BTC USD 63,372.7 Gold USD 2,379.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota PGA Maut Di Percayai Tertembak Diri Sendiri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,864
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
57,864
Reaction score
6,452
Points
916
Awards
1
07.08.2020 - Sungai Petani, Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik rehat Markas Latihan Luar Tupah, Pusat Latihan PGA (PLPGA) di Bedong dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 5.10 pagi itu, Muhammad Aslam Ahmad, 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata sebelum kejadian, pada 4. 30 pagi mangsa telah hadir ke bilik pengawal dan mengarahkan dua anggota yang bertugas untuk membawa kelengkapan beserta senjata ke bilik rehat untuk diperiksa.

"Mangsa telah memaklumkan kepada dua anggota berkenaan bahawa dia berasa sejuk dan mahu berehat di dalam bilik tersebut. Ketika dua anggota berkenaan beredar semula ke pos pengawal, mereka telah terdengar bunyi letupan tembakan.

"Kedua-dua anggota bergegas kembali ke bilik rehat dan mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala. Mereka telah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak penyelia sebelum menghubungi polis," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Adzli berkata siasatan awal mendapati mangsa, yang masih bujang dan mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada 2008 dan telah melapor diri ke PLPGA pada April 2009, tidak mempunyai sebarang masalah displin atau kewangan.

"Pasukan forensik telah hadir ke tempat kejadian dan mendapati terdapat satu kesan tembakan di bahagian kepala antara kening kiri dan kanan mangsa.

"Proses bedah siasat dijalankan hari ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Screenshot-2511.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1868190
 
Sponsored Post

nie sebuah kisah yang awam xkan dapat kebenaran.. serupa la kisah ahli politik bela betina tembak betina tembak diri sendiri dalam keta atas highway.. benda bikin malu dan maruah kata mereka.. kata mereka................

Ooo... Yang dalam kereta Toyota Caldina tu yer...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register