Analisis semasa harga emas. (News-FA/Technical Analysis-TA)

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,561
Reaction score
11,372
Points
2,376

#Gold futures untraded in early session

At 9.10 am, December 2019, January 2020, February 2020 and March 2020 remained at RM196.20, RM196.20, RM196.80 and RM198.40 a gramme, respectively
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,561
Reaction score
11,372
Points
2,376

Penularan coronavirus lonjak harga emas


WASHINGTON: Niaga emas mencecah paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun di dana dagangan bursa (ETF) apabila penularan coronavirus menyebabkan pelabur menambah pegangan aset selamat itu.

Penambahan beberapa tan emas lagi akan menjadikan jumlahnya mencecah paras tertinggi dalam sejarah.

Pembelian besar-besaran terbaharu itu menyusuli aliran pembelian empat tahun berturut-turut dalam ETF yang disokong oleh logam berharga, dengan harganya diniagakan hampir pada paras tertinggi sejak 2013.

Jumlah kes virus yang disahkan di China melonjak untuk mengatasi angka rasmi jangkitan semasa wabak SARS, dengan sekurang-kurangnya 132 orang maut.

Harga emas meningkat tahun ini apabila penularan virus berbahaya itu mengancam akan menjejaskan ekonomi dunia, sekali gus menyebabkan dagangan saham yang tidak menentu berikutan perubahan sentimen melabur.

Aset selamat tradisional itu juga menjadi pilihan kerana Rizab Persekutuan (Fed) memberi isyarat bahawa kadar faedah akan kekal rendah untuk beberapa ketika.

Kadar sebenar Amerika Syarikat (AS) adalah negatif, yang mengurangkan kos peluang untuk memegang emas.

Pegangan emas ETF di seluruh dunia meningkat kepada 2,561.2, paras tertinggi sejak Januari 2013, menurut data dikumpulkan oleh Bloomberg.

Paras tertinggi adalah 2,572.8 tan pada Disember 2012.

Harga spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,567.22 seauns semalam, meningkat 3.3 peratus pada Januari, selepas melonjak 18 peratus tahun lalu.

Ia peningkatan tahunan tertinggi sejak 2010.

-Bloomberg


 
Sponsored Post
Top
Log in Register