BTC USD 61,231.8 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Anak Tun Mahathir, Mokhzani kini manusia ke 14 terkaya di Malaysia.

Sponsored Post

lautjernih

Fun Poster
Joined
Jun 22, 2019
Messages
334
Reaction score
56
Points
30
apa nk pelik..businessman&politik hubungan dia saling perlu memerlukan..

bisnesman dekati org politik utk apa kalu x ada kepentingan tertentu..

org politik approach bisnesman utk apa kalu nk something in return..

saya rasa maksud poster, dah kaya tak cukup lagi ke.
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
2,149
Reaction score
771
Points
81
saya rasa maksud poster, dah kaya tak cukup lagi ke.

ya btui..beckp bab duit kupang ni,manusia dpt byk mana pun xcukup selg nyawa di badan..utk bisnesman ni, utk kelansungan bisnes&kekayaan, selg dia buleh dpt manfaat dr politician,dia akan "gayut" pd politician tu..kalu 22thn memerintah,22thn tu jgk la dia kaut sebyk mana yg buleh..jatuh kwn tu,dia cr pulak org lain yg dia leh "gayut".

selamat hari raya aidilfitri..
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,072
Reaction score
1,738
Points
596
Pergh murah rezeki duit juta juta billion billion wooo
 

MrDisc

Active+ Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,724
Reaction score
308
Points
46
Duit byk seronok abam daus..nak lamboghini boleh..nak rumah istana tepi laut boleh..nak moto besar boleh...senang kata semua boleh dpt abam daus..

Tapi...dekat dlm tue nnti nak menjawab dengan sempurna susah tak abam daus..dapat mana duit? Belanja duit dekat sapa?Duit itu betul halal atau tak..

Apa2 yg ada kat saya yg peon nie pon dh cukup gak abam daus..cuma nak tingkatkan ekonomi sbb anak2 semakin besar..belanja makin besar juga..perut boroy pon makin besar gak 🙏🏼😅

Pergh murah rezeki duit juta juta billion billion wooo
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,531
Reaction score
21,766
Points
1,671
Najib Razak
2 hrs ·

Dia suruh saya beri bukti, saya pun beri bukti.

Kita tunggu PM7 jawab pulak.

Selama 22 tahun dia berjuang untuk bangsa dan agama.
Akhirnya berjaya juga anak dia menjadi orang Melayu-Muslim kedua paling kaya dalam Malaysia.

Yang 16 juta lagi orang Melayu tak berjaya seperti anak dia sebab malas dan simpan rasa iri hati pada orang kaya.

"Datuk Mokhzani Mahathir, the son of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, has finally joined the ranks of the country’s top 10 richest people as the nation’s magnates continue to widen the gap with the rest of Malaysia.

According to a new list of Malaysia’s 40 richest tycoons released by the Malaysian Business magazine, the SapuraKencana Petroleum mogul added another RM1.59 billion to his coffers over the last year to raise his estimated wealth to RM4.22 billion — good enough for ninth place on the list."

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,531
Reaction score
21,766
Points
1,671
Najib jawab Dr M: Seluruh reban diberi kepada kroni ketika zaman anda

Bekas perdana menteri Najib Razak menjawab cabaran Dr Mahathir Mohamad dengan menyenaraikan apa yang menurutnya kontrak kerajaan kepada anak-anak dan kroninya, ketika anggota Parlimen Langkawi itu menjadi perdana menteri.


Najib antara lain menyasarkan perniagaan dua anak Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, serta taikun Vincent Tan.

"Jangan cakap tentang mencuri atau memulangkan kembali ayam. Di bawah anda, seluruh reban diserahkan kepada kroni untuk disembelih," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Mahathir sebelum ini yang menyifatkan persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram melibatkan dana AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan 1MDB sebagai "curi 11 ekor ayam bagi balik seekor".

Sebagai sebahagian daripada persetujuan itu, Riza perlu menyerahkan aset yang dianggarkan bernilai AS$108 juta (RM416.6 juta).

Najib berkata, bertentangan dengan dakwaan Mahathir bahawa anak-anaknya tidak menjalankan perniagaan di Malaysia sehinggalah peletakan jawatannya sebagai perdana menteri keempat pada 2003, Mirzan membina Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an.

Katanya, konsortium itu akhirnya memerlukan 'bail out' berjumlah AS$220 juta daripada Malaysian International Shipping Corporation (MISC) ketika krisis kewangan 1998 melanda. Pemegang saham terbesar MISC adalah Petronas.

"Bukankah MISC dan Petronas melaporkan kepada anda selaku perdana menteri pada masa itu?" soal Najib.

Katanya lagi, pada 1997 pula, anak keempat Mahathir iaitu Mokhzani membeli pegangan dalam Hospital Pantai Group daripada Tan untuk menjadi pemegang saham terbesar.

Beliau mendakwa syarikat itu kemudian mendapat konsesi Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) serta kontrak pembekalan untuk hospital kerajaan.

Katanya lagi, syarikat Mokhzani, Kencana Group turut memenangi lesen fabrikasi struktur cari gali di lautan daripada Petronas pada 2002.

Beliau juga berkata syarikat Mukhriz Opcom diberi kontrak RM214 juta daripada Telekom Malaysia menerusi rundingan terus selepas arahan daripada Kementerian Kewangan.

Untuk rekod, Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri keempat pada 31 Oktober 2003 tetapi penganugerahan kontrak itu bertarikh 7 Oktober. Mahathir juga menteri kewangan pada masa itu.

Najib juga mendakwa kerajaan memberikan konsesi 20 tahun untuk pertaruhan sukan dan bola sepak kepada sebuah syarikat milik Tan tanpa tender atau kelulusan kabinet, beberapa bulan sebelum meletakkan jawatannya.

Selepas PH menjadi kerajaan, Najib mendakwa kerajaan "mempercepat" Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara di bana Opcom turut terlibat.

Saham syarikat itu melonjak selepas pengumuman tersebut, katanya lagi.

Dalam responsnya terhadap kenyataan Mahathir, Najib juga melampirkan apa yang menurutnya surat Kementerian Kewangan yang mengarahkan Telekom Malaysia memberikan kontrak berjumlah RM214 juta kepada Opcom.

Dalam blognya hari ini, Mahathir menegaskan kritikannya terhadap persetujuan antara pendakwaan dengan Riza dalam kes pengubahan wang haram itu.

"Ia seperti curi 10 ekor ayam. Anda patut pulangkan 10. Jika anda sudah makan sembilan ekor atau jual kepada orang lain, ia tidak diambil kira.

"10 ekor ayam perlu dipulangkan kepada pemiliknya. Beri balik satu masih bermakna pemilik hilang sembilan," katanya lagi.

Beliau juga mencabar Najib untuk mengemukakan bukti dokumen berkenaan kontrak kerajaan yang diberikan kepada anak-anaknya, seperti bukti dokumen mengaitkan Najib dengan skandal 1MDB.

"Sila jelaskan urusniaga (sweetheart deal) melibatkan korni PM7 (perdana menteri ketujuh). Adakah Riza yang beli atau anak saya yang beli? Dan siapa kroni (yang dimaksudkan)?" soal Mahathir.

 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,569
Reaction score
2,509
Points
201
aku rasa nie la paling sesuai najib debat ngn tun, buat live TV.......tp berani ka najib?
 

2618918

Active+ Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,687
Reaction score
1,430
Points
111
Paling tak boleh blah, DAP & Amanah boleh percayakan Mahathir dari Anwar. Orang kuat PPBM semua dah ikut Muhyiddin. Apa yang tinggal lagi Mahathir ni yang DAP & Amanah sokong sangat tu. Hahaha
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register