BTC USD 97,042.4 Gold USD 2,935.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak tauke restoran dipercayai dibunuh, kenderaan dibakar

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,291
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,291
Reaction score
1,342
Points
201


Anak tauke restoran dipercayai dibunuh, kenderaan dibakar

Sandakan: Misteri kehilangan seorang lelaki sejak Ahad lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan dan dipercayai dibunuh di kawasan semak berdekatan sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang, di sini, hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Naufal Abdul Rashid, 35, ditemukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, kira-kira 11 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Ramasamy Kuppan berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung penemuan sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar di kawasan berkenaan.

Susulan itu katanya, sepasukan polis digerakkan ke tempat berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

"Setiba di lokasi didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar namun tiada individu di dalam kenderaan berkenaan.

"Anggota polis kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu dan menemui satu mayat lelaki yang disyaki berkaitan satu laporan orang hilang pada Ahad lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of kent (HDOK) Sandakan untuk tujuan bedah siasat.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sejak pagi, tular di media sosial berkaitan kehilangan seorang lelaki yang juga anak tauke restoran Supreme, kira-kira 3 petang, Ahad lalu.


Artikel ➡️ Harian Metro
 
Sponsored Post

mamaks .. geng 786 🤭

1721985396563.png
 
Anak Tauke Restoran Di Bunuh Kerana Dendam, Tiga Lelaki Di Buru

26.07.2024 - Dendam dipercayai menjadi motif utama pembunuhan anak seorang pemilik restoran sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di kawasan semak ladang sawit Jalan Sungai Memanjang, di sini, semalam. Mangsa Naufal Abdul Rashid, 35, yang hilang sejak Ahad lalu ditemukan kira-kira 11 pagi semalam selepas sepasukan polis melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan susulan laporan sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar. Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Ramasamy Kuppan berkata, polis sudah mengenal pasti suspek selepas seorang wanita tempatan berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat berkenaan. Beliau berkata, polis juga memburu warga Indonesia, Mohd Jasmin Ruslan, 24, atau dikenali sebagai Ahcok dan dua warga tempatan, Mohamad Zulfaizzie Mohd Firdaus, 24, dan lelaki yang hanya dikenali sebagai Komeng, 20-an, bagi membantu siasatan.

"Wanita yang ditahan adalah bekas isteri suspek yang masih dicari iaitu Mohd Jasmin. Mengenai hubungan dengan ketiga-tiga suspek, mangsa (Naufal) berkenalan dengan seorang wanita, iaitu adik kepada seorang daripada suspek. Mereka berjumpa di Sandakan bagi berbincang dan menyelesaikan masalah terbabit (sebelum pembunuhan). Motif pembunuhan dikaitkan dengan hubungan mangsa dan adik kepada suspek berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, di sini, petang tadi.

Ramasamy berkata, berdasarkan maklumat, mangsa hilang jam 4 pagi pada 21 Julai dan kali terakhir mangsa ditemui bersama dengan Ahcok. Katanya, pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemukan apa-apa senjata berkaitan kes ini dan pasukan forensik sudah menjalankan siasatan lanjut.

"Masa sebenar kematian dan bila mangsa dibunuh belum dapat dipastikan. Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of Kent (HDOK). Bedah siasat serta proses pengecaman akan dijalankan esok," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
1722001115484.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register