BTC USD 50,128.1 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral 'Anggota polis' lalok, bergaduh ditahan

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,087
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,087
Reaction score
435
Points
91
'Anggota polis' lalok, bergaduh ditahan

KAJANG - Polis menahan seorang lelaki tular menyamar sebagai polis dan mengeluarkan kad kuasa palsu untuk melindungi dirinya selepas suspek terlibat dengan satu pertelingkahan di deretan rumah kedai di Taman TTDI Groove di sini pada Sabtu.

Sebuah klip video berdurasi 50 saat tular di media sosial memaparkan suspek mendakwa dirinya bertugas di Balai Kajang dan mengaku berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian pertelingkahan dipercayai berkaitan isu hutang sewa rumah membabitkan suspek sekitar jam 2.29 pagi.

Kejadian tersebut dapat dileraikan orang awam dan dalam kejadian itu suspek seorang lelaki tempatan berusia 30-an mengaku dirinya anggota polis serta mengeluarkan kad kuasa polis untuk melindungi diri.

Oleh kerana curiga pengadu dalam kejadian ini seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun telah menghubungi pihak polis untuk hadir ke lokasi kejadian, katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati suspek menggunakan kad kuasa palsu dan ditahan oleh anggota polis peronda.

Hasil siasatan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah berjaya merampas beberapa peralatan polis iaitu sepasang baju operasi polis tertera nama suspek, kasut, tali pinggang, satu unit gari dan kad kuasa polis yang dirampas, katanya

Menurutnya, suspek direman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan membabitkan kes penyamaran sebagai anggota polis melibatkan suspek sebelum ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana menyamar polis dan memiliki barangan peralatan polis yang tidak sah di sisi undang-undang.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda, katanya.

#SINAR HARIAN
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Messages
52,463
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,463
Reaction score
1,783
Points
596
Mau bagi penendang kat muka musibat nie
 

pudins70

Super Active Member
Messages
9,185
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,185
Reaction score
975
Points
121
Berangan nak jadi polis lah tu, kiri kanan masyuk..
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
658
Points
81
Mcm2 seksyen bole kena ni.. muda lg dah buang buang brp tahun kedalam..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
Lengkap siap gari. Klo sape2 kena pun goyang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register