Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,966
Reaction score
4,386
Points
601


KUALA LUMPUR - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand maut dipercayai ditembak awal pagi tadi.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut kejadian itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, saya sahkan kejadian (anggota PGA maut ditembak) dan saya sedang dalam perjalanan ke sana (Perlis) untuk meninjau keadaan anggota PGA terlibat,” katanya ringkas kepada Bernama.

Dalam pada itu, Bernama difahamkan satu sidang akhbar akan diadakan polis Perlis berhubung kejadian berkenaan. - Bernama


Dua anggota PGA berbalas tembak dengan 13 penyeludup
PGA24_1606214382.jpg

Sebahagian daripada bungkusan ketum yang cuba diseludup ketika serangan bersenjata api terhadap anggota pGA di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.

PADANG BESAR: Keberanian dua anggota Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan serbuan ke atas 13 penyeludup, berjaya mematahkan cubaan menyeludup sejumlah ketum dan ubat batuk di Pos 9 sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun kejadian jam 3.10 pagi itu mengakibatkan Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala rakan setugasnya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah terkena tembakan pada kanan perut.

tahan24_1606211398.jpg

Seorang daripada suspek yang ditahan oleh anggota pasukan VAT69 di sempadan pagi tadi

Dalam serangan itu, dua anggota PGA yang bersenjatakan pistol Walther P99, sempat melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah penyeludup, menyebabkan tiga daripada penjenayah itu mengalami kecederaan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata sebelum kejadian dua anggota PGA terbabit sedang melakukan rondaan pada jarak kira-kira 600 meter dari tembok sempadan sebelum bertembung kumpulan penyeludup.

Katanya, dua anggota terbabit kemudian bertindak melakukan serbuan di lorong tikus lokasi kumpulan penyeludup berkumpul menyebabkan berlaku kejadian berbalas tembakan.

"Dalam serbuan itu, Koperal Baharuddin bertindak berani apabila berjaya mencederakan penyeludup, namun malangnya dia sendiri terkena tembakan dan meninggal dunia di lokasi.

"Koperal Norihan yang turut cedera, bagaimanapun sempat keluar dan berusaha mendapatkan bantuan anggota PGA lain di Pos 9, sebelum mereka bertindak memburu penyeludup," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Surina berkata, anggota PGA bersama pasukan Komando 69 (VAT69) kemudian berjaya mengesan dua penyeludup bersembunyi di kawasan hutan berdekatan dan merampas kira-kira 500 kilogram ketum dan sejumlah ubat batuk.

"Pihak polis Thailand yang dimaklumkan mengenai kejadian, turut mengesan sebelum menahan tiga penyeludup ketika sedang mendapat rawatan di Hospital Hatyai dan seorang lagi rakan yang membawa mereka.

"Ketika ini, usaha memburu tujuh lagi penyeludup sedang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia bersama pihak berkuasa Thailand," katanya.

Difahamkan, keadaan Koperal Norihan masih kritikal selepas dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan sudah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut.

Mayat mendiang Koperal Baharuddin dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar bagi proses bedah siasat dan dijangka dibawa pulang bagi dikebumikan di Bahau, Negeri Sembilan.
 
Polis kenal pasti 7 dalang penyeludupan rentas sempadan

EnmWQU_VoAAWo-q_1606238148.jpg


KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti tujuh sindiket mendalangi kegiatan penyeludupan yang menggunakan lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis sebagai lokasi transaksi penyeludupan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ketua dan anggota sindiket terbabit sudah dikenal pasti dan usaha memburu mereka sedang dilakukan.

"Satu sindiket dikenal pasti ini dipercayai terbabit menyediakan tujuh guni daun ketum dan sejumlah ubat batuk untuk diseludup melalui lorong tikus di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar awal pagi tadi.

"Sindiket penyeludup menggunakan lorong tikus di pos sempadan itu untuk mengambil guni ketum dan ubat batuk itu sebelum terserempak dengan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang membuat tinjauan," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden tembakan antara dua anggota PGA dengan sekumpulan penyeludup dari negara jiran ketika sedang menjalankan tugas pemantauan dan risikan di pos sempadan Malaysia - Thailand di Padang Besar, awal pagi tadi.

abhamidlawatpdb3_1606238141.jpg


abhamidlawatpdb1_1606238133.jpg

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua dari kanan) melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Ihsan FB Abdul Hamid Bador

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, anggota Batalion 3 (Senoi Praaq) PGA Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala rakan setugasnya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah terkena tiga das tembakan pada kanan perut dan rusuk belakang.

Katanya, sindiket penyeludupan antara dua negara ini mengamalkan sistem 'barter trade' (pertukaran barang) yang mana sindiket tempatan hanya perlu membekalkan daun ketum dan ubat batuk.

pga-sempadan24-o11_1606238145.jpg

Anggota PGA, Koperal Judin Awi, 50, menunjukkan kawasan mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

"Sindiket negara jiran pula akan membekalkan pelbagai jenis dadah termasuk syabu, pil yaba dan heroin kepada sindiket tempatan.

"Urus niaga yang dilakukan tidak membabitkan sebarang wang tunai, hanya pertukaran barang kerana daun ketum boleh dikatakan agak berharga di negara jiran," katanya.

Abdul Hamid juga berkata, seramai 13 suspek yang terdiri daripada tujuh kumpulan penyeludup itu sudah diberkas dalam satu operasi hari ini.

abhamidlawatpdb2_1606238137.jpg

Anggota PGA dilihat sedang mengawal ketat Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

"Tiga daripada 13 suspek yang diberkas mengaku terbabit dalam insiden berbalas tembakan pagi tadi. Usaha memburu ahli sindiket yang lain masih giat dijalankan," katanya.

Beliau juga berkata, risikan mendapati sindiket penyeludupan Thailand akan memanjat tembok sempadan menggunakan tangga untuk membawa masuk guni berisi ketum dan ubat batuk ke negara mereka.

Bekalan dadah untuk pasaran tempatan pula akan ditinggalkan sindiket negara jiran di lokasi tertentu di pos sempadan berkenaan.

Terdahulu, BH melaporkan enam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota PGA berkenaan sudah ditahan pihak berkuasa.



relow_1606218319.jpg

Isteri mendiang Koperal Baharuddin Ramli, Relow Ko. - Foto BERNAMA

Suami tinggalkan kami sebagai wira negara - Isteri

TAPAH: Kematiannya sangat menyedihkan, tapi saya berbangga kerana suami meninggalkan kami ketika bertugas untuk keamanan dan keselamatan negara, dia seorang wira, kata isteri mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban selepas terkena tembakan penjenayah di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.

Relow Ko, 48, berkata beliau dimaklumkan mengenai insiden yang menimpa suaminya itu kira-kira jam 4.30 pagi tadi oleh seorang rakan yang datang ke rumahnya di kompleks perumahan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor di sini, hari ini.

"Sewaktu kawan sampai dia senyap bila saya tanya kenapa. Dia tunjuk mesej WhatsApp kepada saya beritahu apa jadi kepada suami, dan waktu itu saya rasa kosong sebab awal pagi, saya terkejut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Baharuddin, 54, terbunuh dalam insiden pada jam 3.10 pagi itu, manakala rakannya, Koperal Norihan a/l Tari, 39, mengalami kecederaan parah, dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis.

Mendiang yang berasal dari Bahau, Negeri Sembilan meninggalkan seorang balu dan tiga anak berumur antara 18 dan 32 tahun.

Menurut Relow, mendiang suaminya yang bertugas dengan Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA terbabit dalam penugasan kawalan keselamatan Op Benteng di sempadan sejak 1 November lalu dan dijadual berakhir hujung bulan ini.

Beliau berkata mendiang suaminya yang mula berkhidmat sebagai anggota polis ketika usia 19 tahun merancang untuk bersara empat tahun lagi dan berhasrat balik ke Bahau untuk bersama keluarga.

Bercerita mengenai peribadi suaminya yang berasal dari suku kaum Semelai, Relow berkata mendiang seorang yang suka bercucuk tanam dan tegas terhadap anak-anak serta keluarga, dan beliau tidak nampak sebarang perubahan ketara kepada mendiang suaminya sebelum keluar untuk tugasan kali ini, sebaliknya beliau yang berasakan sentiasa tidak sedap hati malah sukar untuk tidur malam.

Sementara itu, anak sulung mendiang, Shahrul Epanddy, 32, menyifatkan pemergian ayahnya sebagai wira negara.

"Saya anggap dia bukan mati sia-sia. Dia wira saya. Dia meninggal ketika mempertahankan negara. Sepupu saya yang turut bertugas di operasi sama memaklumkan ayah saya meninggal dalam keadaan tenang dengan raut wajah tersenyum," katanya.

Berkongsi kenangan bersama ayahnya, Shahrul Epanddy berkata kali terakhir mereka bertemu adalah Ogos lalu di Bahau namun tiada tanda-tanda pelik seakan mereka tidak akan bertemu lagi buat selamanya.

Mendiang Baharuddin akan disemadi di kampung halamannya esok.

Sementara itu di PADANG BESAR, rakan setugas yang rapat dengan mendiang, Koperal Alang Angah berkata ketika keluar membuat rondaan kira-kira jam 9 malam tadi, mendiang tidak menunjukkan apa-apa perubahan, dan seperti biasa dia nampak bersemangat menjalankan tugas," katanya.

"Saya panggil dia sebagai 'Baha' dan dia seorang yang peramah dan penyabar," katanya ketika ditemui Bernama.

Menurutnya beliau memang rapat dengan mendiang, malah menganggap mendiang seperti adik kandung. – BERNAMA

Ikuti sidang media oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berhubung insiden anggota PGA maut di


JENAYAH SEMPADAN | Anggota PGA Maut, Diserang Kumpulan Penyeludup

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut dipercayai ditembak ketika bertugas di Kawalan Keselamatan Op Benteng Wawasan Kedah-Perlis.

#BuletinTV3 #PGA #Penyeludup


Tiga orang suspek tembak anggota PGA berjaya ditangkap.
1. Arun Madsuwan, 48 tahun, cedera kedua-dua kaki.
2. Rachel Hanuman, 19 tahun, cedera tangan kanan.
3. Sanchai Matsuwan, 42 tahun, mengalami kecederaan yang serius dihantar ke Hospital Hat Yai
Kesemua mereka daripada Padang Besar, Thailand ditangkap oleh polis Thailand di Hospital Hat Yai. Manakala seorang lagi ditawan oleh pasukan Komando VAT69 PDRM menjadikannya empat suspek yang berjaya ditangkap setakat ini.
Berikutan kejadian berbalas tembakan, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia - Thailand maut dan seorang lagi anggota cedera parah akibat ditembak, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar dan mangsa yang cedera sedang dirawat di HTF dengan keadaannya dilaporkan kritikal.
Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang dihubungi, mengesahkan kejadian dan memaklumkan akan memberi maklumat lanjut selepas selepas siasatan.
Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam perjalanan ke Perlis bagi melawat mangsa dan meninjau keadaan semasa.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 9:06 AM
#HarianMetro
Sedikit pencerahan, dua anggota PGA yang maut dan parah adalah orang asli berketurunan Senoi dari Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), bukan muslim.
Nama Melayu adalah perkara biasa di kalangan orang asli. Malah ada juga yang meletakkan 'bin/binti' dalam nama. Tiada sebarang isu dari Jabatan Pendaftaran Negara setakat ini. Sekadar untuk kefahaman bagi yang keliru.
Walau apapun mendiang gugur terkorban demi negara. Baktimu tetap dikenang.

kopi pes

polis33_1606199496.jpg

Allahyarham Koperal Baharuddin Ramli. FB Polis Diraja Malaysia

KPN, warga PDRM rakam takziah anggota PGA terkorban

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Baharuddin Ramli yang maut ditembak ketika bertugas dalam Operasi Benteng di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.

Ucapan sama turut dizahirkan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan insiden menimpa Baharuddin, 54, yang juga anggota Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA).

Dalam kenyataan dimuat naik melalui akaun Facebook rasmi PDRM, Abdul Hamid berkata, kejadian berbalas tembakan itu berlaku antara anggota PGA dengan dua kumpulan penyeludup.

"Allahyarham ketika itu menjalankan tugas risikan di Tembok Sempadan (TS9).

"Insiden berkenaan turut mencederakan rakan setugas yang lain," katanya.

Abdul Hamid sekali gus menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada PDRM dan negara.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi tadi, mangsa sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan a/l Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.

Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Setakat ini, punca kejadian dan identiti penyerang terbabit masih belum diketahui.


Anggota PGA diserang: Kumpulan warga tempatan, asing terbabit - Hamzah

PUTRAJAYA: Penyerang warga tempatan dan warga asing dipercayai terbabit dalam serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerak Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, yang mana seorang daripadanya maut awal pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata dua anggota PGA terbabit sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian apabila diserang oleh dua kumpulan disyaki warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan di sempadan.

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan seperti itu terutama terhadap kumpulan penyeludup yang melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata, kejadian itu dilaporkan jam 3 pagi tadi di Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar, Perlis.

Hamzah berkata, kejadian itu bermula apabila dua anggota PGA yang sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian, diserang oleh dua kumpulan disyaki warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan di sempadan.

"Dukacita dimaklumkan seorang anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup terbabit.

"Rakan setugas mangsa, Koperal Norihan A/L Tari cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

"Saya dan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian serangan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, polis sudah diarahkan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti kumpulan penjenayah yang melakukan serangan terbabit.

Terdahulu, BH yang memetik sumber, melaporkan, sindiket penyeludupan disyaki dalang serangan dua anggota PGA itu yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.

Sumber dilaporkan berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah, menyukarkan kegiatan penyeludupan.


Insiden Tembak Padang Besar - Anggota PGA Maut, Rakannya Parah

19.1.2020 - Kuala Lumpur, Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut manakala seorang lagi rakan setugasnya cedera parah ditembak semasa bertugas di Pos Kawalan Sempadan Malaysia -Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi tadi. Kejadian dilaporkan berlaku pukul 3.05 pagi dan punca kejadian belum diumumkan.

Difahamkan, mangsa yang merupakan anggota Batalion 3 PGA terlibat dalam penugasan kawalan keselamatan Op Benteng Wawasan Kedah Perlis di lokasi A3, kawasan TS9 Padang Besar Perlis semasa kejadian.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Koperal Komunikasi Kompeni A, Batalion 3 PGA Baharuddun Ramli, 54, dilaporkan telah meninggal dunia. Tempat tinggal beliau beralamat di Kompleks Perumahan Bn3, Bidor Perak dan berasal dari Kampung Sampo, Bahau, Negeri Sembilan mempunyai isteri dan tiga anak.

Anak sulung mangsa difahamkan berkhidmat sebagai pegawai Penjara di Penjara Sungai Buloh, Selangor dan dua anak perempuannya tidak bekerja. Manakala mangsa kedua yang bertugas bersama Baharuddin iaitu Koperal Norihan A/L Tari, 39, turut cedera parah dalam kejadian itu dan sedang dirawat di Hospital Tengku Fauziah, Kangar Perlis.

Beliau mempunyai seorang isteri dan dua anak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador difahamkan sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian dan juga untuk melawat dan melihat keadaan mangsa.

https://i.postimg.cc/0QW2CkKt/Screenshot-3314.jpg/img]

Berita asal [URL]https://malaysiagazette.com/2020/11/24/insiden-tembak-padang-besar-anggota-pga-maut-rakannya-parah/[/URL]

Last edited:
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,443
Reaction score
1,170
Points
201
Innalillah....

name cam org islam... baharuddin..
 
Last edited:

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,526
Reaction score
1,076
Points
111
Kes-kes yang melibatkan pembunuhan di sempadan negara, kes berat nih.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
takziah, harap disiasat mendalam punca dan siapa suspek ..

"Ya, saya sahkan kejadian (anggota PGA maut ditembak) dan saya sedang dalam perjalanan ke sana (Perlis) untuk meninjau keadaan anggota PGA terlibat, " - konpius aku statement ni
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,645
Reaction score
1,395
Points
201
Kenape jrg dgr pegawai kita tembak mati penjenayah3 mxm ni aa?
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Insiden Tembak Padang Besar - Anggota PGA Maut, Rakannya Parah

19.1.2020 - Kuala Lumpur, Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut manakala seorang lagi rakan setugasnya cedera parah ditembak semasa bertugas di Pos Kawalan Sempadan Malaysia -Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi tadi. Kejadian dilaporkan berlaku pukul 3.05 pagi dan punca kejadian belum diumumkan.

Difahamkan, mangsa yang merupakan anggota Batalion 3 PGA terlibat dalam penugasan kawalan keselamatan Op Benteng Wawasan Kedah Perlis di lokasi A3, kawasan TS9 Padang Besar Perlis semasa kejadian.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Koperal Komunikasi Kompeni A, Batalion 3 PGA Baharuddun Ramli, 54, dilaporkan telah meninggal dunia. Tempat tinggal beliau beralamat di Kompleks Perumahan Bn3, Bidor Perak dan berasal dari Kampung Sampo, Bahau, Negeri Sembilan mempunyai isteri dan tiga anak.

Anak sulung mangsa difahamkan berkhidmat sebagai pegawai Penjara di Penjara Sungai Buloh, Selangor dan dua anak perempuannya tidak bekerja. Manakala mangsa kedua yang bertugas bersama Baharuddin iaitu Koperal Norihan A/L Tari, 39, turut cedera parah dalam kejadian itu dan sedang dirawat di Hospital Tengku Fauziah, Kangar Perlis.

Beliau mempunyai seorang isteri dan dua anak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador difahamkan sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian dan juga untuk melawat dan melihat keadaan mangsa.

https://i.postimg.cc/0QW2CkKt/Screenshot-3314.jpg/img]

Berita asal [URL]https://malaysiagazette.com/2020/11/24/insiden-tembak-padang-besar-anggota-pga-maut-rakannya-parah/[/URL]
 
Last edited:

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,214
Reaction score
2,382
Points
201
gempur habis habisan....mereka yg seludup.....masuk tanpa permit tembak je
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,453
Reaction score
2,154
Points
201
budak siam tembak ka?
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,599
Reaction score
741
Points
121
Selalunya kes camni, nak tau sape....tanya lah orang dalam...

Mungkin arwahnya pegawai yang jujur..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register