TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Anggota penguat kuasa yang didapati terlibat bekerjasama melindungi sindiket haram perlu disiasat dengan kadar segera sebagai amaran kepada anggota-anggota lain agar tidak melakukan perkara sama.
Sambil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir anggota penguat kuasa yang berpaling tadah itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi berharap dalang sindiket haram akan dikenakan hukuman setimpal.
“Saya berharap anggota penguat kuasa yang terlibat dan menjalinkan hubungan bersama sindiket haram ini segera dihadapkan ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman berat kerana mereka ini diibaratkan sebagai ‘musuh dalam selimut’.
“Tindakan mereka ini menjejaskan reputasi bukan sahaja seluruh agensi penguat kuasa, malah mencemarkan nama baik kerajaan dan menyebabkan rakyat kurang keyakinan dan kepercayaan terhadap agensi kerajaan kini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mingguan Malaysia dalam siri laporan khasnya mendedahkan mengenai wujud `kerjasama pintar’ antara penguat kuasa dan sindiket tertentu untuk menutup kegiatan haram mereka seterusnya mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak.
Satu sumber berkata, rasuah yang diberi bukan lagi dalam bentuk wang tunai diletakkan di dalam sampul surat atau secara bulanan tetapi menerusi pemberian barangan dan layanan khas yang sukar dikesan jika tidak disiasat secara mendalam.
Menurut Samsudin, pihak berkuasa seharusnya tidak berkompromi dengan tindakan anggota penguat kuasa terbabit yang dianggap sebagai pengkhianat negara kerana sanggup melindungi penjenayah demi kepentingan peribadi mereka.
“Tindakan tegas perlu diambil kerana jika kerajaan melengah-lengahkan untuk mengambil tindakan, saya khuatir isu ini akan berpanjangan dan menyusahkan pengguna kerana terpaksa berdepan dengan keganasan sindiket, kenaikan harga barangan dan sebagainya.
“PKP mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkasa dan memperluaskan perkhidmatan mereka dalam menjalankan siasatan untuk menangani isu seperti penyelewengan, penyeludupan dan rasuah ini secara habis-habisan,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar kerajaan mengkaji dan meneliti semula undang-undang sedia ada dengan menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap anggota penguat kuasa yang didapati bersalah.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd. Yusof Abdul Rahman melihat keperluan diwujudkan sebuah badan khas dianggotai SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak-pihak berkuasa lain bagi membantu melakukan siasatan dengan berkesan.
“Kita sedia maklum yang sindiket ini begitu licik untuk ditumpaskan dan untuk membanteras kegiatan mereka, agensi kerajaan perlu bekerjasama dalam memastikan anggota penguatkuasa yang terlibat ini akan dikenakan tindakan tegas dan penjenayah dapat ditangkap.
“Saya menggesa pihak berwajib untuk melakukan pemantauan secara berterusan dalam usaha membanteras kegiatan haram daripada akar umbi supaya tidak timbul lagi isu mengenai anggota penguat kuasa salah guna kuasa dan bekerjasama dengan sindiket,” tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...-segera-disiasat-1.17206#sthash.9o49QmWg.dpuf