BTC USD 28,470.0 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Polis Cedera Ditikam Penjenayah

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,380
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
SEREMBAN 12 Nov. - Seorang anggota polis Cawangan Narkotik, cedera di lengan kiri setelah ditikam dengan pisau dalam satu pergelutan melibatkan dua suspek lelaki di sebuah kawasan tanah lapang di Mantin tengah hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, Koperal Mohd. Isa Jani, 43, dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bersama beberapa anggota dikatakan sedang melakukan operasi di kawasan berkenaan.

Katanya, semasa operasi itu dua suspek, seorang daripadanya dipercayai pengedar dadah bertindak menyerang Mohd. Jani menggunakan sebilah pisau Rambo sepanjang 12.5 sentimeter.

"Akibat pergelutan itu, mangsa ditikam dan mengenai lengan kirinya.

"Kedua-dua suspek berjaya diberkas dan polis menjumpai sembilan peket heroin dan tiga peket syabu daripada suspek tersebut," katanya selepas melawat mangsa di Hospital Tuanku Jaafar di sini hari ini.

Tambah Osman, keadaan Mohd. Jani adalah stabil tetapi terpaksa menjalani pembedahan kecil berikutan luka tersebut manakala salah seorang suspek yang turut cedera juga dirawat di hospital yang sama.

Katanya, seorang lagi suspek kini ditahan polis dan kes itu mungkin disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Sponsored Post

qreemall

Legendary Member
gem
Messages
19,645
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
adehhh... boring tul aku.. hari2 citer pasal tikam.. bunuh.. rogol.. tukar la citer len pulak... huhu

dh bende tu jer duk berlaku....
nk wat cmne....
pastu lak pawagam2 pon penuh
dgn bende2 similar....
prosesnye berpusing2 kt situ
aje sebenarnye....
#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S
 
Sponsored Post

Top
Log in Register