Anggota polis didakwa rompak gelang emas, duit

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,253
Reaction score
4,259
Points
201
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat konstabel yang didakwa atas pertuduhan merompak gelang tangan emas dan wang milik seorang lelaki, hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa ibu bapanya menangis selepas mengetahui dia ditangkap berhubung kejadian itu.

Mohamad Firdaus Che Hussin, 25, memaklumkan demikian semasa rayuan supaya dia dibenarkan diikat jamin di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Mohamad Firdaus yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan dia menanggung keluarga.

"Isteri saya tidak bekerja dan mempunyai dua anak, masing-masing berusia dua tahun dan lima bulan.

Saya juga mempunyai ibu bapa yang berada di kampung dan dijaga oleh kakak saya," katanya.

Ketika ditanya Hakim adakah emak dan ayahnya tahu yang dia ditangkap berhubung kes ini,

Mohamad Firdaus berkata, ibu bapanya mengetahui perkara itu dan mereka menangis apabila mengetahuinya.

Terdahulu, Mohamad Firdaus mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompak berkumpulan iaitu dua utas gelang tangan emas dan wang sejumlah RM275 milik Syaifulyazan Hassan, 57, di sebuah rumah di Flat Sri Melaka, Cheras di sini pada 1 pagi, 13 Oktober lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes.– BERNAMA

 
Sponsored Post

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,428
Reaction score
721
Points
121
eh, bila dah kena tangkap macam2 keluar..mak ayah menangis la apa..

bila buat tak fikir pulak?

again...

salah laku + polis
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,326
Reaction score
245
Points
88
Makin menjadi2 lak kes polis buat onar.
 

tokekapal114

Active Member
Joined
Apr 21, 2015
Messages
1,487
Reaction score
290
Points
51
tak leh hadam...polis buat jenayah terang terangan..kantoi lak tue .jatuh habis reputasi polis..
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,883
Reaction score
1,687
Points
151
Desakan hidup
Nak sara keluarga
Terpaksa buat part time job
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,253
Reaction score
4,259
Points
201
kesian kat polis ni gaji tak cukup...nak menyara keluarga ..tu yg merompak huhu
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,942
Reaction score
427
Points
91
mungkin dorg terkesan sebab kobid..patut tambah lg BPN :ROFLMAO:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register