Anggota PGA diseret kenderaan penyeludup

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,833
Reaction score
138
Points
33

KOTA BHARU: Seorang anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berdepan detik cemas apabila diseret sejauh 100 meter dan dihimpit sehingga melanggar tiang papan tanda.

Tindakan itu dilakukan pemandu pacuan empat roda dipercayai penyeludup ketika anggota berkenaan ingin membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang dilihat dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Kejadian itu berlaku di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang dekat sini, pada 4 pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata sebelum kejadian, mangsa dan seorang lagi anggota mengesan dua pacuan empat roda di Kampung Limau Purut dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekori.

"Kedua-dua pacuan empat roda itu berhenti di bahu jalan dan mangsa menghampiri kenderaan untuk membuat pemeriksaan sebelum pemandunya bertindak agresif dan cuba melanggar anggota terbabit.

"Mangsa sempat berpaut di pintu kenderaan sebelah pemandu dan diseret sejauh 100 meter menghala ke Lubok Stol dan melanggar tiang papan tanda yang menyebabkan mangsa terjatuh," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

langgarseret27_1601205090.jpg


Shafien berkata, dalam usaha mempertahankan diri dan mengelakkan kecederaan parah, mangsa yang berusia 30 tahun melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan terbabit untuk memberhentikan kenderaan itu.

Mangsa mendapat kecederaan luka di bahagian siku, lebam di paha kanan dan calar di kelopak mata kanan serta menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pasir Mas.

Shafien berkata, kenderaan dinaiki seorang lagi anggota PGA7 di lokasi awal dirempuh pacuan empat roda menyebabkan anggota itu gagal mengejar kenderaan yang menyeret rakan sejawatnya.

"Kedua-dua pacuan empat roda itu berjaya meloloskan diri dan pada jam 10 malam tadi, anggota kami mengesan sebuah kenderaan yang digunakan ketika kejadian di Felda Kemahang, Tanah Merah, dekat sini.

"Tiga suspek berusia 26, 40 dan 45 tahun berjaya ditahan dalam tangkapan berasingan pada malam hari kejadian dan tengah hari tadi," katanya.
Shafien berkata, hasil ujian saringan dibuat, seorang daripada mereka positif dadah jenis heroin dan memiliki rekod lampau berkait dadah termasuk seorang lagi suspek.

"Kita sedang mengesan dua lagi individu yang dikenali sebagai Mohd Hafiz, 22 dan Mohd Tarmizi, 37, bagi membantu siasatan. Semua suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan minyak masak dan tepung gandum.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 279KK," katanya.

seeret27_1601205083.jpg



== bharian
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,094
Reaction score
113
Points
43
nekad btol, nasib baik dpt tangkap...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register