Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
MB Zahir Takziah Kepada Keluarga Kpl Baharuddin Ramli

24.11.2020 - Shah Alam, Dato’ Menteri Besar menzahirkan takziah kepada keluarga anggota polis mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang maut ditembak ketika bertugas awal pagi tadi. Dato’ Seri Amirudin Shari menyifatkan jasa dan pengorbanan mendiang dalam mempertahankan keselamatan negara simbol keperwiraan selaku anggota polis.

“Saya melahirkan rasa hiba dan sayu dengan berita pemergian mendiang Koperal Baharuddin Ramli ketika bertugas. Jasa dan pengorbanan beliau mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara adalah simbol keperwiraan anggota polis. Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang,” tulisnya di Twitter.

Pada masa sama Amirudin turut mendoakan Koperal Norihan Tari yang cedera dalam kejadian sama supaya segera sembuh dan diberikan kekuatan.

“Di samping itu saya turut mendoakan agar Koperal Norihan Tari yang turut tercedera ketika bertugas agar sembuh dan pulih dari kecederaan. Semoga diberi kekuatan dan kesihatan,” katanya.

Bernama melaporkan kejadian berlaku apabila kedua-dua anggota polis itu berbalas tembak dengan kumpulan penyeludup di Tembok Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis. Kejadian pada 2.30 pagi itu melibatkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang menjalankan tugas risikan di kawasan berkenaan.

Kpl Baharuddin Ramli, 54, daripada Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA, yang terkena tembakan di bahagian kiri perut, maut di tempat kejadian manakala rakan setugasnya Kpl Norihan a/l Tari dari Pos Kawalan Sempadan, berada dalam keadaan kritikal akibat tiga das tembakan di rusuk serta perut dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar.

Norihan, 39, selesai menjalani pembedahan di HTF petang tadi dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/mb-zahir-takziah-kepada-keluarga-kpl-baharuddin-raml
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Serang Anggota PGA - 3 Warga Tempatan Di Buru Polis

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Polis memburu tiga warga tempatan yang dikenalpasti menganggotai kumpulan penyeludup dari Thailand yang melakukan serangan bersenjata api ke atas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi tadi menyebabkan seorang anggota pasukan keselamatan itu terbunuh. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, seramai 13 orang yang majoritinya warga Thailand terlibat dalam insiden jam 3.30 pagi itu.

Katanya, kumpulan itu merupakan antara tujuh kumpulan penyeludup Thailand aktif menyeludup daun ketum dan ubat batuk yang dilakukan secara barter dengan menggunakan lorong tikus. Menurut Abdul Hamid, maklumat risikan awal narkotik mendapati akan berlaku penyeludupan keluar masuk ketum dan ubat batuk menerusi pertukaran sistem barang seperti syabu, heroin, yaba (Pil Kuda) dan ganja.

“Rentetan itu pasukan anggota Komando 69 (VAT69) diturunkan untuk operasi pemantauan dan risikan rapi dua hari lalu selepas mengesahkan bakal berlaku penyeludupan besar-besaran dua tiga hari lagi. Rentetan itulah sebelum ini dua kali iaitu pada 12 dan 15 November lalu penyeludup pernah menembak pos kawalan PGA dan anggotanya di sempadan menggunakan pistol angin sebagai menakutkan kita selepas terlalu marah dan bertambah agresif dengan tahap kawalan ketat kita di lorong tikus panas itu. Maka Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta Narkotik Perlis juga sudah bermesyuarat dan mengumpul maklumat merancang untuk melumpuhkan kumpulan itu dan tangkapan beramai-ramai sebelum anggota turun merisik dan meronda dengan motosikal scrambler sebelum insiden tembak menembak berlaku,” katanya pada sidang media di Bukit Aman malam ini.

Dalam kejadian awal pagi itu Koperal Baharuddun Ramli meninggal dunia manakala rakannya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tengku Fauziah, Kangar Perlis. Sementara itu, Abdul Hamid mengesahkan enam suspek, kesemuanya warga Thailand, telah ditahan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara iaitu empat orang di Thailand dan baki dua suspek di kawasan belukar oleh anggota PGA dan VAT69. Tambah beliau, empat suspek warga Thailand ditangkap polis negara itu selepas dimaklumkan Hospital Hatyai dan Songkhla bahawa tiga suspek dimasukkan ke hospitak itu kerana mengalami kecederaan di paha, leher dan lengan terkena tembakan anggota PGA.

“Di sebelah Malaysia VAT 69 dan anggota PGA memeriksa di kawasan sekitar pukul 7 pagi dan berjaya menemui dua lagi warga Thailand yang bersembunyi di belukar tebal lorong tikus kejadian itu sebelum mengaku salah seorang kumpulan yang melakukan serangan hari ini. Siasatan awal soal jawab ke atas kedua-dua suspek itu mengaku bahawa mereka memang bersama kumpulan itu yang terlibat menyeludup keluar ketum dan ubat batuk dengan guni besar menerusi bantuan tiga suspek Malaysia sebelum terserempak dengan kedua dua anggota PGA. Tiada unsur meragukan dalam kejadian ini apabila suspek yang ditahan mengakui kejadian spontan, bukan macam deal terancang, terkejut dengan kehadiran polis tanpa dijangka sebelum berlaku tembak menembak dan melarikan diri. Dua anggota PGA bersenjatakan pistol jenis P99 semasa kejadian manakala kumpulan penyeludup itu tidak pasti jenis senjata yang digunakan kerana kita masih menunggu laporan forensik yang diketuai Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed yang sedang menyiasat rapi di lokasi insiden untuk mengumpul bahan bukti,” ujarnya.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11/24/serang-anggota-pga-3-warga-tempatan-diburu-polis/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Kali Pertama Serangan Atas Anggota PGA, Dulu Hanya Kedengaran Bunyi Tembakan - KPN

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Insiden serangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) oleh kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand hari ini merupakan yang pertama berlaku. Dalam serangan jam 3.05 pagi itu seorang anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tengku Fauziah, Kangar Perlis.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sebelum ini hanya mendengar bunyi tembakan yang dihalakan ke arah pos kawalan Tembok Sempadan TS9 di Padang Besar, Perlis dari sebelah negara jiran itu.

“Sebelum ini dua kali iaitu pada 12 dan 15 November lalu penyeludup pernah menembak pos kawalan PGA. Anggotanya (kumpulan penyeludup) di sempadan menggunakan pistol angin sebagai menakutkan kita selepas terlalu marah dan bertambah agresif dengan tahap kawalan ketat kita di lorong tikus panas itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman malam ini.

Menurut Abdul Hamid, beliau telah mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed untuk membantu pasukan forensik JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan IPK Kedah menjalankan siasatan lanjut dalam kes tersebut.

“Saya minta kepada mereka untuk tidak terlepas apa-apa prosedur operasi standard (SOP) siasatan kes ini sekiranya kes ini dibicarakan kemudian dan berpeluang untuk sabitan tinggi apabila mendakwa suspek di negara ini,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya akan terus bekerjasama dan berhubung dengan Polis Diraja Thailand untuk mengesan dan menjejak saki-baki penyeludup di sebelah Thailand untuk dibawa ke Malaysia bagi menghadapi proses undang-undang di negara ini.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11...pga-dulu-hanya-kedengaran-bunyi-tembakan-kpn/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Koperal Baharuddin Akan Di Kebumikan Dengan Istiadat Penuh Penghormatan Polis - KPN

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terkorban dalam insiden serangan penyeludup di Pos Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi akan dikebumikan dengan istiadat penuh penghormatan polis. Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mezahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Korperal Baharuddin Ramli menyifatkan beliau seorang anggota yang berpengalaman.

Katanya, mendiang telah menjalani kurusus Komando 69 (VAT69) dan berkhidmat selama 35 tahun secara cemerlang seperti mana rakannya yang parah dalam kejadian itu, Korperal Nurihan A/L Tari, 39, yang telah berkhidmat selama 17 tahun dalam PGA. Menurut Abdul Hamid, selepas meninjau di lokasi serangan beliau melawat Koperal Norihan di Hospital Tengku Fauziah, Kangar dan keadaannya stabil walaupun badannya terkena tiga butir peluru penyeludup semasa insiden tersebut.

“Pengarah Hospital berkenaan memberitahu bahawa sebutir pelurunya telah menembusi usus dan dua lagi tidak mencederakan mana-mana organ penting badan. Dia dilihat berani dan telah dibawa ke bilik pembedahan untuk menjahit usus yang pecah akibat ditembusi peluru musuh, saya doakan beliau cepat pulih seperti sedia kala. Manakala jenazah mendiang Baharuddin masih diletakkan di Alor Setar dan lepas bedah siasat akan dibawa ke Kampung Sungai Sampong Bahau Negeri Sembilan esok untuk dikebumikan. Saya sudah arahkan PDRM untuk memastikan jenazah Baharuddin dikebumikan dengan penuh istiadat penghormatan polis nanti,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman malam ini.

Abdul Hamud berkata, pemergian Baharuddin merupakan gugurnya seorang pahlawan yang mempertahankan kedaulatan sempadan negara daripada dibocori musuh. Ujarnya, polis juga akan menyediakan bantuan kebajikan untuk kedua-dua keluarga anggota PGA itu.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11...mikan-dengan-istiadat-penghormatan-polis-kpn/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,689
Reaction score
11,931
Points
2,376

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
Kerajaan Negeri Sembilan zahirkan takziah atas pemergian Baharuddin

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Padang Besar, Perlis, awal pagi semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata beliau mewakili seluruh rakyat Negeri Sembilan melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang di atas pemergian Baharuddin.

"Mendiang anak jati Jempol, Negeri Sembilan. Pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia dan juga negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aminuddin turut berharap rakan setugas mendiang, Koperal Norihan Tari yang cedera parah dalam kejadian itu sembuh daripada kecederaannya.

"Berbanyak terima kasih kepada semua petugas keselamatan yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan dan keamanan negara.

"Saya titipkan doa kepada Allah SWT semoga anda semua sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan selamat ketika bertugas, insya-Allah, " katanya.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
Polis kenal pasti 7 dalang penyeludupan rentas sempadan

EnmWQU_VoAAWo-q_1606238148.jpg


KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti tujuh sindiket mendalangi kegiatan penyeludupan yang menggunakan lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis sebagai lokasi transaksi penyeludupan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ketua dan anggota sindiket terbabit sudah dikenal pasti dan usaha memburu mereka sedang dilakukan.

"Satu sindiket dikenal pasti ini dipercayai terbabit menyediakan tujuh guni daun ketum dan sejumlah ubat batuk untuk diseludup melalui lorong tikus di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar awal pagi tadi.

"Sindiket penyeludup menggunakan lorong tikus di pos sempadan itu untuk mengambil guni ketum dan ubat batuk itu sebelum terserempak dengan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang membuat tinjauan," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden tembakan antara dua anggota PGA dengan sekumpulan penyeludup dari negara jiran ketika sedang menjalankan tugas pemantauan dan risikan di pos sempadan Malaysia - Thailand di Padang Besar, awal pagi tadi.

abhamidlawatpdb3_1606238141.jpg


abhamidlawatpdb1_1606238133.jpg

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua dari kanan) melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Ihsan FB Abdul Hamid Bador

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, anggota Batalion 3 (Senoi Praaq) PGA Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala rakan setugasnya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah terkena tiga das tembakan pada kanan perut dan rusuk belakang.

Katanya, sindiket penyeludupan antara dua negara ini mengamalkan sistem 'barter trade' (pertukaran barang) yang mana sindiket tempatan hanya perlu membekalkan daun ketum dan ubat batuk.

pga-sempadan24-o11_1606238145.jpg

Anggota PGA, Koperal Judin Awi, 50, menunjukkan kawasan mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

"Sindiket negara jiran pula akan membekalkan pelbagai jenis dadah termasuk syabu, pil yaba dan heroin kepada sindiket tempatan.

"Urus niaga yang dilakukan tidak membabitkan sebarang wang tunai, hanya pertukaran barang kerana daun ketum boleh dikatakan agak berharga di negara jiran," katanya.

Abdul Hamid juga berkata, seramai 13 suspek yang terdiri daripada tujuh kumpulan penyeludup itu sudah diberkas dalam satu operasi hari ini.

abhamidlawatpdb2_1606238137.jpg

Anggota PGA dilihat sedang mengawal ketat Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

"Tiga daripada 13 suspek yang diberkas mengaku terbabit dalam insiden berbalas tembakan pagi tadi. Usaha memburu ahli sindiket yang lain masih giat dijalankan," katanya.

Beliau juga berkata, risikan mendapati sindiket penyeludupan Thailand akan memanjat tembok sempadan menggunakan tangga untuk membawa masuk guni berisi ketum dan ubat batuk ke negara mereka.

Bekalan dadah untuk pasaran tempatan pula akan ditinggalkan sindiket negara jiran di lokasi tertentu di pos sempadan berkenaan.

Terdahulu, BH melaporkan enam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota PGA berkenaan sudah ditahan pihak berkuasa.


 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,418
Reaction score
1,882
Points
201
bisnes seludup hamba abdi zaman moden ni beri pulangan yg byk kpd penyeludup
Tu yg sanggup buat apa cara
demand tinggi, hasil lumayan

maklum lah gaji kecik
Buat yg haram, lebih mashyukkkk
Kelangsungan hidup
 
Sponsored Post
Top
Log in Register