Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601

Empat lagi individu termasuk seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai merupakan ketua sindiket penyeludupan direman tujuh hari bermula hari ini.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
TEMBAKAN SEMPADAN | Sarjan Norihan Jalani Pembedahan Di Hospital P.Pinang

Anggota PGA, Sarjan Norihan Tari yang parah dalam insiden berbalas tembakan, dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, malam tadi.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
TEMBAKAN | Suspek Utama Antara Empat Lagi Direman

Empat lagi suspek kes tembakan di sempadan iaitu tiga warga tempatan dan seorang warga Thailand direman pagi ini sehingga 2 Disember depan.

Ini menjadikan jumlah susek yang ditahan setakat ini, 22 orang.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
PGA kaji cadangan perbaiki sistem komunikasi di sempadan

PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengkaji sistem komunikasi yang bersesuaian, bagi memudahkan perhubungan antara pegawai semboyan dan anggota yang melakukan rondaan di sempadan negara.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata pihaknya menghadapi masalah untuk berhubung dengan anggota, yang melakukan rondaan di beberapa kawasan tertentu.

"Sekiranya mempunyai sistem komunikasi yang lebih baik, kita akan dapat menghubungi anggota yang membuat rondaan pada bila-bila masa sahaja.

"Ketika ini anggota yang melakukan rondaan terpaksa menaiki motosikal ke kawasan yang mempunyai 'line' (liputan) untuk membuat laporan kepada pegawai semboyan," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan kawasan sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Abdul Ghani berkata ketika kejadian berbalas tembakan membabitkan anggota PGA dengan penyeludup pada Selasa, anggota PGA yang tercedera Sarjan Norihan a/l Tari terpaksa menaiki motosikal sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian tembak-menembak, bagi mendapatkan bantuan.

Dalam insiden awal pagi Selasa, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terbunuh, manakala rakannya Sarjan Norihan 39, cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 (Tembok Sempadan) di Padang Besar, Perlis.

Mendiang Baharuddin, daripada suku kaum Semelai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya Norihan yang sebelum ini dirawat di Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, kini dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.

Abdul Ghani berkata insiden itu tidak mematahkan semangat juang anggotanya untuk terus menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

"Saya difahamkan oleh pegawai pemerintah dan unit risik, mereka lebih bersemangat dan rondaan dipertingkat dari semasa ke semasa," katanya.

Bernama hari ini melaporkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin berkata kerajaan akan mengkaji perolehan baharu aset PDRM bagi mengawal negara. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Kes serang anggota PGA: Polis perhebat buru saki-baki penyeludup

KANGAR: Polis memperhebatkan gerakan memburu saki-baki anggota kumpulan penyeludup yang dipercayai terbabit dalam kejadian berbalas tembakan dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, dua hari lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata suspek utama, seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar dekat sini pada jam 10 malam tadi.

"Suspek utama bersama dua lelaki warga tempatan dan seorang suspek warga Thailand direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 2 Disember," katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.

Terdahulu, perintah reman terhadap empat lelaki berusia 26 hingga 45 tahun terbabit dikeluarkan Pendaftar Majistret Kangar Monica Joseph Gaisah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Surina berkata, gerakan memburu saki-baki ahli kumpulan penyeludup terbabit dibantu Bukit Aman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan percubaan membunuh," katanya.

Dalam insiden awal pagi Selasa lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terbunuh, manakala rakannya, Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup.

Kejadian kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 (tembok sempadan) di Padang Besar.

Mendiang Baharuddin dari suku kaum Semelai, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Norihan yang sebelum ini dirawat di Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Semalam, 15 warga tempatan diperintah ditahan direman selama empat hari, manakala tiga rakyat Thailand direman seminggu bagi membantu siasatan kes itu. - BERNAMA
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,732
Reaction score
288
Points
91
slalu kalu yg kene tembak PGA yg kene dulu,tp tentera jarang plak kene..mcm kat lahad datu dulu pun polis yg kene tembak dulu,pastu baru tentera plak dtg..
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,394
Reaction score
2,139
Points
201
จุดชมวิว เนินนมสาว
Unnamed Road, 90240 Samnak Kham, Songkhla, Thailand

Rilek je orang siam bergambar kat jalan sempadan. Kalau kita jalan sempadan memang orang awam tak boleh nak lalu.
 

satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,902
Reaction score
271
Points
51
Kutip pengedar dadah sekali.

Bila seludup dadah, ketum, ubat batuk mesti ada tauke .
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Kes serangan anggota PGA: Polis Thailand pertimbang serah suspek untuk diadili di Malaysia

GEORGETOWN: Pihak berkuasa Thailand mempertimbangkan untuk menyerahkan empat suspek yang ditahan di negara itu berhubung kes serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis, Selasa lalu.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali, berkata beliau dimaklumkan bahawa polis Thailand sedang mempertimbangkan perkara itu seperti yang diminta polis Malaysia.

Beliau berkata, jumlah yang ditahan pihak berkuasa Thailand kekal empat orang.

"Mereka yang ditahan termasuk tiga yang masih dirawat di hospital, dan seorang lagi pemandu yang menghantar tiga suspek ke hospital.

"Sehingga kini, jumlah yang ditahan pihak berkuasa Thailand adalah empat orang. Polis Thailand masih menyiasat kes itu.

"Mereka juga mempertimbangkan permintaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyerahkan mereka yang ditahan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya kepada New Straits Times hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, pihaknya sedang berunding dan akan mengutuskan permohonan secara rasmi kepada Polis Diraja Thailand supaya empat penyeludup yang ditahan di Thailand dapat diserahkan untuk diadili di negara ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi kelmarin, dua anggota Batalion 3 PGA dilapor melakukan serbuan ke atas 13 penyeludup yang cuba menyeludup sejumlah ketum dan ubat batuk di Pos 9 sempadan Malaysia-Thailand.

Bagaimanapun, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala rakan setugasnya, Sarjan Norihan A/L Tari, 39, parah terkena tembakan pada kanan perut.

Kedua-dua mereka adalah daripada Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, anggota pasukan PGA yang bertugas dalam Ops Benteng.

Malam tadi, Norihan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang di sini dari Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis .

Sementara itu, ditanya mengenai kes anggota PGA ditembak petang semalam ketika melakukan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Bukit Kayu Hitam, Mohd Faizal memberitahu masih belum ada perkembangan baru mengenai kejadian itu.

"Saya sedang memantau kes berkenaan," katanya.

Semalam, seorang lagi anggota Batalion 3 PGA dilaporkan cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand.

Dalam kejadian pada jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam sebelum tiba-tiba terkena tembakan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register