BTC USD 62,007.1 Gold USD 2,650.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggaran pencen bulanan ahli parlimen yang dipilih pada PRU14 dan PRU15

Sponsored Post

Isu pencen bekas wakil rakyat: Ia bukan pencen tapi ganjaran, kata MUBARAK​

Pengerusi MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman. - Foto fail NSTP
Pengerusi MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman. - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) berpandangan bayaran bulanan diberikan kepada bekas wakil rakyat perlu diteruskan.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata bayaran itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat atau disebut gratuity (ganjaran).

Beliau berkata, bayaran berkenaan bukanlah pencen seperti difahami sesetengah pihak.
"JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) panggil ia pencen sedangkan ia bukan pencen. Ia gratuity, itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat.

"Beza dan lain, kalau kakitangan kerajaan takkanlah enam tahun (bekerja) dapat pencen. Itulah definisinya sebab wakil rakyat bukan pegawai kerajaan, bukan kerja dengan kerajaan sebaliknya bekerja dengan rakyat 24 jam sehari," katanya sambil menjelaskan buat masa ini MUBARAK mempunyai hampir 1,000 keahlian.

Beliau berkata, pemberian gratuity (ganjaran) juga diamalkan di seluruh negara Komanwel selepas seseorang itu tidak lagi menjadi wakil rakyat dan adalah secara mengikut paten seperti yang diterima bekas wakil rakyat di negara ini.

Skim pencen perlu diteruskan
Mengenai Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen, Abdul Aziz juga berpandangan bahawa skim pencen sepatutnya diteruskan.

"Kerajaan sekarang ini menganuti dari segi teknologi baharu. Kita sekarang ada PADU (Pusat Pangkalan Data Pusat).

"Banyak lagi benda berasaskan kepada teknologi baru akan mengurangkan kegunaan tenaga pekerja sebaliknya menggunakan tenaga teknologi tinggi seperti IT, data analitik, IoT (Penyelesaian Internet Kebendaan) dan AI (kecerdasan buatan).

"Ini akan mengurangkan pekerja-pekerja dalam kerajaan. Jadi kalau kurangnya pekerja-pekerja dalam kerajaan, teruskanlah (skim) pencen (sedia ada). Pasal ini adalah satu insurans kepada mereka," katanya.

Tetapi beliau berkata sekiranya kakitangan kerajaan tidak dapat menggunakan teknologi baharu dalam urusan mentadbir negara, ia mungkin menyebabkan peningkatan lagi jumlah pekerja diperlukan.

"Kakitangan kerajaan meningkat yang sekarang ini sudah lebih sejuta orang dan jika berterusan meningkat dan itu patutnya yang baharu dimasukkan dalam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bukan berpencen," katanya.

Terdahulu, terdapat gesaan supaya pemansuhan pencen membabitkan ahli politik dibuat selepas media melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin berkata, Kabinet bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, menggesa cadangan pemansuhan pencen wakil rakyat dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melaksanakan kepada penjawat awam.

 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register