Anggota Polis Di Cakar, Patah Jari Di Serang Ketika Laksana SOP

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
14.10.2020 - Kota Bharu, Dua anggota polis cedera selepas diserang sekumpulan lelaki ketika menjalankan tugas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di sebuah kedai di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam. Kedua-dua anggota berkenaan adalah Inspektor N Indra Nahu, 33, mengalami luka di muka kerana ditumbuk dan dicakar, manakala Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sukeli, 29, patah jari tangan kanan.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam, anggota polis berkenaan sedang menjalankan operasi bersama Majlis Daerah Kota Bharu-Bandaraya Islam (MDKB-BRI) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk memantau kepatuhan orang ramai terhadap SOP. Katanya, selepas memperkenalkan diri sebagai pasukan penguat kuasa, mereka diserang sekumpulan lelaki sehingga berlaku pergelutan.

"Polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun termasuk seorang lelaki dipercayai pemilik kedai. Seorang daripada penyerang yang ditahan didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, dan polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas," katanya kepada pemberita selepas melawat salah seorang anggota terbabit di Kampung Perupok, di Bachok, hari ini.

Menurut beliau, mereka direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mencederakan anggota polis serta menghalang tugas penjawat awam. Dalam perkembangan lain, Shafien berkata seorang ibu tunggal berusia 50 tahun menjadi mangsa penipuan sindiket 'love scam' melalui media sosial Facebook dan mengalami kerugian berjumlah RM615,000.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa berasal dari Pasir Puteh telah dihubungi seorang kakitangan syarikat kurier menyatakan terdapat satu bungkusan dari England di atas namanya yang dihantar oleh individu dikenalinya di Facebook sejak April lepas.

Mangsa diminta membuat bayaran caj tempatan berjumlah RM1,350 ke dalam satu akaun bank milik individu kononnya seorang pegawai di syarikat tersebut, dan kemudiannya secara berterusan diarahkan membuat pelbagai jenis bayaran antaranya pelepasan wang tunai, cukai jualan dan perkhidmatan (SST), sijil pelepasan United Nation dan pengesahan bebas bahan kimia. Tambahnya, mangsa berbuat demikian selepas dimaklumkan kakitangan syarikat itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika gagal membuat bayaran.

"Sehingga September lepas, mangsa telah membuat pelbagai transaksi bayaran ke beberapa akaun milik individu berbeza berjumlah RM615,000," katanya.

Screenshot-3045.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/546741Anggota Polis Di Cakar, Patah Jari Di Seramg Ketika Laksana SOP
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Polis Kelantan Buru Seorang Suspek Pukul Anggota

19.10.2020 - Kota Bharu, Seorang lagi suspek disyaki terlibat dengan kes mencederakan anggota polis sedang diburu bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut. Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, kes tersebut hampir diselesaikan pihaknya namun seorang lagi suspek yang masih dikesan.

"Kes (itu) hampir selesai, seorang lagi suspek masih bebas. Namun kita sudah dapat identitinya. Suspek berusia dalam awal 30-an," katanya kepada media ketika hadir pemantauan penguatkuasaan prosedur standard operasi (SOP) pencegahan Covid-19 di Pasir Mas, Kelantan hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan dua anggota polis cedera selepas diserang sekumpulan lelaki ketika menjalankan tugas pematuhan SOP Covid-19 di sebuah kedai di Lembah Sireh, Kota Bharu, pada 14 Okt lalu. Kedua-dua anggota berkenaan adalah Inspektor N Indra Nahu, 33, yang mengalami luka di muka kerana ditumbuk dan dicakar, manakala Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sukeli, 29, patah jari tangan kanan.

Susulan itu, tiga lelaki ditahan termasuk individu yang dipercayai pemilik kedai berkenaan, manakala seorang suspek masih bebas. Sementara itu, mengulas mengenai tahap pematuhan SOP Covid-19 di negeri itu, Shafien berkata, pihak polis mengeluarkan 986 kompaun sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.

Bagaimanapun katanya, polis Kelantan berpuas hati dengan 95 peratus tahap pematuhan SOP yang ditunjukkan oleh rakyat negeri terbabit bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

"Sejak penguatkuasaan dijalankan rata-rata penduduk negeri ini mengikuti SOP yang ditetapkan seperti memakai topeng muka, menggunakan cecair basmi kuman dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera. Tahap pematuhan rakyat kelantan semakin baik malah pihak polis mengucapkan tahniah dan syabas atas kerjasama yang diberikan ini selain berharap tiada peningkatan kes Covid-19 membabitkan rakyat," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/547177
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register