BTC USD 95,070.8 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Tentera Di Tahan Bawa 3 Jenis Dadah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,202
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,202
Reaction score
7,155
Points
916
Awards
1
07.11.2024 - Seorang anggota tentera ditahan bersama tiga jenis dadah dalam satu serbuan di sebuah restoran di Taman Kok Lian, Jalan Ipoh, di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Jasni Zolpa berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 37 tahun itu dilakukan oleh anggota ronda dari Balai Polis Jinjang jam 3.30 pagi, di sini semalam.

“Hasil pemeriksaan dilakukan menemui beberapa jenis dadah iaitu methaphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram). “Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek terbabit didapati positif dadah jenis amphetamin dan methaphetamin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dadah-dadah dimiliki suspek terbabit dipercayai untuk kegunaan sendiri. Katanya, suspek direman tiga hari bermula semalam hingga 8 November untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952.
1730978111231.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register