BTC USD 96,644.7 Gold USD 2,696.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak yatim di Congo makan ulat kumbang palma atasi kekurangan zat makanan

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,275
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,275
Reaction score
1,004
Points
151

Anak yatim di Congo makan ulat kumbang palma atasi kekurangan zat makanan​

Jun 25, 2024 @ 10:26am


Pakar agronomi, Francoise Lukadi, menunjukkan ulat kumbang pokok palma di ladang di Kinshasa, Congo. - Foto REUTERS
Pakar agronomi, Francoise Lukadi, menunjukkan ulat kumbang pokok palma di ladang di Kinshasa, Congo. - Foto REUTERS


KINSHASA: Lebih 60 kanak-kanak di rumah anak yatim di Kinshasa, ibu negara Republik Demokratik Congo, terpaksa menikmati sajian larva atau ulat kumbang pokok palma yang digoreng dengan rempah bagi mendapatkan protein.

Sumber protein semula jadi itu kini dipertimbangkan sebagai antara langkah negara itu mengatasi masalah kekurangan zat makanan.

Inisiatif pelaksanaan menu makanan ulat yang kaya dengan protein atau dikenali sebagai mpose oleh penduduk tempatan itu dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) Kinshasa Farms for Orphans.

Jurutera pertanian yang mengendalikan Farm for Orphans, Francoise Lukadi, berkata kekurangan nutrien adalah perkara yang serius terutamanya membabitkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.


Beliau berkata, kajian saintifik membuktikan serangga mempunyai kepekatan protein yang lebih tinggi daripada daging.

"Ia terbukti secara saintifik bahawa daging tidak mempunyai kepekatan protein yang lebih tinggi daripada serangga, dan bukan mudah untuk mendapatkan daging. Jadi, kami memilih jalan lebih mudah (dengan menikmati larva)

"Larva, yang mempunyai rasa seperti keju, biasanya dimasak dengan bawang, lada dan tomato," katanya.

Pakar nutrisi dan jurutera di Farm for Orphans (FFO), Exaucee Kamelo, menimbang ulat kumbang pokok palma di ladang di Kinshasa, Congo. - REUTERS
Pakar nutrisi dan jurutera di Farm for Orphans (FFO), Exaucee Kamelo, menimbang ulat kumbang pokok palma di ladang di Kinshasa, Congo. - REUTERS

Sehingga kini, serangga yang boleh dimakan, termasuk larva, dikaji potensinya sebagai bentuk protein alternatif bagi menggantikan daging, sama ada untuk kegunaan manusia seperti di Congo, atau bagi makanan haiwan di Benin.

Menurut Program Makanan Sedunia (WFP), lebih separuh daripada anak yatim di negara itu mengalami kekurangan zat makanan, manakala kira-kira 25 peratus daripada 99 juta penduduknya pula berdepan krisis makanan.

Sebelum ini, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyatakan serangga boleh menjadi sumber yang kaya dengan lemak, protein, vitamin, serat dan mineral.

Pada masa sama, Lukadi berkata, pihaknya berharap dapat menghasilkan larva yang mencukupi untuk dijual secara komersial sebagai sumbangan subsidi kepada rumah anak yatim.

Farms for Orphans menerima pembiayaan daripada Yayasan Bill dan Melinda Gates untuk pelancaran serta penyelidikan awalnya.

Sementara itu, pakar pemakanan dan penyelia kesihatan makanan di rumah anak yatim itu, Nelly Mimpi, berkata inisiatif itu adalah penting demi kebaikan semua anak yatim berkenaan.

"Adalah penting untuk kanak-kanak ini makan mpos kerana kandungan protein, sesetengah kanak-kanak ditinggalkan dalam keadaan terbiar dan kekurangan zat makanan," katanya. - REUTERS

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register