Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,971
Reaction score
4,386
Points
601
Sarjan Norihan pulang sebagai perwira

ALOR SETAR: Anggota Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Sarjan Norihan Tari, 39, dibenarkan pulang dari Hospital Pulau Pinang, dan diiringi ke Kem Batalion 3, hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 3, Superintendan Rosman Kasman, berkata Norihan dibenarkan keluar pada jam 9.30 pagi tadi.

Beliau berkata, dia kemudian dibawa pulang dengan diiringi pasukan Batalion 3 dari Pulau Pinang ke Bidor jam 12 tengahari tadi.

"Ketibaan Norihan disambut dengan baik dan layanan sebagai perwira negara.

"Keadaan kesihatannya semakin baik dan beliau akan berehat sementara sembuh sepenuhnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian 24 November lalu jam 3.10 pagi, Sarjan Norihan Tari dan rakannya, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, berbalas tembakan ketika bertempur dengan penyeludup berhampiran pos TS9 Padang Besar, Perlis.

Baharuddin terkorban dalam insiden itu selepas ditembak di bahagian perut, manakala Norihan yang turut terkena tembakan sempat berlari sejauh 1.5 kilometer (km) untuk mendapatkan bantuan di pos TS9 sebelum dihantar ke hospital.

sarjannorihan612a_1607249127.jpg


Rosman (kanan) menyampaikan Jalur Gemilang kepada Norihan di Kem Batalion 3 PGA Bidor, Perak. - Ihsan PGA
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
52 suspek kes tembak anggota PGA direman 28 hari di bawah SOSMA

December 8, 2020 3:06 PM

Warga-Thailand-di-reman-kangar-bernama.jpg

Tiga warga tempatan dan seorang warga Thailand yang disambung reman di Mahkamah Kangar pada 2 Dis lalu dalam kes tembak anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand akhir bulan lalu. (Gambar Bernama)

KANGAR: Seramai 52 suspek yang ditahan dalam siasatan kes tembak mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, direman 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Perlis, Surina Saad berkata, 22 suspek yang tamat tempoh reman disambung lagi hari ini, manakala 30 orang akan direman esok di bawah SOSMA untuk siasatan lanjut.

“Seorang suspek pula dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan,” katanya selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perlis hari ini.


Mengenai tiga warga Thailand yang ditahan di negara itu, Surina berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Thailand untuk membenarkan polis membawa masuk suspek utama kes itu ke negara ini.

Beliau berkata, terdapat beberapa lagi tangkapan akan dibuat bagi memastikan semua suspek terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Pada 24 Nov lalu, Baharuddin Ramli, 54, terkorban, manakala rakannya Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600m dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.


Beliau berkata, semua 52 suspek berumur 20 hingga 65 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah terancang.


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,971
Reaction score
4,386
Points
601
hm123norehan_1608280014.jpg

Sarjan Norihan a/l Tari (kanan) bersama isterinya Fardilla Adam. - NSTP/Rosman Shamsudin
Dua peluru masih bersarang dalam perut, pinggul Norihan

TAPAH: "Belum puas", demikian luahan anggota Batalion ke-3, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan a/l Tari, mengenai kehilangan rakan seperjuangannya, Sarjan Baharuddin Ramli dalam insiden berbalas tembak di sempadan Malaysia-Thailand, bulan lalu.

Norihan, 39, yang terselamat selepas terkena tiga das tembakan oleh penyeludup ketika menjalankan tugas risikan bersama Baharuddin, menyifatkan mendiang seorang yang mempunyai kepakaran tinggi, terutama mengesan jejak dalam hutan.

"Saya masih belajar dengan mendiang dan tidak sempat menuntut kepakarannya lebih mendalam. Bila sembuh nanti, perkara pertama saya hendak lakukan ialah mempraktikkan semula teknik-teknik yang diajar, termasuk cara mengesan jejak binatang dan manusia di dalam hutan," katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menerima sumbangan kebajikan daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia, Datuk Kamaruddin Mat Desa, di Batalion 3 PGA, Bidor.

Turut menerima sumbangan ialah balu mendiang Baharuddin iaitu Relow Ko.

Dalam insiden pada pukul 3.10 pagi, 24 Nov lalu, Norihan cedera parah manakala Baharuddin terbunuh, ketika kedua-dua anggota itu terlibat dengan Op Benteng di sempada negara.

"Saya amat bersedih dan terkejut kerana tidak tahu mendiang telah meninggal dunia, sehinggalah isteri memberitahu mengenai kematiannya selepas menjalani pembedahan dua hari selepas kejadian," kata Norihan.

Norihan berkata, beliau dibenarkan pulang ke rumah di Bidor pada 6 Disember selepas menjalani pembedahan membuang sebutir peluru berdekatan paru-paru di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 26 November, manakala dua butir lagi peluru masih tertanam di perut dan tulang pinggul.

"Kedua-dua peluru ini belum dikeluarkan atas faktor keselamatan saya kerana pembedahan ada risiko lumpuh," katanya.

Ditanya mengenai tahap kesihatannya kini, Norihan yang telah 17 tahun berkhidmat sebagai anggota polis berkata, keadaannya bertambah baik namun hanya dibenarkan mengambil makanan lembut seperti bubur dan dijadual berjumpa doktor pakar usus pada minggu depan di HPP.

"Saya mampu berjalan tanpa bantuan, tetapi berasa sedikit mengah selepas berjalan agak jauh kerana terdapat kecederaan pada paru-paru," katanya yang juga akan mendapatkan rawatan pakar tulang di hospital sama.

Berkongsi kisah tragis itu, Norihan berkata, beliau menggagahkan diri mendapatkan bantuan dalam keadaan berlumuran darah akibat selepas terkena tembakan, sebagaimana diarahkan mendiang Baharuddin.

"Saya berlari menerusi denai dan bukit bukau sejauh satu kilometer sebelum tiba di Pos TS9 dekat Padang Besar, dengan harapan mendiang Baharuddin masih selamat, tapi sebaliknya berlaku," katanya yang menyifatkan kejadian itu akan terus dikenang. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,971
Reaction score
4,386
Points
601
tahan5jan_1609827936.jpg

Dah Wae Hatama (kiri) dan Mahyee Ma-ae didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar atas kesalahan memasuki Malaysia tanpa pas yang sah. - NSTP/Amran Hamid


Dua suspek kes tembak anggota PGA didakwa

KANGAR: Dua petani warga Thailand yang disyaki terbabit dalam kes serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar pada 24 November lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas sah.

Tertuduh, Dah Wae Hatama, 36, membuat pengakuan bersalah, manakala rakannya, Mahyee Ma-ae, 34, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim, Musyiri Peet.

Berdasarkan pertuduhan, Dah Wae didakwa tidak memiliki apa-apa pas sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini ketika ditahan di sebuah pondok di Batu 20, Jalan Padang Besar pada jam 8.26 pagi 24 November lalu.

Seorang lagi tertuduh, Mahyee turut didakwa atas kesalahan sama ketika ditahan di sebuah rumah di Batu 22, Jalan Padang Besar pada jam 8 pagi, tarikh yang sama.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara lima tahun dan sebatan enam kali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali, manakala Dah Wae diwakili peguam bela, Syed Mohammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Bagaimanapun, Mahyee tidak diwakili peguam bela.

Syed Mohammad Anwar dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas Dah Wae kerana tertuduh mempunyai tiga tanggungan iaitu isteri dan dua anak berusia lima serta 12 tahun di Thailand.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan ke atas Dah Wae, selepas Mohd Izham meminta hukuman berat dijatuhkan berikutan kes ini membabitkan kepentingan awam.

Musyiri kemudian menetapkan 1 Februari depan bagi sebutan semula dan serahan dokumen kes membabitkan Mahyee.

Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi, 24 November lalu, berdekatan FELDA Mata Ayer, Padang Besar, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, meninggal dunia di lokasi selepas terkena tembakan penyeludup ketum, manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, cedera parah.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,971
Reaction score
4,386
Points
601
Tahanan kes tembak PGA bukan lolos, tapi dibebaskan

ALOR SETAR: Polis Kedah menyangkal laporan yang tular di media sosial berkaitan dua suspek disyaki terbabit kes tembak anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 pada 12 November lalu meloloskan diri daripada tahanan polis.

Laporan yang tular itu juga mendakwa suspek disyaki mempunyai senjata api dan cuba meloloskan diri ke Thailand.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad mengesahkan kedua-dua suspek tidak meloloskan diri sebaliknya dibebaskan oleh polis kerana tiada arahan penahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dibenarkan oleh mahkamah.

Katanya, susulan insiden tahun lalu di sempadan Malaysia-Thailand yang menyebabkan kematian anggota PGA dan seorang parah, Polis Kedah berjaya kenal pasti dan menahan 15 suspek yang disyaki terbabit.

"Hasil siasatan dilakukan, dua daripada mereka disyaki terbabit dengan kes tembakan itu selain turut dipercayai terbabit dengan kes penyeludupan ketum selain pencerobohan dan khianat di sempadan Malaysia-Thailand Bukit Kayu Hitam," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sapii berkata, permohonan reman bagi kes penyeludupan ketum dan menceroboh sempadan ditolak mahkamah masing-masing pada 6 dan 7 Januari 2021, manakala siasatan kes melepaskan tembakan membabitkan anggota PGA, sudah selesai dijalankan.

Malah, kertas siasatan berhubung kes tembakan itu juga katanya sudah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwaraya Negeri dan pihaknya masih menunggu arahan bagi pertuduhan kes di mahkamah.

Tambahnya, disebabkan tiada arahan penahanan reman dibenarkan oleh mahkamah, kedua-dua mereka kemudian dibebaskan.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register