BTC USD 56,677.3 Gold USD 1,765.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Anggota polis maut motosikal dilanggar bas

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,074
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,074
Reaction score
435
Points
91
Anggota polis maut motosikal dilanggar bas
FB_IMG_1634718336695.jpg

BENTONG – Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya yang masuk ke laluan bertentangan dilanggar sebuah bas di Kilometer 16 Jalan Bentong-Raub di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu berlaku ketika mangsa Arisham Azahari, 37, yang bertugas di Balai Polis Dong di Raub dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong.

“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa cuba memotong kenderaan ketika kesesakan lalu lintas dan melanggar sebuah motosikal di hadapan menyebabkannya terjatuh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah bas.

“Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan. – K! ONLINE


Gambar: PDRM
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Siaran media PDRM

FB_IMG_1634723806612.jpg
FB_IMG_1634723810914.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KOPERAL ARISHAM AZAHARI

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Arisham Azahari yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di kilometer 16 Jalan Bentong menghala Raub, Pahang, tengahari semalam.

Allahyarham merupakan Koperal Ronda Cegah Jenayah di Balai Polis Dong Raub, Pahang dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 16 tahun.

Didoakan agar roh Allahyarham Koperal Arisham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#20102021

 

pudins70

Super Active Member
Messages
9,185
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,185
Reaction score
975
Points
121
Inalillah..
Geng motor ni hanya kematian yang boleh halang mereka daripada melanggar peraturan jalanraya.
 

theblur

Super Active Member
Messages
7,677
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,677
Reaction score
992
Points
121
innalillahiwainnailaihirojiun.

al fatihah.

kalau dah ajal, sampai gak masanya.
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,128
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,128
Reaction score
641
Points
81
innalillahiwainnailaihirojiun.

al fatihah.

kalau dah ajal, sampai gak masanya.
Innalillah.. bas langgar tu.. mmg padu kalau kena.. mmg dah ajal..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register