BTC USD 64,059.0 Gold USD 2,371.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Tentera Hilang Ketika Operasi Di Sempadan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,785
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,785
Reaction score
6,533
Points
916
Awards
1
21.06.2024 - Seorang anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, hilang ketika sedang bertugas dalam Op Ukur di sini bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak. Anggota yang hilang itu dikenali Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim sedang melaksanakan tugasan sebagai pengiring penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di kawasan pengukuran Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600) Limbang mulai 11 Jun hingga 2 Sept 2024 yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 Briged Sempadan. Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM), ketiadaan anggota dikesan pada Selasa lalu lebih kurang 12 tengah hari ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada di posisi belakang kumpulan.

“Kejadian berlaku pada kedudukan di jarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600. Usaha pencarian juga kemudiannya telah dipergiatkan oleh TDM mulai Rabu lalu di kawasan tersebut dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga telah mengatur gerak aset mereka dalam membantu usaha pencarian bersama TDM,”katanya

Mwnuurutnya, usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua anggota TDM dan lima anggota JUPEM namun gagal menemui anggota itu.
1718981077421.png
 
Sponsored Post

Anggota tentera hilang ketika bertugas dalam Op Ukur sempadan​


21 JUN 2024

2697693.jpg

Gambar hiasan


LIMBANG – Seorang anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, hilang ketika sedang bertugas dalam Op Ukur di sini bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak.

Anggota yang hilang itu dikenali Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim sedang melaksanakan tugasan sebagai pengiring penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di kawasan pengukuran Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600) Limbang mulai 11 Jun hingga 2 September 2024 yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 Briged Sempadan.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) ketiadaan anggota dikesan pada Selasa lalu lebih kurang jam 12 tengah hari ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada di posisi belakang kumpulan.

“Kejadian berlaku pada kedudukan di jarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600,” menurut kenyataan tersebut.

Menurutnya, usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua anggota TDM dan lima anggota JUPEM namun gagal menemui anggota itu.

“Usaha pencarian juga kemudiannya telah dipergiatkan oleh TDM mulai Rabu lalu di kawasan tersebut dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga telah mengatur gerak aset mereka dalam membantu usaha pencarian bersama TDM,” katanya.
 
Kementah Kaji Semula SOP Penugasan Anggota Tentera

07.07.2024 - Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula tatacara operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan. Timbalan Menteri Adly Zahari berkata walaupun setiap kemalangan atau kejadian yang berlaku tidak dijangka, persediaan perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi berdepan sebarang kemungkinan.

“Kita tahu dalam operasi atau latihan akan berlaku kemalangan tidak berbau, namun pada masa sama dari segi persediaan perlu dilakukan untuk memastikan bekalan makanan dan sebagainya mencukupi untuk menyelamatkan nyawa mereka ketika berada dalam operasi. Walaupun anggota tentera telah diberikan latihan terutama berkait dengan ikhtiar hidup, kita tetap akan membuat penilaian dan memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi veteran tentera, Hassan Ahmad, 63, di Kampung Chekok, Temangan.

Semalam, Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan ditemukan selamat oleh kumpulan mencari dan menyelamat selepas dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang, Sarawak, pada 18 Jun lepas. Syafiq yang lengkap bersama peralatan dan senjata ketika dijumpai selepas 17 hari SAR dilancarkan masih berada dalam keadaan lemah akibat kelaparan dan dehidrasi.
1720369970915.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register