Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601
Anggota PGA maut: 19 ditahan di Malaysia, empat lagi di Thailand

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri hari ini memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 19 orang suspek membabitkan 15 warganegara Malaysia dan empat warganegara Thailand susulan kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia -Thailand yang mengakibatkan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut Selasa lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain itu, pihak berkuasa Thailand juga menahan empat suspek warganegara Thailand termasuk tiga yang cuba mendapatkan rawatan di hospital untuk kecederaan akibat tembakan.

Menurutnya, siasatan awal PDRM mengesyaki kumpulan penyeludup berkenaan menyeludup dadah secara sistem barter dengan pertukaran daun ketum dari Malaysia dan dadah dari Thailand.

"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

"Kementerian Dalam Negeri sedang merangka plan strategik secara holistik bagi memperkasakan kawalan keselamatan negara selain melibatkan perolehan aset fasiliti bersifat moden dan terkini," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas- Kuala Krai) mengenai perincian berkenaan insiden serangan terhadap dua anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dan langkah terkini kerajaan dalam memperketatkan lagi kawalan sempadan antarabangsa agar sindiket penyeludupan lumpuh sepenuhnya.

Dalam kejadian pada pagi Selasa lalu, seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia -Thailand terbunuh akibat ditembak.

Ketika kejadian kira-kira jam 3.10 pagi, mangsa Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

Dalam pada itu, Hamzah turut memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan untuk mengurniakan Pingat Panglima Gagah Berani kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ek-ditahan-di-Malaysia-empat-lagi-di-Thailand
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,399
Reaction score
2,141
Points
201
semak samun disblh thai.. dan sblh kita pulok persekitaran terbuka.. membahayakan nyawa pga2 kita...masa buat rondaan.. bila2 masa jer dorg blh serang hendap dr semak ..huhu
rasa thailand punya pihak berkuasa takda jaga sempadan dorang. lalu jalan tepi sempadan takda pun tentera dorang berkawal sempadan.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,496
Reaction score
11,914
Points
2,376
PARLIMEN: Agong perkenan anugerah pingat PGB kepada dua anggota PGA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, berkenan menganugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari, dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terbabit dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand.

Perkenan itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

"Sebagai mengenang jasa anggota terbabit, saya mewakili kerajaan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan menganugerahkan pingat PGB kepada kedua-dua anggota terbabit.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga memperakukan kenaikan pangkat Sarjan kepada kedua-dua anggota terbabit," katanya.
DEWAN RAKYAT | Agong Perkenan Kurnia Pingat PGB Buat Anggota PGA Terkorban

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan kepada dewan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban dalam insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand kelmarin.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,400
Reaction score
1,880
Points
201
Kene dpt pembelaan ni
Mcm kes adib
Takut campur tgn pihak atasan :p
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601
Koperal Baharuddin genggam pistol erat walaupun kehabisan peluru

 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,556
Reaction score
195
Points
73
Maksudnya waktu kejadian tak pakai uniform la? pakai baju biasa? lau macam tu kena ubah SOP untuk risikan, pakai baju kalis peluru belah dalam....
myb sop nye xpkai baju kalis peluru sbb berat atau ssh nk brgerak
xpn myb kalo risikan pastu kne tngkp dgn musuh, bley lg klentong diorg bkn anggota PGA
andaian sy je ni 😅
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601
Kes tembak di sempadan: Segera bina tembok keselamatan

KANGAR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mencadangkan agar kerajaan segera membina tembok keselamatan yang lebih kukuh sebagai jalan penyelesaian kepada isu penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis dan Kedah.

Presidennya, Datuk Ismail Abidin berkata, pembinaan tembok keselamatan adalah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan risiko anggota keselamatan Malaysia terdedah kepada ancaman ditembak oleh kumpulan penyeludup.

"Tembok keselamatan akan memudahkan lagi tugasan kawalan bagi mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan negara. Keadaan sempadan Perlis-Thailand tidak sama seperti sempadan Kelantan-Thailand yang dipisahkan oleh Sungai Golok.

"Sedangkan sempadan Perlis-Thailand keseluruhannya melalui jalan darat yang dilitupi hutan serta belukar paling mudah penyeludup bertindak ganas terhadap pengawal keselamatan Malaysia, kemudian bersembunyi dan melarikan diri ke negara jiran," katanya kepada Bernama.

Pada awal pagi Selasa lepas, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, daripada Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) meninggal dunia akibat terkena tembakan penyeludup sementara rakannya, Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah dalam kejadian dekat Padang Besar.

Semalam, seorang lagi anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika sedang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah kira-kira pukul 6.15 petang. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ak-di-sempadan-Segera-bina-tembok-keselamatan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601
Anggota PGA lihat kelibat lelaki di sempadan ketika tembakan dilepaskan

ALOR SETAR: Anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera ringan akibat terkena tembakan berhampiran Pos M16 petang semalam sempat melihat kelibat seorang lelaki yang berpakaian gelap di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand sebelum meminta bantuan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata ketika kejadian jam 6.15 petang itu, anggota berusia 26 tahun itu sedang melakukan rondaan seorang diri dari Perlis menuju ke Pos M16 dengan menunggang motosikal menerusi Ops Wawasan Kedah/Perlis.

Beliau berkata, ketika melalui lokasi kejadian, anggota PGA terbabit terasa ada serpihan bebola dipercayai peluru terkena di bahagian bawah perutnya.

"Anggota terbabit ketika itu memakai baju kalis peluru namun disebabkan saiz badannya yang berisi, serpihan peluru itu terkena bawah perutnya.

"Dia mengalami cedera ringan dan ketika itu dia terus mendapatkan bantuan dari Pos M16 untuk memaklumkan mengenai kejadian itu namun sebaik kembali semula di lokasi, didapati lelaki berkenaan sudah tiada," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Hasanuddin berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam jam 8 malam tadi.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Kita tidak menolak berkemungkinan lelaki yang melepaskan tembakan jenis senapang angin itu ada kaitan dengan penyeludup dari negara jiran.

"Namun kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu," katanya.

Kejadian semalam adalah kali kedua membabitkan serangan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas anggota PGA selepas dua anggota PGA diserang di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, kelmarin.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala Sarjan Norihan Tari, 39, parah terkena tembakan pada kanan perut.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601

Kereta perisan dan drone digunakan untuk kawal sempadan negara
 
Sponsored Post
Top
Log in Register