. Biar undang-undang dunia yang menghukum walaupun pada zahirnya nampak tiada keadilan.

Bila diri dikuasai amarah tak terkawal
Begitulah jadi nya
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register