Anggota, pegawai polis diingatkan tidak bocorkan maklumat orang awam - KP Johor

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,542
Reaction score
112
Points
33
Anggota, pegawai polis diingatkan tidak bocorkan maklumat orang awam - Ketua Polis Johor


JOHOR BAHRU: Semua anggota dan pegawai polis Kontinjen Johor diingatkan supaya tidak sesekali membocorkan maklumat yang disalurkan orang awam.

Sebaliknya anggota dan pegawai perlu melindungi orang awam yang menyalurkan maklumat itu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota atau pegawai yang cuba mendedahkan identiti maklumat peribadi orang awam boleh berdepan dengan tindakan tatatertib.

“Kalaulah ada kebocoran di pihak saya, yang pasti saya akan ambil tindakan dan saya telahpun mengambil tindakan kepada anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam membocorkan rahsia.

“Kalau tengok dalam konteks Op Benteng, 14 pegawai dan anggota polis saya tangkap dan ada anggota polis Muar kita tangkap kerana bersekongkol dalam (sindiket) penyeludupan syabu... jadi tindakan saya dah ambil.

“Saya nak bagi amaran pada semua pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor, kalau ada bukti mereka sekongkol bocorkan maklumat salurkan orang awam, tindakan tegas akan diambil,” ujar beliau.

Tambahnya, PDRM Johor tidak akan bertolak ansur pada mana-mana anggota mahupun pegawainya yang melanggar integriti kepolisian.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi pemantauan pusat hiburan sekitar Johor Bahru dan Seri Alam awal pagi tadi, bagi memastikan pusat hiburan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Seramai 68 individu telah diperiksa di tiga premis pusat hiburan di sekitar Johor Jaya dan pusat bandar raya.

Daripada jumlah itu, seorang individu yang juga merupakan pemilik premis dikenakan tindakan di bawah seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengajikan warga asing tanpa permit dan Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor.


== astro awani
 
Sponsored Post

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,567
Reaction score
262
Points
96
Bagus dato, jangan kasi muka dekat polis2 yang jadi tali barut tu.
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,513
Reaction score
251
Points
96
Masalahnya bos dia ni baik dah.
Anak buah pulak terpesong.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,954
Reaction score
1,034
Points
201
harap2 ada yg terasa la gan statment ni.. nasib baik kt malaysia... klu kt filipin... mau ayat lain bunyinya "klu saya tau ada yg bocorkan maklumat. saye akan tembak terus" hahaha
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,132
Reaction score
11,493
Points
2,376
KP Johor memang wajar dicontohi KP yg lain
Tegas dan tidak gentar dengan ugutan
Dan sentiasa telus
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,394
Reaction score
864
Points
171
KP Selangor diam ja..
Terpaksa lah KP Johor bersuara. hurm
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,624
Reaction score
595
Points
81
Bgus KP Johor ni..

Polis sepatutnya berkuasa..bukan dikuasai...
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,290
Reaction score
417
Points
131
kp selangor ni

kasik la kuar statement jugak

takkan la biar je kp sg buloh je buat statement
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,417
Reaction score
10,402
Points
1,896
Syahril A. Kadir
3j ·

JAUH di selatan, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan dan anak-anak buahnya terus jalankan tugas dari pagi sampai ke tengah malam.
Taiko dan samseng apa dia peduli. Dapat maklumat, dia turun. Ini yang rakyat mahu, rakyat tak minta lebih.
Bukan jenis hanya bergantung pada statistik!

1597076022062.png

1597076031411.png

1597076039726.png

1597076051461.png
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,043
Reaction score
109
Points
43
terbaik, tangkap je polis² yg jadi tali barut tu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register