BTC USD 99,734.8 Gold USD 2,697.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Polis Trafik Patah Kaki Kanan Dirempuh Mat Rempit

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,380
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
ne_11.1.jpg


ALOR STAR - "Motosikal jenis Honda Wave itu meluru laju sebelum merempuh dan menggilis kaki kanan saya hingga patah."

Demikian cerita seorang anggota polis trafik daerah Kota Star, Koperal Zolhan Abdul Rahman, 42 (gambar), selepas dilanggar seorang mat rempit ketika mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Perak di sini malam kelmarin.

Cerita beliau, ketika kejadian pada pukul 12 tengah malam kelmarin, beliau sedang memeriksa sebuah motosikal lain yang membelok ke Jalan Perak kerana mengelak dari sekatan jalan yang diadakan di simpang tiga Jalan Putra di sini kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

"Semasa saya memeriksa sebuah motosikal di situ, seorang mat rempit menunggang motosikalnya dengan laju untuk lari dari sekatan sebelum melanggar saya dari arah depan.

"Selepas tercampak ke belakang, motosikal tersebut menggilis kaki kanan saya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, mat rempit tersebut terjatuh dan cuba melarikan diri.

P/S: Perrghh... Tak takut dah mat rempit ni.. Dekat ngan umah aku plak tu!!
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register