BTC USD 54,162.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggaran pencen bulanan ahli parlimen yang dipilih pada PRU14 dan PRU15

dah kata sokongan lebih 2/3, ubah teruslah takpayah pencen
kita anggap la Kerajaan Madanon sekarang ni haprak , tak boleh pakai...
takkan la sorang ahli parlimen pembangkang tak boleh bentang usul untuk revoke benda ni ?
kalau usul tu kalah pun kurang2 pembangkang dah nyatakan prinsip yang jelas pasal ni...

takkan la sama2 sedap membalun lepas tu masing2 sendawa berjemaah...lepas tu kat pentas ceramah je jadi hero ?
 
Sponsored Post

Itulah, dah tahu kerajaan PMX ni bangang dan bangsat, xkan lah nk harap kat dorg utk hapuskan pencen.

Desaklah pimpinan sembahan sendiri utk jadi pejuang penghapusan pencen MP ni.
 
Isu pencen bekas wakil rakyat: Ia bukan pencen tapi ganjaran, kata MUBARAK​

Pengerusi MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman. - Foto fail NSTP
Pengerusi MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) berpandangan bayaran bulanan diberikan kepada bekas wakil rakyat perlu diteruskan.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata bayaran itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat atau disebut gratuity (ganjaran).

Beliau berkata, bayaran berkenaan bukanlah pencen seperti difahami sesetengah pihak.
"JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) panggil ia pencen sedangkan ia bukan pencen. Ia gratuity, itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat.

"Beza dan lain, kalau kakitangan kerajaan takkanlah enam tahun (bekerja) dapat pencen. Itulah definisinya sebab wakil rakyat bukan pegawai kerajaan, bukan kerja dengan kerajaan sebaliknya bekerja dengan rakyat 24 jam sehari," katanya sambil menjelaskan buat masa ini MUBARAK mempunyai hampir 1,000 keahlian.

Beliau berkata, pemberian gratuity (ganjaran) juga diamalkan di seluruh negara Komanwel selepas seseorang itu tidak lagi menjadi wakil rakyat dan adalah secara mengikut paten seperti yang diterima bekas wakil rakyat di negara ini.

Skim pencen perlu diteruskan
Mengenai Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen, Abdul Aziz juga berpandangan bahawa skim pencen sepatutnya diteruskan.

"Kerajaan sekarang ini menganuti dari segi teknologi baharu. Kita sekarang ada PADU (Pusat Pangkalan Data Pusat).

"Banyak lagi benda berasaskan kepada teknologi baru akan mengurangkan kegunaan tenaga pekerja sebaliknya menggunakan tenaga teknologi tinggi seperti IT, data analitik, IoT (Penyelesaian Internet Kebendaan) dan AI (kecerdasan buatan).

"Ini akan mengurangkan pekerja-pekerja dalam kerajaan. Jadi kalau kurangnya pekerja-pekerja dalam kerajaan, teruskanlah (skim) pencen (sedia ada). Pasal ini adalah satu insurans kepada mereka," katanya.

Tetapi beliau berkata sekiranya kakitangan kerajaan tidak dapat menggunakan teknologi baharu dalam urusan mentadbir negara, ia mungkin menyebabkan peningkatan lagi jumlah pekerja diperlukan.

"Kakitangan kerajaan meningkat yang sekarang ini sudah lebih sejuta orang dan jika berterusan meningkat dan itu patutnya yang baharu dimasukkan dalam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bukan berpencen," katanya.

Terdahulu, terdapat gesaan supaya pemansuhan pencen membabitkan ahli politik dibuat selepas media melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin berkata, Kabinet bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, menggesa cadangan pemansuhan pencen wakil rakyat dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melaksanakan kepada penjawat awam.

Ada beza ganjaran dan pencen tu abang MUBARAK.. pencen dibayar bulanan bila dah sampai umur persaraan.. ganjaran (gratuity) dibayar lump sump setiap kali berakhir penggal dilantik sebagai ADUN/MP..
 
Ikut pemerhatian
Ahli politik berebut nak jadi MP sebab nak kejar kelebihan yang mana MP je dapat
Salah satunya pencen dan elaun
Punyalah banyak pencen mereka dapat

Nak harapkan mereka hapuskan pencen ni memang payah dah sebab itu melibatkan perancangan masa depan mereka
Kerajaan mana pun naik rasanya sama je
Tak tahu lah kot ada majoriti MP yang berani hapuskan pencen YB ni
Barulah tak ramai gamaknya MP yang ada dekat negara ni nanti 😀
 
well said idola
 
MP minima 3 tahun dah dapat pencen...kerja kerajaan +/- 20 tahun baru dapat pencen

Penyokong semua pihak tak kira parti mana wajar push pimpinan diorang tukar sistem ni...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register