ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Keadaan kenderaan rasmi PDRM yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 6.5, Jalan Gemas-Rompin.
GEMAS - Seorang anggota polis berpangkat Sarjan cedera parah selepas kereta rasmi yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 6.5, Jalan Gemas-Rompin, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Sarjan K Kandasan, 53, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Proton Preve dan pacuan empat roda jenis Triton.
"Kereta dinaiki tiga anggota polis dari Bahau menuju ke Gemas, sementara, pacuan empat roda yang dinaiki enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak berusia setahun hingga lima tahun dari arah bertentangan iaitu dari Gemas menuju ke Bahau.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu di sebuah jambatan, dipercayai pacuan empat roda berkenaan cuba mengelak sebuah motosikal di hadapannya dan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan," katanya, di sini, semalam.
Kooi Cheang berkata, pacuan empat roda berkenaan seterusnya merempuh kenderaan rasmi PDRM sebelum terbalik sepenuhnya di atas jambatan berkenaan.
"Dua penumpang pacuan empat roda berkenaan iaitu Rozana Aziz, 57, patah tangan dan Sahewah Samad, 61, patah kaki dikejarkan ke HTAN bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal iaitu pemandu, Azmi Hasan, 25, dan penumpang, Mohd Aris Arshad, 27, hanya cedera ringan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.