TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 455,344
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 455,344
- Reaction score
- 37,610
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia
22 MAY 2024
Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemas kini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu pada petang Rabu.
KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin dilapor meninggal dunia di kediamannya di Sungai Buloh, jam 4.45 petang tadi.
Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemas kini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu sebentar tadi.
Memetik laporan sebuah portal hiburan, salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz memaklumkan anak Allahyarham pada awalnya memaklumkan bapanya tidak sedarkan diri kira-kira jam 4 petang, dan menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas itu.
Media terdahulu pernah melaporkan Allahyarham menderita penyakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu.
“Nazrul sudah hampir lapan tahun tidak bersama kami. Namun, kami tetap agihkan hasilnya kepadanya.
“Rezeki diterima kami bahagikan lapan orang. Begitu juga dengan pembahagian royalti,” kata Azadan. – Awani
Log masuk ke Facebook
Log masuk ke Facebook untuk mula berkongsi dan berhubung dengan rakan anda, keluarga dan orang yang anda kenali.

Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin dilapor meninggal dunia di kediamannya di Sungai Buloh, jam 4.45 petang tadi.Pemergian Nazrul disahkan...
