BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak tidak tahu ibu mengemis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Che Mah keluar bersama basikal buruknya untuk meminta sedekah.
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - Seorang warga emas yang hidup sebatang kara di Tongkang Yard, dekat sini, mendakwa terpaksa meminta sedekah kerana kesempitan hidup.

Warga emas yang hanya mahu dikenali Che Mah, 82, berkata, dua anaknya sudah memiliki keluarga sendiri dan tinggal berjauhan di negeri lain.

“Seorang anak tok (nenek) tinggal di Melaka, manakala lagi seorang jikalau tidak silap tinggal berdekatan Kuala Lumpur. Tok tinggal sendirian kerana suami sudah meninggal dunia.

“Tok terpaksa meminta sedekah sebegini akibat tidak berkemampuan sejak kematian suami, malah tidak mampu menjalankan perniagaan lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Mah berkata, sebelum ini dia menjalankan perniagaan menjual kain secara kecil-kecilan kepada penduduk berdekatan rumahnya.

Katanya, anak-anaknya juga hanya berniaga kecil-kecilan sahaja dan masih memberikan wang RM100 setiap seorang untuk meneruskan hidup.

“Namun ada kalanya tidak cukup untuk elektrik, duit pula anak belum hantar. Sekurang-kurangnya, tok terima lebih kurang RM40 seminggu apabila meminta sedekah di kawasan ini,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua anak sememangnya tidak mengetahui dia menyara kehidupan dengan meminta sedekah malah mereka pasti melarang perbuatannya itu.

"Tok sedar perbuatan ini salah, namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana mahu meneruskan kehidupan.

“Apabila minta sedekah, tok sebenarnya takut juga orang tangkap ke penjara. Tak mahulah, kalau boleh hantar masuk ke rumah orang tua pun tidak apa,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/anak-tidak-tahu-ibu-mengemis-1.274650
 
Ya Allah kasihannya...hargailah ibu kita selagi masih hidup..
 
mungkin anaknya jarang balik ke kampung sehingga tidak tahu ibu mereka hidup dalam kesempitan wang sehingga memaksa ibu mereka ini mereka meminta sedekah.
 
Kenapa la makcik tak bisnes je
 
kesian makcik ni..hrp anak2 dia amik la bela dia..
kalau dah xnk hantar je ke rumah org tua2 drp biarkan dia cmni..
 
sapa2 mampu tlg lah bela makcik ni....takat bg makan & tmpat tinggai dah cukup...lagi elok mlm2 pi hantaq dia ngaji masjid buat bekai akhirat, hat tu pahala dah tentu masuk kat kita
 
Bantu dari segi bagaimana nak generate income. Jual pisang goreng, air tepi jln
 
Umur dah 82...mana anak dia...

Wajib balik jaga emak dia ni...
 
Back
Top
Log in Register