BTC USD 61,073.5 Gold USD 2,612.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Polis Ditahan Kes Dadah, Miliki Wang Tunai Dalam Beg

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,503
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,503
Reaction score
36,389
Points
2,836
Awards
2

Anggota polis ditahan kes dadah, miliki wang tunai dalam beg​


10 JUN 2024

2684553.jpeg

Gambar hiasan


GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang sedang menyiasat berhubung tangkapan melibatkan tiga anggota dari Balai Polis Pulau Tikus dipercayai terlibat dalam salah laku pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, ketiga-tiga anggota tersebut kini ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

“Benar (ada tiga anggota ditahan) namun kes masih dalam siasatan.

“Dua daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil manakala seorang lagi mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram berhubung tangkapan tiga orang anggota dari Balai Polis Pulau Tikus berusia 29,34 dan 35 tahun kerana disyaki terlibat dalam salah laku.

Kesemua anggota tersebut ditahan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Mengikut laporan tersebut, anggota berpangkat lans koperal berusia 29 tahun itu ditahan kerana disyaki mengambil dadah.

Sementara dua lagi yang berpangkat koperal pula gagal memberi penjelasan mengenai wang berjumlah RM500 dan RM1,093 yang dijumpai di dalam beg masing-masing.


 
Sponsored Post

Mengikut laporan tersebut, anggota berpangkat lans koperal berusia 29 tahun itu ditahan kerana disyaki mengambil dadah.

Sementara dua lagi yang berpangkat koperal pula gagal memberi penjelasan mengenai wang berjumlah RM500 dan RM1,093 yang dijumpai di dalam beg masing-masing.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register