BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota polis Bukit Aman maut ditembak

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
19mayat1.transformed_0.jpg

Mayat seorang anggota polis yang maut dipercayai ditembak sebanyak lima das di bahagian belakang badan disebuah rumah di Taman Sri Hosba dekat Napoh, malam tadi. - Foto Ihsan Pembaca

CHANGLUN: Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor, maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, dekat Napoh, di sini, malam tadi.

Mangsa, Abu Hashim Ismail, 54, dikatakan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, maut akibat terkena sekurang-kurangnya empat das tembakan pada badan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam tadi.

Sehingga kini, butiran lanjut mengenai kejadian itu belum diketahui dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Satu sidang media dijadual diadakan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri jam 11.30 pagi ini.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/08/314296/anggota-bukit-aman-maut-ditembak
 
Suspek, Johari bersama anak buah didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang
ne_01.1.jpg

JOHARI ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Johari Ariffin yang digelar Raja Sempadan dalam kalangan penyeludup bersama tiga anak buahnya menangis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pak Su di daerah Kubang Pasu antara 1 Januari 2015 hingga 30 Ogos lalu.

Selain Johari, 35, yang mengetuai geng jenayah terancang tersebut, tiga pengikutnya ialah Rosidi Aziz, 35; Norazif Ahmad, 37, dan Shahadan Salim, 38.

Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh berkenaan mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Johari beralamat di Taman Sri Hosba, Jitra dekat sini; Rosidi dari Kampung Raja, Terengganu; Norazif dari Tunjang, Jitra manakala Shahadan dari Kampung Pisang di sini.

Johari dan tiga anak buahnya dilihat sekali-sekala memandang ke arah ahli keluarga masing-masing yang duduk di tempat duduk awam semasa prosiding berlangsung.

Sebaik prosiding selesai dalam tempoh kira-kira setengah jam, Johari yang masih dalam kandang tertuduh dilihat menangis ketika memandang ke arah ahli keluarganya. Begitu juga Rosidi, Norazif dan Shahadan.

Mengikut kertas pertuduhan, empat tertuduh itu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pak Su di daerah Kubang Pasu antara 1 Januari 2015 hingga 30 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Tim*balan Pendakwa Raya, Mohd. Izhanudin Alias mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.


http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4tpRM0vS1

2 lagi suspek ditahan, 9 setakat ini

25817meor2_cropped_1503650102.jpg

DUA suspek terbaru di Kompleks Mahkamah Alor Setar. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

POLIS Kontinjen Negeri Kedah menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan anggota polis Bukit Aman, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 36 dan 37 tahun yang masing-masing bekerja sendiri itu ditahan di Alor Setar dan Jitra, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama seminggu mulai hari ini hingga 31 Ogos ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Selain dua suspek terbabit, polis turut mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman suspek pertama berusia 35 tahun selama tujuh hari lagi bermula esok hingga 1 September ini," katanya dihubungi di Alor Setar.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar pada 9 pagi sebelum diikuti prosiding tertutup permohonan perintah reman oleh pegawai penyiasat di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Mior Faridalathrash berkata, penahanan dua lagi suspek itu menjadikan sembilan orang ditahan setakat ini susulan kes itu.

Dalam kejadian 10.25 malam Jumaat minggu lalu, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, yang bertugas di Bahagian Jenayah Kongsi Gelap (D7A) Bukit Aman, maut ditembak penyerang di rumah di Taman Seri Hosba, Changlun.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan mengunjungi rumah lelaki yang pernah ditahan kerana terbabit dalam kegiatan jenayah penyeludupan di sempadan.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/257607/2-lagi-suspek-kes-bunuh-polis-ditahan

2 lagi suspek ditahan

23817shahrizal1_cropped_1503473487.jpg

DUA suspek (dua kiri dan kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Jitra selepas mendapat perintah tahanan reman. FOTO Shahrizal Md Noor

DUA lagi suspek ditahan, malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Sub Inspektor Bahagian Jenayah Kongsi Gelap (D7A) Bukit Aman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kedua-dua lelaki berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan berasingan di Changlun dan Bukit Kayu Hitam pada 8 dan 10 malam tadi.

“Suspek sebelum itu dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra untuk mendapatkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 28 Ogos.

“Penahanan mereka dilakukan untuk membantu siasatan bagi kes pembunuhan itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sehingga kini, tujuh lelaki sudah ditahan polis untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, ditembak dengan empat das tembakan dari belakang oleh penyerang yang memanjat tembok kediaman lelaki yang dikunjunginya di Taman Hosba, Changlun.

Serangan terbabit menyebabkan mangsa yang sedang berbual dengan lelaki berusia 35 tahun itu terbunuh di tempat kejadian.

Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian menemui lima kelongsong peluru dan tiga anak peluru di tempat kejadian.

Selepas kejadian itu, tiga lelaki berusia berusia 30, 35 dan 36 tahun ditahan pada hari kejadian dan Sabtu bagi membantu siasatan sebelum dua lagi lelaki berusia 27 dan 30 ditahan kelmarin.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/256868/update-dua-lagi-ditahan

Pemilik rumah, Johari dipakaikan EMD

gari4.transformed.jpg


KUALA LUMPUR – Johari Ariffin, salah seorang daripada tiga lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pegawai rendah polis berpangkat sub inspektor daripada Bahagian Kongsi Gelap, Mak*siat dan Perjudian (D7) Bukit Aman merupakan orang tahanan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan dikenakan perintah buang daerah.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pergerakan suspek sudah disekat di sekitar Changlun melalui peranti pemantauan elektronik (EMD) yang dipasang padanya.

“Suspek sememangnya berada di lokasi kejadian kerana kediamannya berada di Changlun dan kita sudah menyekat pergerakannya di sekitar daerah itu sahaja.

“Kita masih menjalankan siasatan sama ada suspek mempunyai hubu*ngan dengan kumpulan kongsi gelap tersebut dan sekiranya terdapat suspek lain yang dikesan, kita akan maklumkan kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Modul Peningkatan Integriti My Psikologi Spiritual (MyPS) 2017 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.


http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz4qQuqU5GK

Pemilik rumah dikatakan 'Raja Seludup', Ketua Geng 36 dan Naga Merah

copdead21_1503232588.jpg


ALOR STAR: The owner of a house in Taman Hosba, Changlun, where a federal policeman was shot dead by a lone gunman late Friday, is said to be no stranger to criminal and smuggling activities.


In fact, he was described as one of the smuggling “kings” at the Malaysian-Thai border in Bukit Kayu Hitam, raking in millions of ringgit in illicit business.

The man, who was detained under a week-long remand order following the incident, was said to be the leader of two triads; a local Gang 36 group and the Red Dragon Gang based in the southern Thai town of Danok.

He made use of his positions in the gangs to run cross-border activities smuggling cigarettes, rice, liquor and fireworks, and is also being probed for alleged gun-running links.

The authorities had estimated that his smuggling activity over the past eight years had cost a whopping RM100 million in tax losses to the government.

Towards the end of 2014, the man fled to southern Thailand when police launched a crackdown against underworld gangs.

However, police finally managed to nab him six months later under Op Black 4, when the man returned to Changlun to celebrate the birthday of his child.

He was subsequently banished to Cameron Highlands in Pahang under the Prevention of Crime Act (Poca) 1959. Although he was away from Kedah, it was understood that a relative was still running the smuggling activity on his behalf.

Not long after that, he filed an appeal to the Poca revision board and was ordered to be placed under house arrest. Police had placed an electronic monitoring device (EMD) on his ankle to monitor his movements.

The man had claimed that 54-year-old Sub-Inspector Abu Hashim Ismail, 54, was shot dead by a lone gunman who fired six shots at close range, from outside the gate of the house, killing him on the spot.

The victim was on leave prior to his retirement from the federal police anti-vice, gaming and secret society division.

It is learnt that two other men, aged 30 and 36, detained in connection with the case, are the smuggling king’s trusted henchmen.

However, it could not be immediately ascertained whether the man was responsible in hiring a contract killer to pull off the cold-blooded murder, nor has a motive been established.

Kedah police chief Datuk Asri Yusoff had on Saturday said police were not discounting the possibility that the murder might be linked to a firearms smuggling case that Abu Hashim was working on.

He revealed that Abu Hashim was part of a team working on the case for the past two weeks, which had so far seen three suspected triad members detained on suspicion of running smuggling activities.


https://www.nst.com.my/news/crime-c...-was-gunned-down-said-be-smuggling-king-triad

Suspek bunuh direman 7 hari

20817sharul1_cropped_1503198948.jpg

Dua lelaki yang ditahan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Jitra setelah mendapat perintah tahanan reman. FOTO Sharul Hafiz Zam

DUA lelaki direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Jitra bermula hari ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan anggota polis Bahagian Jenayah Kongsi Gelap (D7A) Bukit Aman .

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Kedua-dua suspek berusia 30 dan 36 tahun itu dibawa ke mahkamah jam 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kubang Pasu.

Dalam kejadian 10.25 malam kelmarin, anggota polis terbabit ditembak dengan empat das tembakan di rumah di Taman Hosba, Changlun, Jitra.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini polis sudah menahan tiga individu termasuk seorang lelaki berusia 35 tahun pada malam kejadian untuk membantu siasatan.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/255675/update-suspek-bunuh-sub-inspektor-direman

Suspek kedua ditahan

SUSPEK kedua yang diburu polis bagi membantu siasatan kes tembak mati Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, di Taman Seri Hosba, Changlun, semalam, sudah ditahan pada jam 6 petang hari ini.


Mohd Najib Budin, 36, ditahan di perkarangan Balai Polis Jitra oleh polis jam 6 petang selepas polis mendedahkan gambarnya kepada media, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim yang mengesahkan penahanan suspek ketika dihubungi Harian Metro.

Lebih awal, pada jam 4 petang, seorang lagi suspek, Mohd Hatta Johari, 30, atau dikenali Hatta turut ditahan di perkarangan balai yang sama.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan, polis sedang mengesan dua lagi lelaki iaitu Hatta dan Najib yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan.

Mereka dicari bagi membantu kejadian kes tembak mati Sub Inspektor Abu Hashim Ismail di Taman Seri Hosba, Changlun, semalam.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/255468/suspek-kedua-bunuh-sub-inspektor-ditahan

Suspek bunuh sudah ditahan

bak2_1503125731.jpg


LELAKI, Mohd Hatta Johari, 30, atau dikenali Hatta yang diburu polis bagi membantu siasatan kes tembak mati Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, di Taman Seri Hosba, Changlun, semalam sudah ditahan hari ini.


Suspek ditahan di perkarangan Balai Polis Jitra oleh polis jam 4 petang selepas hampir empat jam gambarnya disiarkan di media.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid mengesahkan penahanan suspek petang tadi dan akan memohon reman esok bagi membantu siasatan.

"Ya kita ada tahan seorang lelaki petang tadi di Jitra susulan kes tembak anggota polis," katanya ketika dihubungi.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan, polis sedang mengesan dua lagi lelaki iaitu Mohd Hatta Johari, 30, dan Mohd Najib Budin, 36, yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan.

Mereka dicari bagi membantu kejadian kes tembak mati Sub Inspektor Abu Hashim Ismail di Taman Seri Hosba, Changlun, semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, mereka dicari kerana pihak polis percaya ada kaitan dalam kes itu namun usaha memburu suspek yang menembak mangsa masih dijalankan.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/255454/suspek-bunuh-sub-inspektor-ditahan

Isteri juga seorang anggota polis

is-1_1503134705.jpg

AHLI keluarga mengusung keranda Allahyarham Sub Inspektor Abu Hashim Ismail yang maut ditembak di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah. FOTO Shahrul Hafiz Zam

ISTERI kepada Allahyarham Sub Inspektor Abu Hashim Ismail memberitahu mereka memang sedang bercuti di kampung di Merbok, Sungai Petani.

Dia yang enggan dikenali memberitahu dirinya dimaklumkan kejadian menimpa arwah suaminya pada kira-kira 10 malam, Jumaat.

Bagaimanapun, dia yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) enggan mengulas panjang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, hasil bedah siasat ke atas arwah, 54, mendapati punca kematian akibat kecederaan tembakan di saluran darah utama di bahagian dada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, berkata bedah siasat dijalankan bermula 11.15 pagi dan berakhir 3.05 petang ini.

"Terdapat kesan tembakan pada badan mangsa. Tiga daripadanya menembusi badan manakala satu anak peluru tertinggal di bahagian dada kiri.

"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah akibat kecederaan tembakan di saluran darah utama di bahagian dada," katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/255429/isteri-serah-kepada-polis

Mangsa ke rumah saksi untuk dapatkan maklumat
Saksi direman seminggu, polis buru 2 lelaki


bak2_1503125731.jpg

bak1_1503125727.jpg

KETUA Polis Kedah Datuk Asri Yusoff (tengah) menunjukkan gambar Mohd Hatta Johari, 30, dan Mohd Najib Budin, 36, yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan dan mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan anggota polis kini sedang dikesan. FOTO Shahrul Hafiz Zam dan Zuliaty Zulkifkli

LELAKI yang juga saksi kejadian kes tembak mati Sub Inspektor Abu Hashim Ismail di Taman Seri Hosba, Changlun, semalam, direman seminggu, bermula hari ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, mangsa, 54, yang juga detektif Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman difahamkan ke rumah saksi, 35, untuk mendapatkan maklumat berkaitan penyeludupan dan gangsterisme di kawasan Bukit Kayu Hitam.

Bagaimanapun, katanya, ketika mereka berbual tiba-tiba terdengar kira-kira enam das tembakan yang dilepaskan lelaki yang memanjat tembok rumah itu, pada 10.25 malam.

"Berikutan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena tembakan yang dilepaskan suspek dan terdapat empat kesan tembakan di bahagian belakang badannya.

"Siasatan awal Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kedah menemui lima kelongsong peluru dan tiga anak peluru di tempat kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Asri berkata, saksi kejadian itu juga pernah ditahan polis dalam kegiatan jenayah penyeludupan di sempadan.

“Kita juga sedang mengesan dua lagi lelaki iaitu Mohd Hatta Johari, 30, dan Mohd Najib Budin, 36, yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan.

“Mereka juga mempunyai kaitan dalam kes ini dan diperlukan bagi membantu siasatan.

"Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, mangsa ketika kejadian sedang bercuti dan akan bersara tidak lama lagi.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/255393/arwah-ditembak-masa-tengah-berbual

STAFOC buru suspek tembak mati polis

Huzir_Mohamed.jpg.transformed.jpg


KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menghantar satu pasukan khas ke Kedah bagi membantu siasatan kes tembak mati anggota polis di Changloon, malam tadi.


Tindakan berkenaan juga dilakukan dalam usaha memburu suspek.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pasukan terdiri daripada pelbagai elemen JSJ, termasuk Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) sudah dihantar ke utara tanah air awal pagi tadi.

"Setakat ini, saya tidak dapat nyatakan butiran terperinci mengenai penghantaran pasukan khas ke sana (Kedah), namun mereka akan berusaha menjejaki suspek terbabit.

"Selain itu, pihak JSJ masih menunggu laporan dan siasatan yang sedang lagi dijalankan dalam usaha mengenal pasti suspek berkenaan," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti sama ada lelaki berusia 35 tahun yang sedang berbual dengan anggota polis itu, terbabit atau sebaliknya.

"Pada masa ini, terlalu awal untuk mengesahkan. Individu itu pernah dikenakan sekatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dua tahun lalu," katanya.

Dalam kejadian berkenaan, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, dari Bahagian Jenayah Kongsi Gelap (D7A) Bukit Aman, terbunuh selepas terkena tembakan ketika sedang berbual bersama lelaki berkenaan di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changloon.

Suspek seorang lelaki dilaporkan datang secara tiba-tiba dan melepaskan tembakan ke arah Abu Hashim.

Polis kemudian menahan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut. Siasatan pada masa ini, dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/08/314396/stafoc-buru-suspek-tembak-mati-polis

Makluman DSI 104339 Abu Hashim Bin Ismail telah meninggal dunia akibat terkena tembakan 4 das di belakang badan malam tadi

Mangsa dijadual bersara

IMG_20170819_090905.jpg_1503105277.jpg

Abu Hashim anggota Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi & Maksiat)

CHANGLUN: A policeman who was set to retire from the force was gunned down at a house in Taman Sri Hosba near Napoh here late last night.

Sub-inspector Abu Hashim Ismail, 54, who served with the Bukit Aman Anti-vice, Gaming and Secret Society Department (D7), died on the spot from four gunshot wounds to his back in the 11pm incident.

His remains were sent to the Sultanah Bahiyah Hospital for a post-mortem.

It is learnt that Abu Hashim was on leave prior to the start of his retirement.

He had served at the Selangor police headquarters before being transfer to Bukit Aman.

Kedah police chief Datuk Asri Yusoff is scheduled to hold a press conference at the state police headquarters at 11am.


https://www.nst.com.my/news/crime-c...it-aman-cop-gunned-down-kedah-days-retirement

Makin merapu malaysia la ni...senang2 tembak polis
 
zaman dulu nampak cikgu...semua penjenayah lari...ada pistol pun tak berani guna..sekarang ..cikgu bukit aman pun die belasah
 
Mangsa dijadual bersara

IMG_20170819_090905.jpg_1503105277.jpg

Abu Hashim anggota Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi & Maksiat)

CHANGLUN: A policeman who was set to retire from the force was gunned down at a house in Taman Sri Hosba near Napoh here late last night.

Sub-inspector Abu Hashim Ismail, 54, who served with the Bukit Aman Anti-vice, Gaming and Secret Society Department (D7), died on the spot from four gunshot wounds to his back in the 11pm incident.

His remains were sent to the Sultanah Bahiyah Hospital for a post-mortem.

It is learnt that Abu Hashim was on leave prior to the start of his retirement.

He had served at the Selangor police headquarters before being transfer to Bukit Aman.

Kedah police chief Datuk Asri Yusoff is scheduled to hold a press conference at the state police headquarters at 11am.


https://www.nst.com.my/news/crime-c...it-aman-cop-gunned-down-kedah-days-retirement
 
siot makin berani plak.. org tu dah nk bersara kot..
 
Bukit tak aman.. Polis pun kena bedal.. Alfatihah untuk arwah
 
Back
Top
Log in Register