notepad
Legendary Member
- Messages
- 15,664
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,664
- Reaction score
- 2,141
- Points
- 266
- Awards
- 1
Berapa banyak pencen wakil rakyat?
Di Malaysia, seseorang yang memegang jawatan di parlimen, DUN, kabinet persekutuan atau exco - serentak atau pada masa yang berbeza dalam kerjaya mereka - boleh mendapat pencen daripada setiap jawatan tersebut.
Tetapi berapa banyak bayaran dalam nilai ringgit? Menggunakan data terbuka, artikel ini cuba menganggarkan angka duit pencen yang menanti wakil rakyat yang dipilih pada dua pilihan raya umum lepas sebaik sahaja mereka bersara.
Untuk makluman, anggota parlimen merujuk kepada kedua-dua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara (juga dikenali sebagai senator).
Apakah pelbagai pencen yang boleh diterima oleh ahli politik?
Ringkasnya, pencen yang berbeza untuk ahli politik dibahagikan kepada dua - pencen persekutuan dan pencen negeri.Pencen persekutuan diberikan kepada ahli parlimen (sama ada ahli Dewan Rakyat atau senator Dewan Negara), speaker atau timbalan speaker kedua-dua dewan dan ahli cabang eksekutif (perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri atau timbalan menteri).
Jika seseorang itu ahli parlimen (di Dewan Rakyat atau Dewan Negara) serta menteri persekutuan, mereka akan mendapat pencen yang dikira daripada gaji tertinggi antara kedua-duanya.
Begitu juga di peringkat negeri, terdapat pencen untuk Adun.