BTC USD 28,062.4 Gold USD 1,993.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota polis maut, kereta dirempuh bas ekspres

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SIBU - Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 10, Jalan Sibu-Sarikei di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Andrew Etam, 31, yang memandu seorang diri kenderaan jenis Toyota SE dirempuh sebuah bas ekspres yang hilang kawalan dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd. Kamal Kordi berkata, terdapat 36 penumpang menaiki bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke bandar Sibu.

Katanya, rempuhan kuat menyebabkan kereta dinaiki mangsa remuk teruk dan mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki kiri.

"Bas ekspres terbabit pula terjunam masuk ke dalam tali air di tepi jalan selepas merempuh besi penghadang jalan," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Kamal berkata, pemandu bas bersama pemandu kedua dan kesemua 36 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berpunca akibat bas ekspres terbabit dipandu laju sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan di selekoh garisan berkembar lalu merempuh kereta dipandu mangsa.

"Mayat Andrew yang bertugas di bahagian Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei dan berasal dari rumah panjang Lani, Nanga Engkeramoh di Julau sudah dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.

"Polis telah menahan pemandu bas, Matin Kemarau, 40-an, untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -Bernama
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register