Ancam keselamatan murid, guru

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

Antara keretakan yang berlaku pada bahagian bangunan SK Kedai Buloh di Dun Bukit Payung, dekat sini.


MARANG – Pas Terengganu mendakwa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan masalah keretakan pada bangunan tiga tingkat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Buloh, Jalan Kedai Buloh, Bukit Payung.

Menurut penyandang Dun Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah, sebelum ini beliau juga telah membawa perkara itu dalam Sidang Dun dan meminta agar kerajaan negeri segera mengambil tindakan sewajarnya.

“Sebaliknya, kerajaan negeri hanya menyifatkan keretakan yang boleh mengancam nyawa itu hanyalah kerosakan kecil sahaja dan akan diperbaiki.

"Namun, sehingga kini kerosakan itu masih belum dibaik pulih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keretakan pada bahagian koridor tingkat satu bangunan Blok A sekolah berkenaan, yang turut menempatkan bilik guru dan kelas dikatakan berlaku sejak sekolah mula dibuka pada tahun ini.

Pihak sekolah itu ketika dihubungi turut menjelaskan bahawa bilik guru perempuan juga terpaksa ditutup sejak bulan lalu apabila keretakan pada bangunan bertambah serius, manakala guru-guru terbabit telah dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Mengulas lanjut, Mohd Nor mendakwa, masalah itu tidak mendapat perhatian sewajarnya kerana Umno-BN Terengganu didakwa mahu mengkhianati rakyat dengan menuduh kawasan Kedai Buluh adalah kawasan kuat Pas sekali gus mengabaikan masalah rakyat di situ.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Zakaria Hussin ketika dihubungi Sinar Harian menafikan pihaknya tidak memberi perhatian mengenai soal keselamatan membabitkan murid dan guru di sekolah berkenaan.

“Kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu tidak pernah mengabaikan semua perkara (termasuk) membabitkan keselamatan murid-murid dan guru di setiap sekolah. Kita akan buat siasatan dan akan memaklumkan perkara ini kemudian,” katanya.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/ancam-keselamatan-murid-guru-1.149628
 
Sponsored Post

biisnesman

Active+ Member
Joined
Aug 12, 2010
Messages
3,434
Reaction score
12
Points
25
xpayah nak siasat sgt la..
paggil kontraktor bg repair sudah..
kan senang.. dok kalut siasat, time dah runtuh bru nak salahkan kontraktor..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register