Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

CG Sponsors




puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,417
Reaction score
2,145
Points
201
Thailand sedia kerjasama kawal sempadan negara

SONGKHLA: Thailand sedia memberi kerjasama mempergiat kawalan keselamatan di sempadan Thailand-Malaysia susulan insiden seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut ditembak ketika bertugas di Perlis pada Selasa.

Komander Tentera Bahagian Ke-4, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC) Thailand-Malaysia menghubungi Pengerusi RBC Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Ab Rahman hari ini.

Beliau berkata, mereka berbincang untuk mempertingkat kawalan di sempadan Thailand-Malaysia bagi mengelak insiden yang sama berulang.

Pasukan keselamatan, katanya, akan mempertingkat kawalan di sepanjang sempadan termasuk mempergiat rondaan dan mewujudkan pos kawalan di lokasi strategik bagi mengekang kegiatan penyeludupan serta berkongsi maklumat.

"Kami tidak mahu insiden sama berulang. Pihak berkuasa Thailand sedia memberi kerjasama kerana ia salah satu saluran untuk mengelakkan insiden tidak diingini berlaku," katanya kepada media selepas meninjau lokasi kejadian di Daerah Sadao, Songkhla.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Padang Besar, Perlis itu.

Kriangkrai berkata, hubungan diplomatik kedua-dua negara berada pada tahap yang baik.

"Sehubungan itu, langkah yang sewajarnya perlu diambil," katanya.

Sementara itu, Kriangkrai ,berkata pihak berkuasa Thailand mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden berbalas tembakan itu.

"Tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan," katanya.

Semalam media melaporkan seorang anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika menjalankan rondaan dengan rakan setugasnya di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Dalam kejadian pertama pada awal pagi Selasa lalu. Baharuddin maut manakala Sarjan Norihan Tari, 39, parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan penyeludup di Pos TS9 berdekatan Padang Besar. - BERNAMA
tentera siam baru nak jaga sempadan. sebelum ni buat tak kisah je. dok peningkan melayu pattani kat sana.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
Sarjan Norihan tunjuk perkembangan positif
danial_1606458362.jpg

Sarjan Norihan selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru.- Foto/Danial Said

GEORGETOWN: Sarjan Norihan Tari, mula menunjukkan perkembangan positif selepas berjaya menjalani pembedahan mengeluarkan peluru semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan, berkata Norihan, 39, dilihat memberikan tindak balas apabila bercakap dengannya pagi tadi.

Sahabudin yang ditemani isteri Norihan melawatnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Besar Pulau Pinang pagi tadi.

"Apa yang saya boleh katakan ialah beliau menunjukkan perkembangan positif dan memberi tindak balas apabila saya bercakap dengannya. Beliau dalam keadaan stabil.

"Isteri beliau juga berada di sisinya untuk memberikan sokongan," katanya.

Norihan menjalani pembedahan semalam bagi mengeluarkan dua daripada tiga peluru di dalam badannya, susulan insiden tembakan bersama sekumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis, Selasa.

Pada malam Rabu, Norihan dipindahkan dari Hospital Besar Pulau Pinang bagi menjalani pembedahan dan rawatan lanjut untuk mengeluarkan kesemua peluru itu.

Dalam insiden pada jam 3.10 pagi Selasa itu, Norihan dan Sarjan Baharuddin Ramli, 54, berdepan kejadian tembak-menembak bersama sekumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis.

Badaruddin terbunuh manakala Norihan mengalami kecederaan parah. Kedua-dua mereka adalah anggota Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, Pasukan Gerak Am (PGA) yang terbabit dalam Op Benteng.

Semalam, doktor berjaya mengeluarkan dua butir peluru dari perut Norihan, yang terletak berhampiran tulang belakang beliau.

Sebutir lagi peluru berhampiran paru-paru mangsa bagaimanapun masih berada di situ.

Menurut Sahabudin, pembedahan susulan bagi mengeluarkan peluru berkenaan adalah bergantung kepada keadaan Norihan.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,590
Reaction score
1,390
Points
201
Pagar yg tak thn tu.. mcm pagar sekolah je
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
Kes tembak PGA: Sarjan Norihan stabil, dua lagi peluru perlu dikeluarkan

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
surat_1606546150.jpg


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan (kanan) mengiringi Datuk Yahaya Othman (kiri) yang hadir menziarahi dan menyampaikan surat penghargaan Yang di-Pertuan Agong kepada kepada anggota Senoi Praaq PGA, Sarjan Norihan Tari di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

Sarjan Norihan terima surat penghargaan Yang di-Pertuan Agong

GEORGETOWN: Anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari, yang terselamat dalam insiden berbalas tembak ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa lalu, hari ini menerima watikah dan surat penghargaan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Penyerahan itu dilakukan juruiring baginda, Datuk Yahaya Othman bersama Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan, ketika menziarahi Norihan, 39, dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, jam 12 tengah hari tadi.

Yahaya berkata, berdasarkan riak wajah Norihan menunjukkan bahawa anggota Senoi Praaq Batalion 3 PGA itu, terharu dengan perhatian diberikan Seri Paduka terhadap dirinya.

"Seri Paduka mengarahkan saya untuk menziarahi Sarjan Norihan dan menyampaikan titah baginda ke atas keprihatinan Sarjan Norihan dalam mempertahankan benteng pertahanan negara.

"Melalui riak wajah Sarjan Norihan menunjukkan reaksi bahawa dia amat teruja dan terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan Seri Paduka.

"Seri Paduka dan Permaisuri turut mendoakan supaya Sarjan Norihan cepat sembuh dan memperoleh kesihatan yang baik supaya dapat terus berkhidmat untuk negara," katanya ketika ditemui di lobi HPP, di sini, hari ini.

Sementara itu, Sahabudin berkata, keadaan kesihatan Norihan menunjukkan perkembangan amat baik dan positif, berbanding semalam apabila sudah mampu berkomunikasi.

"Jika semalam, apabila bercakap dia hanya memberi reaksi dengan mengangguk kepala tetapi syukur hari ini, dia sudah boleh bercakap, selain mengucapkan terima kasih kepada semua yang melawatnya.

"Mengikut maklum balas daripada doktor, semangatnya amat kuat dan dia juga mengingati apa yang berlaku terhadap diri serta rakan sejawatnya" katanya.

Jelasnya, doktor turut memberitahu bahawa masih ada sebutir peluru yang belum dikeluarkan pada bahagian paru-paru dan sedang membuat pemerhatian sebelum menjalankan pembedahan susulan.

Dalam kejadian pukul 3.10 pagi Selasa lalu, Norihan bersama seorang lagi anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkena tembakan ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Perlis.

Bagaimanapun, Baharuddin maut di tempat kejadian selepas ditembak pada bahagian dada dan perut.

Norihan pula cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan tempat mereka bertugas.

Baharuddin dan Norihan, adalah anggota unit Senoi Praaq Batalion 3 PGA (PDRM), yang terbabit dalam pengumpulan maklumat, terserempak dengan kira-kira 13 penyeludup sebelum berlakunya insiden berbalas tembakan itu.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
Kes tembak anggota PGA, 15 disambung reman

KANGAR: Perintah tahanan reman terhadap 15 warga tempatan yang disyaki terbabit dalam serangan terhadap anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di tembok sempadan Malaysia-Thailand Selasa lalu, disambung reman mulai esok hingga Selasa depan.

Perintah sambung reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah di Kompleks Mahkamah Kangar pagi tadi selepas mendapat permohonan polis.

Perintah itu dikeluarkan selepas tempoh tahanan reman yang dikeluarkan sebelum ini terhadap 15 lelaki berkenaan yang berusia antara 19 hingga 37 tahun, tamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas, berkata semua suspek akan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini bagi menjalani beberapa prosedur.

"Ini termasuk ujian darah dan juga saringan COVID-19 selain beberapa prosedur siasatan dalaman polis manakala tiga lagi suspek warga Thailand, tempoh reman mereka tamat minggu hadapan," katanya.

Mengulas mengenai jumlah individu yang dipanggil bagi membantu siasatan, Saifudin berkata sehingga kini seramai 22 individu termasuk suspek yang ditahan kini sudah diambil keterangan.

Dalam kejadian serangan pada 3.10 pagi Selasa lalu di daerah ini, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, meninggal dunia di lokasi manakala rakannya Sarjan Norihan A/L Tari, 39, parah.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
Pemergian Sarjan Baharuddin kehilangan besar: Raja Muda Perlis

KUALA PERLIS - Pemergian anggota PGA, mendiang Sarjan Baharuddin Ramli merupakan kehilangan besar kepada semua pihak malah pengorbanan dan jasa yang dicurahkan akan sentiasa dikenang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mendiang merupakan wira negara yang sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Baginda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut merakamkan ucapan takziah balu mendiang Baharuddin, Relow Ko atas pemergian suaminya..

"Saya berharap keluarga mendiang akan terus tabah mengharungi ujian kehilangan ahli keluarga mereka," titah baginda ketika Majlis Penyerahan Mesin Penapis Air untuk kegunaan anggota PGA di Pos PGA Bukit Putih, di sini semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi Selasa lalu Baharuddin, 54, meninggal dunia di lokasi selepas di tembak di Padang Besar ketika sedang bertugas.

Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen turut mengutuskan ucapan takziah kepada Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji serta seluruh anggota Briged Utara Pasukan Gerakan Am Polis DiRaja Malaysia terutama Pasukan Batalion 3 PGA yang diketuai oleh Superitendan Rosman Kasman atas pemergian mendiang Sarjan Baharuddin.

Di kesempatan tersebut juga, baginda berdua menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh seluruh anggota Briged Utara PGA dalam menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara.

Baginda turut mendoakan seluruh warga kerja serta keluarga anggota PGA sentiasa berada dalam keadaan sihat, dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.

Terdahulu, baginda menyempurnakan majlis penyerahan mesin penapis air sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk kegunaan para anggota PGA.

Hadir mengiringi baginda sempena program MAIPs Peduli ke-67 di perkarangan kampus Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Kuala Perlis itu ialah Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sebanyak tiga buah keluarga asnaf terpilih membabitkan anak kariah Masjid Saidina Abu Bakar Kampung Seberang Ramai di sini menerima sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...-Baharuddin-kehilangan-besar-Raja-Muda-Perlis
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register