Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
basri_1606210632.jpg

Basri Sampe reda dengan pemergian abang tirinya, mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang kali terakhir ditemuinya petang semalam. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli


'Abang seorang yang berani'

ALOR SETAR: "Abang seorang yang berani dan sangat cekal dalam melakukan tugasan," kata Basri Sampe, adik tiri Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.

Basri, 43 yang juga anggota Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak, berkata kali terakhir mereka bertemu pada jam 3 petang semalam ketika mendiang melalui pos kawalan tempat dia bertugas.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu melalui alat perhubungan telekomunikasi di pos kawalan PGA di sempadan, namun pada awalnya tidak dimaklumkan anggota mana yang terbabit.

"Tidak lama kemudian saya dimaklumkan mangsa adalah abang saya.

"Abang memang baik dan rapat dengan keluarga walaupun kami berlainan ayah" katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.

Mengulas pertemuan terakhir semalam, Basri berkata mendiang menunggang motosikal dan mengangkat tangan serta menegurnya sebelum dia memulakan tugasan.

"Kami tak sempat berbual dan itu kali terakhir saya bertemu dengannya sebelum kejadian berlaku," katanya.

Basri berkata, abangnya meninggalkan isteri, Relow a/p Alang Ko, 48, dan tiga anak.

Katanya, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan berharap tindakan undang-undang dilakukan terhadap pihak yang melakukan kegiatan itu sehingga meragut nyawa abangnya.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi tadi, mendiang Baharuddin, 54, yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, maut akibat ditembak.

Mangsa sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang turut mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar dengan keadaan dilaporkan kritikal.

Mayat Baharudin dihantar ke HSB untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan untuk disemadikan.
 
Last edited:
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
Border shooting: One smuggler arrested in M'sia, three others nabbed by Thai police

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601

Sidang media khas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
Kes tembakan di pos sempadan Malaysia-Thailand kali ketiga bulan ini - KPN

KUALA LUMPUR: Kejadian tembakan di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) awal pagi tadi adalah insiden kali ketiga bulan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 12 November dan kejadian kali kedua berlaku 15 November lalu.

"Bagaimanapun dua kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan pada anggota PGA dan tembakan itu dipercayai dilepaskan secara rambang.

"Tembakan dipercayai bertujuan untuk menakut-nakutkan anggota PGA yang menjalankan tugas kawalan di pos sempadan berkenaan," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, insiden berbalas tembakan antara anggota PGA dan kumpulan penyeludup, awal pagi tadi adalah kali pertama berlaku sehingga seorang anggota PGA maut dan seorang lagi parah.

"Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman ada mengadakan mesyuarat bagi mengumpul maklumat mengenai lorong tikus di kawasan sempadan dan satu daripadanya yang dikenal pasti adalah di lokasi kejadian.

"Kita ada menerima maklumat memaklumkan akan ada aktiviti penyeludupan dilakukan di lokasi berkenaan antara dua atau tiga hari sebelum kejadian, justeru dua anggota PGA terbabit melakukan tinjauan dan mengumpul maklumat di lokasi terbabit," katanya.

Beliau berkata kegiatan penyeludupan di lokasi itu membabitkan kemasukan penyeludup dari Thailand yang menceroboh sempadan negara di lokasi berkenaan untuk mengambil barang seludup termasuk daun ketum dan ubat batuk.

Mengulas lanjut mengenai insiden pagi tadi, Abdul Hamid berkata, dua anggota PGA berkenaan sedang menjalankan tugas pemantauan dan risikan di lokasi terbabit sejak jam 9 malam.

"Kedua-dua mereka menaiki sebuah motosikal sebelum sampai ke lokasi dengan berjalan kali melalui laluan denai di situ dan terserempak dengan sekumpulan penyeludup sedang memindahkan bungkusan daun ketum dan ubat batuk.

"Kita percaya kedua-dua pihak terkejut dan berlaku insiden tembak menembak di antara kedua-dua pihak," katanya.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, anggota Batalion 3 (Senoi Praaq) PGA Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala rakan setugasnya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah terkena tiga das tembakan pada kanan perut dan rusuk belakang.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.

Terdahulu, BH melaporkan enam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota PGA berkenaan sudah ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, dilaporkan berkata, dua daripada suspek ditahan oleh pasukan keselamatan Malaysia dan empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand.

Menurutnya, seorang daripada suspek yang ditahan oleh anggota pasukan VAT69 di sempadan pagi tadi, manakala usaha memburu baki tujuh lagi anggota kumpulan penyerang itu sedang dijalankan pihak berkuasa kedua-dua negara.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
insiden tembak menembak ni biasa kat border, hanya yang serious / berat je masuk berita .. tidak senyapje, takkan plak tentera Thai xperasan bila pembolos sempadan tu keluar, nasib kita sempat sergah mereka .. tentera Thai pun harus bertanggungjawab atas insiden ni sebab "careless"
 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,517
Reaction score
1,061
Points
111
Kawasan panas ni sepatutnya anggota pakai vest kalis peluru.

Kedua-dua anggota PGA kita kena tembakan di badan.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Jasad mendiang Koperal Baharuddin yang terkorban selepas terkena tembakan di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi ini tiba di Batalion 3, PGA, Bidor untuk penghormatan terakhir.

Enm-Hqfe-W8-A4lk-Y7.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Anggota PGA Di Tembak Sedang Lakukan Risikan Sebelum Di Serang - KPN

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban serta Koperal Norihan Tari yang parah dalam insiden tembak-menembak dengan kumpulan penyeludup di Sempadan Malaysia-Thailand awal pagi tadi, sedang menjalankan risikan ketika kejadian berlaku. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata kedua-dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu terdahulu menaiki motosikal ke lokasi kejadian kira-kira 200 meter dari sebuah pos kawalan PGA berhampiran.

"Pada jam 2.30 pagi, dua orang anggota (itu) daripada Strike Force Company A, PGA Batalion 3 (Senoi Praaq), Bidor telah keluar. Mereka berdua menunggang motosikal untuk memantau dan meninjau (untuk membuat risikan) di kawasan laluan tersebut yang merupakan denai di dalam belukar menuju ke sebuah kebun berhampiran sempadan.

"Apabila telah sampai dekat belukar, mereka telah meletakkan motosikal di kawasan itu dan berjalan kaki mengikut denai. Lebih kurang 400 meter berjalan, mereka terserempak dengan sekumpulan lelaki (penyeludup), kita anggap 13 orang... serta-merta berlaku tembak-menembak antara mereka dan kumpulan itu," katanya pada sidang media di Bukit Aman malam ini.

Beliau berkata, kedua-dua anggota terbabit bagaimanapun hanya menggunakan pistol disebabkan mereka bertugas sebagai anggota peninjau yang mengumpul risikan dan tidak dibekalkan senjata berat. Ketika bertempur, katanya mendiang Baharuddin telah terkena tembakan dan berundur kira-kira lima meter sebelum mengarahkan rakannya untuk keluar mendapatkan bantuan.

"Apabila berlaku tembak-menembak, Koperal Baharuddin telah tercedera dan berundur sejauh empat hingga lima meter sebelum rebah di situ. Beliau sempat mengarahkan rakannya segera balik meminta bantuan," katanya.

Abdul Hamid berkata, ketika Norihan berlari ke arah motosikal sebelum bergegas ke pos kawalan PGA tidak jauh dari situ, Baharuddin yang masih bertempur kehabisan peluru.

"Norihan yang parah sempat sampai di pos kawalan sebelum lima anggota PGA bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mendiang terbaring dengan keadaan masih memegang pistol yang kehabisan peluru. Mendiang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena tembakan di bahagian rusuk kanannya," katanya.

Jelas Abdul Hamid, kedua-dua anggota itu disifatkan sebagai wira negara. Katanya, kehebatan mereka tidak boleh dipertikaikan kerana masih mampu membuat tembakan yang mencederakan beberapa penyeludup walaupun bertempur hanya menggunakan pistol dalam keadaan gelap. Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, kedua-dua mereka merupakan anggota berpengalaman dan telah menjalani kursus Komando VAT69 dan pernah menerima beberapa penghargaan sebelum ini.

"Mendiang Koperal Baharuddin Ramli berkhidmat selama 35 tahun dah tiga kali menerima surat penghargaan atas perkhidmatan cemerlang. Manakala Koperal Norihan berkhidmat selama 17 tahun dan beliau pernah menerima satu surat penghargaan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang," jelas Ketua Polis Negara itu.

Berita asal https://www.astroawani.com/berita-m...g-lakukan-risikan-sebelum-diserang-kpn-270008
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Kejadian Berbalas Tembakan Di Sempadan Berlaku Spontan - IGP

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand antara dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penyeludup dadah awal pagi tadi berlaku secara spontan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata kedua-dua pihak melibatkan polis dan penyeludup terkejut melihat kehadiran masing-masing di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

"Dua anggota PGA itu dalam operasi perisikan dengan bersenjatakan pistol dan menunggang motosikal, dan mereka tiba di satu kawasan belukar serta denai di kawasan ladang getah menuju ke tembok sempadan.

"Mereka kemudian berjalan di denai sebelum terserempak dengan kumpulan itu yang membawa guni mengandungi daun ketum dan ubat batuk," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Beliau berkata Kpl Baharuddin Ramli, 54, yang maut terkena tembakan di rusuk kanan sempat meminta rakannya Kpl Norihan a/l Tari, 39, meminta bantuan dari pos kawalan TS9, menyebabkan Norihan yang sudah cedera kerana terkena tiga das tembakan bergegas kembali ke motosikal mereka dan menunggang ke pos kawalan berkenaan.

Abdul Hamid berkata pasukan bantuan yang tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian mendapati Baharuddin, orang asli dari suku kaum Semelai, telah terbaring dan meninggal dunia dalam keadaan pistolnya berada di bahu dan kehabisan peluru.

"Kecederaan Norihan pula ialah dua dari peluru terkena ususnya namun beliau kini stabil di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis,” katanya.

Abdul Hamid berkata pasukan komando VAT69 yang turut dikerah ke lokasi kejadian bersama pasukan bantuan dari PGA kemudian berjaya menahan dua suspek lelaki warga Thailand, dengan salah seorangnya ditahan berdekatan lokasi kejadian.

Beliau berkata jasad Baharudin masih di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dan akan dibawa ke Kem 3 Batalion PGA di Bidor Perak sebelum disemadikan mengikut istiadat rasmi PDRM di Kampung Sampo, Bahau, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Abdul Hamid turut menjelaskan sindiket penyeludupan dadah itu dipercayai beroperasi dengan cara pertukaran 'barter' iaitu menyeludup ke dalam negara ini dadah, antaranya heroin dan syabu dari Thailand, dan membawa daun ketum dari negara ini ke Thailand.

"Polis sedang memburu tiga rakyat Malaysia yang dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan dan polis juga sudah mengenal pasti tujuh sindiket penyeludupan yang bergiat di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata polis juga merekodkan dua kejadian tembakan berdekatan pos kawalan berkenaan pada 12 dan 15 Nov lepas, dipercayai menggunakan senapang angin dan senjata api lain, yang dipercayai untuk menakutkan anggota penguatkuasa di kawasan itu.

Beliau berkata bantuan kebajikan sewajarnya akan diberikan kepada kedua-dua anggota pasukan Senoi Praaq itu, dan mereka juga pernah menerima beberapa sijil penghargaan dan anugerah perkhidmatan cemerlang sebelum ini.

Katanya, pasukan Senoi Praaq juga memiliki reputasi yang digeruni dalam kalangan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand kerana amanah dan berintegriti tinggi semasa menjalankan tugas.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552371
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,683
Reaction score
549
Points
121
Memang kena tapaw lah 2 orang nak lawan 13 orang.
Tapi kira hebat jugak si mati ni, sempat lagi cederakan 2-3 orang lawan walaupun hanya berpistol.
Kalau anggota PGA pakai M16 ke, mungkin lain kesudahan dia.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register