Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Norihan selamat jalani pembedahan buang dua peluru


Georgetown: Sarjan Norihan Tari selamat menjalani pembedahan membuang dua daripada tiga peluru di badannya di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berusia 39 tahun itu parah selepas terbabit insiden berbalas tembakan dengan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, Norihan masih belum sedar namun keadaannya stabil.

"Norihan menjalani pembedahan bermula 1.30 tengah hari hingga 5.45 petang, yang dikendalikan pakar HPP. Berdasarkan maklumat pakar, dia belum sedarkan diri lagi namun stabil.

"Dua peluru di perut dan dekat tulang belakang berjaya dikeluarkan. Satu lagi peluru di paru-paru masih ada dan kita menunggu nasihat doktor untuk itu (pembedahan mengeluarkannya)," katanya hari ini.

Abd Rahim berkata, pasukan pakar memantau kesihatan Norihan yang ketika ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Norihan dipindahkan ke hospital itu dari Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menjalani pembedahan membuang peluru dan rawatan lanjut.

Dalam kejadian 3.10 pagi Selasa lalu, Norihan parah, manakala Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban selepas terbabit dalam insiden berbalas tembakan di sempadan negara.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
TEMBAKAN SEMPADAN | Penyeludupan Daun Ketum Masih Berlaku

Komander Bridged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji mendedahkan, walaupun keadaan sempadan negara yang ketika ini masih ‘panas’ dengan kes tembakan pihaknya masih mengesan pergerakkan rangkaian sindiket pengedaran daun ketum.

 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,270
Reaction score
2,385
Points
206
จุดชมวิว เนินนมสาว
Unnamed Road, 90240 Samnak Kham, Songkhla, Thailand

Rilek je orang siam bergambar kat jalan sempadan. Kalau kita jalan sempadan memang orang awam tak boleh nak lalu.
polis siam makan persen je.
trip completed dia ambik la komisen.

nak lepas border proper pun kena bagi tip. padahal memang dia dibayar gaji untuk buat kerja2 tu semua.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,394
Reaction score
2,139
Points
201
polis siam makan persen je.
trip completed dia ambik la komisen.

nak lepas border proper pun kena bagi tip. padahal memang dia dibayar gaji untuk buat kerja2 tu semua.
yup. satu kepala dia caj RM2 sekarang ni. declare kastam kalau kat Wang Prachan dia caj sampai RM10.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Warga tempatan bersekongkol penyeludup sindiket negara
photo6194897799838018481_1606396440.jpg

Anggota PGA melakukan rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand. - Foto NSTP/ Zuliaty Zulkiffli

BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) tidak menolak kemungkinan ada warga tempatan bersekongkol dengan sindiket dari negara jiran dalam kegiatan penyeludupan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata khidmat penduduk tempatan digunakan kerana mereka mahir dalam selok-belok lorong tikus yang terdapat di sekitar sempadan.

Mengulas lanjut, katanya kebiasaannya penduduk tempatan akan membawa barangan untuk diseludup seperti ketum dan dadah, sebelum ditinggalkan di lokasi khusus berdekatan dengan tembok sempadan.

"Barang ditinggalkan itu akan dikutip kumpulan penyeludup dari negara jiran yang menyusup masuk secara haram sebelum ia dibawa menyeberangi sempadan," katanya ketika meninjau keadaan di laluan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya sudah mengarahkan setiap ketua pos kawalan supaya mengenal pasti lorong tikus yang wujud di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand supaya kawalan dan rondaan dapat dipertingkatkan.

"Berdasarkan maklumat, kita dapati penyeludup biasanya mengambil kesempatan waktu antara tengah malam hingga awal pagi untuk melakukan kegiatan mereka," katanya.

Kelmarin, negara dikejutkan insiden serangan membabitkan penyeludup ketum ke atas dua anggota PGA menyebabkan kematian Sarjan Baharuddin Ramli, manakala rakan setugasnya, Sarjan Norihan Tari, cedera parah.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
MUHAMMAD_ADLIZAN_ADMANCUR_1606405766.jpg

Ketua Platun 5 PGA, Inspektor Muhammad Adlizan menunjukkan tempat kejadian seorang anggota PGA ditembak ketika membuat rondaan di Sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam hari ini. FOTO BERNAMA

PGA tidak gentar, terus bersemangat gempur penyeludupan

BUKIT KAYU HITAM: Walaupun berdepan ancaman yang tidak mampu 'dihidu', warga Pasukan Gerakan Am (PGA) tidak sesekali gentar atau gerun, sebaliknya terus bersemangat untuk menggempur anasir penyeludupan di sempadan negara.

Pegawai Gerakan Batalion 3 PGA, Inspektor Khor Kai Zhen berkata, sebagai anggota keselamatan, mereka terdedah dengan bahaya, namun bagi mengurangkan sebarang risiko pihaknya akan memastikan kesiapsiagaan mereka sentiasa pada tahap optimum.

"Seperti yang berlaku di sini semalam (kes tembakan anggota PGA) bila mereka (penyeludup) tengok kawalan anggota keselamatan kita ketat, mereka macam nak balas dendam, mereka lepaskan tembakan.

"Mungkin mereka nak alihkan perhatian kami, maka mereka tembak. Kejadian tembakan guna senapang angin ini sudah banyak kali berlaku cuma tidak mencederakan anggota," katanya ketika ditemui semasa meninjau lokasi kejadian tembakan berhampiran pos kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di sini.

Seorang anggota PGA, Lans Koperal Muhammad Amirul Amir cedera ringan petang semalam akibat terkena tembakan penyeludup.

Dalam kejadian 6.15 petang itu, Muhammad Amirul, 26, melecet di bahagian perut selepas terkena tembakan senapang angin menggunakan peluru 'ball bearing' yang dilepaskan dari kawasan negara jiran, semasa sedang melakukan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran pos M16 di sini.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, kejadian tembakan di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis yang mengorbankan seorang anggota PGA iaitu mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, Selasa lalu adalah insiden kali ketiga bulan ini.

Kejadian pertama dilapor berlaku pada 12 November lalu dan kejadian kali kedua berlaku pada 15 November, manakala kes Muhammad Amirul adalah kes keempat dalam bulan ini.

Khor berkata, walaupun menggunakan senapang angin, pelurunya boleh menembusi badan sehingga menyebabkan kecederaan parah dan lebih berbahaya jika jarak tembakan sangat hampir.

Sementara itu, Ketua Platun 5 PGA, Inspektor Muhammad Adlizan Admancur menyifatkan empat kejadian tembakan dalam tempoh sebulan adalah agak tinggi dalam tempoh singkat, namun ia tidak sesekali menjejaskan emosinya menjalankan tugas.

"Kami bertugas seperti biasa, apa yang berlaku tidak mematahkan semangat kami untuk sentiasa menjaga keamanan negara," katanya. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Thailand sedia kerjasama kawal sempadan negara

SONGKHLA: Thailand sedia memberi kerjasama mempergiat kawalan keselamatan di sempadan Thailand-Malaysia susulan insiden seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut ditembak ketika bertugas di Perlis pada Selasa.

Komander Tentera Bahagian Ke-4, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC) Thailand-Malaysia menghubungi Pengerusi RBC Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Ab Rahman hari ini.

Beliau berkata, mereka berbincang untuk mempertingkat kawalan di sempadan Thailand-Malaysia bagi mengelak insiden yang sama berulang.

Pasukan keselamatan, katanya, akan mempertingkat kawalan di sepanjang sempadan termasuk mempergiat rondaan dan mewujudkan pos kawalan di lokasi strategik bagi mengekang kegiatan penyeludupan serta berkongsi maklumat.

"Kami tidak mahu insiden sama berulang. Pihak berkuasa Thailand sedia memberi kerjasama kerana ia salah satu saluran untuk mengelakkan insiden tidak diingini berlaku," katanya kepada media selepas meninjau lokasi kejadian di Daerah Sadao, Songkhla.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Padang Besar, Perlis itu.

Kriangkrai berkata, hubungan diplomatik kedua-dua negara berada pada tahap yang baik.

"Sehubungan itu, langkah yang sewajarnya perlu diambil," katanya.

Sementara itu, Kriangkrai ,berkata pihak berkuasa Thailand mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden berbalas tembakan itu.

"Tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan," katanya.

Semalam media melaporkan seorang anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika menjalankan rondaan dengan rakan setugasnya di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Dalam kejadian pertama pada awal pagi Selasa lalu. Baharuddin maut manakala Sarjan Norihan Tari, 39, parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan penyeludup di Pos TS9 berdekatan Padang Besar. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
'Tindak balas menanti jika lepasi sempadan negara'

BUKIT KAYU HITAM: "Saya langsung tidak kecewa (terkena tembakan), tapi berasa sangat geram!," luah Lans Koperal Muhammad Amirul Amir, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini petang semalam.

Anggota berusia 26 tahun berasal dari Kota Tinggi, Johor, yang cedera ringan di bahagian perut akibat terkena peluru bebola besi itu, berkata ketika kejadian dia langsung tidak berasa panik, sebaliknya segera ke pos kawalan terdekat untuk mendapatkan bantuan.

"Sebelum kejadian saya sedang melakukan rondaan dengan motosikal, tiba-tiba rasa pedih di perut, mula tu saya ingat kena sengat serangga berbisa.

"Tapi bila selak jaket kalis peluru, ada peluru bebola besi terselit dan spontan saya berpaling ke arah sempadan negara jiran dan nampak kelibat seorang individu berpakaian gelap," katanya ketika ditemui di pos kawalan sempadan, M16 di sini, hari ini.

Selepas mendapatkan bantuan rakan sepasukan dan kembali ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari pos kawalan itu, kelibat individu berkenaan sudah tidak kelihatan.

"Masa tu rasa geram sungguh sebab dia buat macam tu dari dalam negara dia, kalau dia masuk ke negara kita, ada la tindakan boleh ambil," katanya yang telah berkhidmat sebagai anggota PGA hampir lapan tahun.

Muhammad Amirul berkata, kejadian yang menimpanya itu langsung tidak melemahkan semangatnya untuk menjaga keselamatan negara dan terus menyambung tugas di pos kawalan tersebut seperti biasa.

"Semangat rasa lebih kuat lagi dan kawan-kawan pun banyak bagi sokongan dan nasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak sesekali terleka atau cuai ketika bertugas," katanya.

Bapa kepada seorang anak lelaki berusia tiga tahun itu, berkata tugas sebagai anggota keselamatan akan terus digalas dengan bangga dan akan sentiasa memastikan tahap kesiapsiagaannya berada pada tahap optimum.

Dalam kejadian pada 6.15 petang semalam, Muhammad Amirul mengalami kecederaan ringan di bahagian perut selepas terkena tembakan senapang angin yang dilepaskan dari kawasan negara jiran.

Sebelum ini, Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan dilaporkan berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang melepaskan tembakan itu adalah penyeludup memandangkan lokasi kejadian adalah antara laluan kegiatan jenayah itu.

– BERNAMA
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,270
Reaction score
2,385
Points
206

mungkin penyeludup tengah bengang sebab kawalan ketat.
tahun lepas dia serang pos kawalan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register