BTC USD 58,776.7 Gold USD 1,797.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Bomba Parah Dalam Kemalangan Bas Di Kuala Lipis

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Anggota Bomba Parah Dalam Kemalangan Bas Di Kuala Lipis


dn_21.1.jpg

KUANTAN: Seorang anggota bomba parah apabila bas ekspress Transnasional yang dinaikinya merempuh sebuah perhentian bas henti-henti sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Km 12, Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, Zahari Azmi Zakaria, 22, dari Bachok, Kelantan hancur kaki kiri dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan.

Dia adalah antara tujuh orang yang masih dirawat di hospital itu, manakala 26 lagi telah dibenarkan pulang selepas dirawat sebagai pesakit luar, katanya ketika dihubungi, di sini, Sabtu.

Mengulas kemalangan itu, Abdul Razak berkata pemandu bas tersebut yang membawa 31 penumpang dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu, dipercayai hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian.

"Bagaimanapun, pemandu itu yang berusia lingkungan 40an dan pemandu kedua bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Kedua-dua pemandu tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

nubiz4all

Super Active Member
Joined
Nov 1, 2010
Messages
9,643
Reaction score
215
Points
73
Bas2 accident ni dah banyak kali dah jadi...yg mati makin ramai.
Cerita kotak hitam yg kata nak pasang dulu tak tau apa cerita dah.
Balik2 sebab sama....bas laju...so mcm mana nak bagi bas tak laju????
 

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Lagi nahas bas ekspres

dn_21.1.jpg

KEADAAN bas ekspres Transnasional yang terbabit kemalangan selepas terlanggar pondok bas di Kilometer 12 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis, semalam.

KUANTAN 6 Nov. - Tidak sampai 24 jam selepas kejadian kemalangan bas yang mengorbankan seorang penumpang lelaki di tali air di Kampung Sungai Miang, Pekan, satu lagi kemalangan membabitkan bas ekspres berlaku di Kilometer 12 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis malam tadi.

Kemalangan yang berlaku pukul 11.45 malam itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kematian. Namun, tiga daripada penumpang bas itu parah termasuk salah seorang dipercayai anggota bomba hancur kaki kirinya.

Selain mereka, lima penumpang lain termasuk seorang wanita hamil yang cedera kini dirawat di Hospital Kuala Lipis (HKL).

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati bas ekspres Transnasional itu membawa 31 orang penumpang menghala ke Kota Bharu, Kelantan dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, pemandunya berusia lingkungan 40-an dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pondok bas di tepi jalan.

''Bas itu kemudian merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, seorang penumpang maut setelah terperangkap dalam bas ekspres yang terbalik di dalam tali air di Kampung Sungai Miang.

Kejadian berlaku pukul 8.15 malam di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, membabitkan bas ekspres Transnasional yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan.

Abdul Razak memberitahu, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lipis sebelum penumpang yang cedera parah termasuk mangsa putus kaki kiri dikejarkan ke HKL untuk menerima rawatan lanjut.

Abdul Razak berkata, proses untuk mengeluarkan mangsa mengambil masa lebih dua jam termasuk kerja-kerja mengangkat dan mengalihkan bas ekspres berkenaan dengan menggunakan kren.

''Polis telah mengambil keterangan sebahagian daripada penumpang yang mengalami cedera ringan sebaik saja mereka selesai menerima rawatan di HKL.

''Pemandu bas dan pemandu kedua tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,'' katanya.
 

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
so camna skang?

rasanya tade apa perubahan sbb menteri dan anak2 tak gunakan bas.
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
makin tak selamat dan tak yakin org nak naik bas lagi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register