BTC USD 57,661.4 Gold USD 1,792.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Anda Bermain Bola Di Padang Awam?

Korang Golongan Mane?


  • Total voters
    0

hazwan17

Super Active Member
Messages
7,442
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
Jenis-jenis pemain bola dipadang awam diwaktu petang:

1. ada bakat, tapi relax..

Mereka senantiasa berhati mulia, merendah diri, dan boleh bermain dimana-mana posisi.. mereka dikurniakan tuhan bakat sejati dalam diri mereka.. pantas berlari, boleh menghantar bola dengan persis, boleh menggelecek dengan cantik.. berada diatas semasa menyerang, dan tidak berat untuk turun kebawah bila diserang.. di mata rakan sepermainan, mereka memang bagus.. tapi sayang, bila ke pemilihan my team, sprint test pun tak lepas.. tapi yang penting, anda selesa bermain dengan mereka..

2. tiada bakat, tapi mahu bermain

Mereka berniat sama seperti golongan pertama, bermain bola sekadar suka-suka.. walaupun tidak dikurniakan bakat semula jadi sehebat golongan pertama, mereka masih lagi boleh mengejar bola, membuat lontaran, tandukan dan hantaran-hantaran yang tidak tentu hala arahnya.. peratus kepersisannya adalah rendah.. tidak sepersis mutiara.. mereka juga berpotensi untuk menjatuhkan pemain-pemain lawan dengan niat yang tidak sengaja.. golongan seperti mereka biasanya bermain sebagai pertahanan.. anda juga selesa dengan sikap mereka yang sedar diri, dan menghargai kehadiran mereka untuk mencukupkan bilangan pemain.. tanpa mereka di petang itu, anda mungkin hanya bermain bolasepak tuju tiang..

3. Saya hebat!!

Mereka datang dengan lengkap bejersi pasukan mereka, berbut mahal, dan berkereta lamborgini.. ada diantara mereka yang memang benar-benar berbakat, pernah mewakili daerah ke peringkat negri sebagai pemain simpanan.. itupun kerana ayahnya jurulatih pasukan daerah.. namun, larian, gelekan dan rembatan mereka membuatkan anda ketawa, walaupun dalam hati sebenarnya menyumpah.. mereka sering sekali berlagak seperti pemain-pemain bintang eropah.. jarang sekali mereka berlagak sebagai bintamg bola sepak Malaysia.. kecuali 2-3 hari selepas amri yahyah jaringkan gol “cantik” ketika menentang man u.. mereka selalunya bermain di posisi penyerang ataupun sayap serangan.. Cuma menunggu bola dan mengasak kubu lawan..kerna mereka amat yakin mereka boleh menggegar jaring lawan.. pada mereka, bermain di bahagian pertahanan, makruh hukumnya.. apatah lagi bermain di posisi penjaga gol..

4. bersungguh-sungguh main bola

Mereka bersemangat! Mereka tak boleh terima kekalahan, walaupun esok mereka akan berdepan lawan yang sama.. perbezaan golongan ini dengan golongan ketiga adalah mereka menyakitkan hati anda secara direct..terjahan keras, bola depan muka keeper nak rembat, marah-marah member bila bolos, jerit lebih-lebih bila tak dapat bola, dan macam-macam lagi sifat mazmumah.. anda suka golongan ini?

5. Saya nak main, tapi asyik main keeper jer..

Mereka biasanya beginner atau newcomer.. mereka minat bola dan ingin bermain bola.. tapi tersalah pilih kawan dan tak berani melawan.. akhirnya dipaksa menjadi goalkeeper.. walaupun tersenyum, jauh disudut hati mereka memendam perasaan geram.. golongan seperti ini biasanya hanya bertahan 2-3 hari.. kalau masih tak dapat posisi lain, kompem lepas ni da xnk men bola dengan geng tu.. golongan pembuli amat merindui kehadiran golongan seperti ini..

6. Aduh.. pancitnya..

Mereka boleh menggelecek kemas, larian pantas, hantaran tepat, bijak mencari peluang, hebat diudara, serta mampu membuat rembatan padu dan tepat, tapi sayang.. itu semua sejarah.. kini mereka sudah berkahwin.. pusat mereka semakin dalam.. bila berjalan, perut didepan.. ketika bermain, sentiasa risaukan anak mereka yang baru belajar menyepak bola ditepi padang.. namun demikian, kreativiti dan hantaran2 kemas mereka masih lagi dihargai oleh rakan sepermainan..


Sumber:RafaezDaSilva

aku golongan 1 kot :eek::eek::eek::eek:
 
Last edited:
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Messages
47,314
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
pokdin kaki bangku...
 

nuex

Active+ Member
Messages
4,039
Joined
Feb 23, 2008
Messages
4,039
Reaction score
33
Points
30
golongan 2.
pung pang pung pang kritik bolaa.
main x pandai
:)):))
 

hazwan17

Super Active Member
Messages
7,442
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
dah siap poll..boleh vote hahaha
 

roBUST

Banned
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
aku main biase2 jer..skrg dah jarang main..lame x score :))
 

kalau

CG Top Poster Club
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
tak pandai main bola........
 

taufic

Legendary Member
Messages
14,651
Paid Membership
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
694
Points
161
main bola sampai muntah haha
 

roBUST

Banned
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
skrg prefer kt padang futsal jer..x riso ujan :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register