Anggota JPAM tarik keluar ular sawa belit ekzos kereta

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MELAKA: Dua anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bertindak pantas apabila berjaya mengeluarkan seekor ular sawa sepanjang kira-kira 1.5 meter yang membelit tabung saluran ekzos kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria di Tanjung Kling, di sini, kelmarin.

Anggota terbabit, Norzaini Hamzah, 26, dari JPAM Ayer Keroh, berkata usaha mengeluarkan ular sawa berkenaan mengambil masa kira-kira setengah jam berikutan ia didapati melilit badannya pada saluran ekzos kenderaan terbabit.

Katanya, dia bersama rakannya, Mohd Fairus Ibrahim, 24, pada awalnya berdepan kesukaran untuk menarik keluar ular sawa berkenaan berikutan ia berada di bahagian bawah kenderaan terbabit.

“Masalah berlaku apabila ular sawa itu melilitkan badannya pada tabung saluran ekzos sehingga kami terpaksa meniarap di bawah kenderaan untuk melepaskannya.

“Di sebalik kesukaran mengeluarkan reptilia terbabit, kami berpuas hati kerana berjaya melaksanakan tugas,” katanya.
 
Sponsored Post

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
fuiyo tahniah JPAM.. memang terarr la depa nih.. kasi panaskan keta tu sure dia lari :))
 

pasu

Active Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
1,163
Reaction score
0
Points
20
adehh.. nak pegang ular pun aku geli.. :)
 

hisham27

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
3,035
Reaction score
11
Points
25
Kalau panaskan engine sure ekzos pun panas, kan memudahkan kerja...:-?
 

MaMaRiSsA

Active Member
Joined
May 23, 2009
Messages
1,953
Reaction score
4
Points
25
perghh cane leh pasan ade olor kat ekzos tu? kalau salunye takde le kite nk belek2 ekzos tu..setat kete jalan jek..huhu..

takut seyyy...
 

sarialong

Active+ Member
Joined
Apr 2, 2009
Messages
3,116
Reaction score
1
Points
25
ekzos mamat tu lubang beso kot..ular tu hingat lubang dia
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,255
Reaction score
516
Points
176
dulu masa aku dok puchong penah ada sorang mamat ni kata dlm ekzos dia ada tikus takmo keluar...dia minta kawan aku hulur sangkar tikus kat hujung ekzos, kemudian dia start enjin...haa time tu jugak tikus masuk sangkar :D
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
start keter, tekan minyak kuat2. terbang aa ular tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register