BTC USD 65,333.8 Gold USD 2,313.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Rabbani, Nazrul meninggal dunia ketika tidur

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,980
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,980
Reaction score
911
Points
171
2817.jpeg

Anggota Rabbani, Nazrul meninggal dunia ketika tidur

Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Rabbani, Mohd Nazrul Azhar Tamrin yang mengalami masalah buah pinggang sejak lapan tahun lalu disahkan meninggal dunia di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Berita sedih itu dikongsikan ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.

"Kedua-dua belah buah pinggang Nazrul sudah disahkan rosak dan tidak berfungsi sejak lapan tahun lalu. Jadi sepanjang tempoh itu dia mengalami banyak komplikasi seperti tangan kirinya membengkak hingga menghalang oksigen.

"Malah penglihatannya juga semakin kabur. Tiga hari lalu saya sempat bertemu arwah dan keadaannya nampak okey dan tiada tanda-tanda kesihatannya merosot teruk.

"Namun ketika anak sulungnya cuba mengejutkan arwah yang sedang tidur, tiba-tiba dia tidak sedarkan diri hingga terpaksa menghubungi ambulans.

"Sebaik ambulans tiba, anggota perubatan cuba melakukan bantuan pernafasan sebelum mengesahkan arwah sudah meninggal dunia," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Azadan, Nazrul masih anggota kumpulan nasyid itu walaupun sudah lebih tujuh tahun direhatkan daripada terbabit sebarang persembahan.

"Dia masih anggota kumpulan Rabbani walaupun kami tak benarkan dia untuk ikut buat persembahan sebab keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

"Cuma sejak kebelakangan ini dia datang menonton kami membuat persembahan," katanya.

Untuk rekod, Nazrul yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.


Artikel ➡️ Harian Metro
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register