BTC USD 17,084.9 Gold USD 1,798.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Analisis Pemenang & Kekalahan Calon PRU15

Berpuas hati dengan keputusan PRU15 kali ini?

  • Ya

  • Tidak

  • Tidak Pasti

Results are only viewable after voting.

sranua

Fun Poster
Messages
688
Joined
Jul 25, 2012
Messages
688
Reaction score
220
Points
33
Harap dapatlah dimuktamadkan siapa yg akan naik jadi PM. Akhirnya semua parti terpaksa bergantung kepada BN juga. Yg pasti kepentingan agama, bangsa dan negara mesti didahulukan berbanding parti.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Dewan Negeri Ucap Tahniah Lima Wakil Rakyat Menang PRU15

23.11.2022 - Dewan Negeri Selangor (DNS) mengucapkan tahniah kepada lima Ahli Dewan Negeri (ADN) yang menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu. Speaker Ng Suee Lim menyampaikan ucapan ringkas itu pada mesyuarat ketiga penggal kelima Dewan Negeri Selangor yang mula bersidang pagi di Dewan Annex di sini.

“Sebelum memulakan sidang dewan saya ingin ucap tahniah kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, V Ganabatirau, Rodziah Ismail, Mohd Sany Hamzan dan Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi atas kemenangan pada PRU baru-baru ini,” katanya.

Pada PRU15, Amirudin yang juga wakil rakyat Sungai Tua menang Parlimen Gombak menewaskan penyandang tiga penggal kerusi itu Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. ADN Batu Tiga Rodziah dan ADN Kota Kemuning Ganabatirau masing-masing menang di Parlimen Ampang dan Klang sementara Mohd Sany (ADN Taman Templer) menang di Hulu Langat dan Dr Ahmad Yunus (ADN Sijangkang) menang Parlimen Kuala Langat.​

1669174323527.png
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
387,886
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
387,886
Reaction score
25,527
Points
2,836
Awards
1

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Warisan memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya Parlimen Padang Serai.

1669274385080.png
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Janji dikotakan atas kemenangan Pas di Parlimen Tumpat pada PRU15. - Mohd Amar

1669276693790.png
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Mahu Wan Rosdy Wan Ismail dikekalkan sebagai Menteri Besar. - Mat Rozi

1669282969314.png
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Pemimpin BN, PN Tinggalkan Hotel Guna Pintu Khas, Pertemuan Berakhir Tanpa Sebarang Kenyataan

24.11.2022 - Kuala Lumpur, Pertemuan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di ibu negara dipercayai berkaitan kebuntuan pembentukan kerajaan pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir kira-kira dua jam. Antara pemimpin BN yang hadir ialah Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Datuk Arthur Joseph Kurup.

Pemimpin PN yang hadir termasuk Pengerusinya merangkap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin dan Datuk Seri Ronald Kiandee serta Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin. Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin terbabit dan mereka juga enggan bertemu media selain bertindak meninggalkan hotel menggunakan pintu yang tidak boleh diakses orang awam.

Kebuntuan berhubung pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri ke-10 berlarutan selepas PRU15 berakhirnya pada 19 November lepas apabila tiada parti atau gabun gan politik yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi.Keputusan PRU15 menyaksikan BN memperoleh 30 kerusi, PN (73), Pakatan Harapan (82), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.​

1669305348564.png
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
PRU15 Parlimen P17 Padang Serai dan DUN N42 Tioman akan berlangsung 7 Disember nanti. Pemilihan di kedua-dua tempat ini akan melengkapkan wakil rakyat di 222 kerusi parlimen Malaysia dan 42 kerusi DUN Pahang.

1669367458295.png

1669367467061.png
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Analisis Awal Pengundian Kaum Pada PRU15

25.11.2022 - Kuala Lumpur, Dengan kerajaan baru bakal ditubuhkan dengan kerjasama PH dan BN yang dahulunya berseteru, dan juga dengan sokongan GPS, penting untuk menganalisis keputusan PRU15. Artikel ini membentangkan analisis awal satu dimensi pengundian - sokongan berdasarkan kaum. Ia hanya menumpukan pengundian di semenanjung dengan anggaran dari data makro di setiap kerusi, berbanding pusat mengundi yang lebih granular sifatnya. Analisis lebih mendalam (termasuk di Sabah dan Sarawak) akan menyusul. Dapatan awal menunjukkan kepentingan kerjasama antara gabungan - seperti antara BN dan PH - yang membawa perwakilan yang lebih meluas. Kedua-dua PH dan BN mengalami defisit dalam mewakili seluruh kaum.

Pengundian berdasarkan kaum kian meningkat

Rakyat Malaysia mengundi atas pelbagai sebab, namun corak dominan dari pembingkaian dan analisis terhadap pengundian itu adalah kaum. Ini antara lain kerana kempen digerakkan atas garis berkenaan. Sementara kaum hanya terpapar pada 40 peratus corak pengundian pada 2018, ia lebih berhubung kait dengan pengundian sejak PRN Melaka pada 2021. Ini antara lain kerana politik identiti kian digunakan untuk menarik pengundi, yang turut berlaku pada PRU15. Bukan saja interaksi dengan pengundi dibuat menerusi rangka kaum, malah semakin ramai yang mengundi berdasarkan faktor kaum.

Ini bukan untuk menolak sisi analitikal lain - seperti generasi, gender, kelas, wilayah dan kawasan bandar dan luar bandar. Corak-corak ini akan diperhatikan, walaupun analisis penuh akan mengambil sedikit masa. Pengundian di Malaysia tidak seharusnya dilihat menerusi satu dimensi sahaja, walaupun dengan dimensi kaum yang dihuraikan. Seperti semua analisis, perlu ada kaveat pada dapatan yang diperolehi. Ini adalah anggaran. Analisis juga dibuat pada tahap makro, jadi tahap ketepatannya kurang berbanding menggunakan data pusat mengundi.

Berikut adalah dapatannya;

Perikatan Nasional

Gabungan diketuai Muhyiddin Yassin ini mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu di semenanjung, dengan anggaran 54 peratus. Ia meningkat berbanding sokongan pengundi terhadap PAS pada 2018, iaitu 32 peratus. Ia juga meningkat berbanding sokongan ketika PRN Melaka dan Johor.

81bf5bb2392cf39743f17874368ef7e6.png

Ia mencerminkan kempen PN yang diuruskan dengan baik. Namun, PN tidak mendapat sokongan yang bermakna dalam kalangan pengundi bukan Melayu, dengan anggaran 0.05 peratus untuk kedua-dua kaum (Cina dan India) pada 2022. Maka, PN adalah gabungan yang hanya mendapat sokongan Melayu, dengan pengecualian terhadap anggaran lima peratus sokongan dari masyarakat lain, terutama Orang Asli.

Pakatan Harapan

Sokongan pengundi Melayu terhadap PH lebih rendah pada PRU15, iaitu anggaran 11 peratus berbanding anggaran 25 peratus pada 2018. Anggaran tahap sokongan ini sama dengan tahap sokongan semasa PRN Johor. Lebih penting, ini merupakan anggaran bagi semenanjung secara keseluruhan. Jadi, tahap sokongan di setiap kerusi boleh jadi lebih tinggi (atau lebih rendah). Kerjasama dengan BN telah meningkatkan asas sokongan Melayu terhadap kerajaan baru, seperti yang ditunjukkan di bawah.

8c580678a26d40e162f6f79d0d624c8c.png

Anggaran sokongan pengundi bukan Melayu pula mencapai rekod tertinggi, dengan anggaran 94 peratus pengundi Cina dan 83 peratus pengundi India. Ini antara lain boleh dijelaskan dengan mobilisasi kaum yang begitu menonjol sepanjang kempen, yang mempengaruhi semua kaum.

Barisan Nasional

BN kehilangan anggaran 10 peratus sokongan Melayu pada PRU15, yang menjadi faktor kekalahannya di banyak kerusi. Gabungan ini dianggarkan meraih 33 peratus sokongan pengundi Melayu, merosot berbanding 43 peratus pada PRU14. BN juga dianggarkan hilang tiga peratus sokongan pengundi Cina dan dua peratus sokongan pengundi India.

5cc00d82b8b8e28e1623252b0649c311.png

Dapatan awal ini menunjukkan dua corak penting - polarisasi kaum dalam pengundian melibatkan PH dan PN, yang turut mencerminkan dinamik dalam kempen mereka. Kedua, pencapaian BN adalah melebarkan, secara keseluruhan, perwakilan merentasi kaum di semenanjung. Namun, corak-corak ini juga membangkitkn persoalan yang memerlukan analisis lanjut, terutama berkenaan bagaimana keadaan sosioekonomi memberi kesan kepada pengundian dan, lebih penting, kepentingan untuk para pemimpin di seluruh negara untuk berusaha merapatkan jurang antara kaum.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/645743
 
stennian

Fun Poster
Messages
807
Joined
Feb 2, 2013
Messages
807
Reaction score
192
Points
23

Conclusion nya, malaysian semakin racist?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register