Anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim, mangkat

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,189
Reaction score
4,250
Points
201


BRUNEI: Rakyat Brunei hari ini dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai pada hari ini .

Punca pemergian putera kesayangan ramai, yang juga putera kedua Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Hajah Maria itu masih belum diketahui.

Baginda dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution, dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Selain itu, abang kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.

Pangiran Abdul Azim dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin terhadap isu kemanusiaan. - AGENS

 

Attachments

Last edited:
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,526
Reaction score
491
Points
91
Inalillah...semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman.
Inilah yang terbaik. Meninggal hari ini, hari ini jugak dikebumikan.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,189
Reaction score
4,250
Points
201
Kemangkatan Pengiran Muda Abdul Azim: Bendera Johor dikibarkan separuh tiang

JOHOR: Bendera Johor dikibarkan separuh tiang hari ini bagi menghormati kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohd Noh Ibrahim menerusi kenyataan semalam.

"Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bendera Johor dan bendera daerah hendaklah dikibarkan separuh tiang pada Ahad, 25 Oktober.

"Ia bagi menghormati kemangkatan Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Rakyat Brunei semalam dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan Pengiran Muda Abdul Azim.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi semalam waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai hari ini .

Punca pemergian putera kesayangan ramai, yang juga putera kedua Sultan Brunei dan Hajah Maria itu masih belum diketahui.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,189
Reaction score
4,250
Points
201
Kerajaan Malaysia ucap takziah kepada Sultan Brunei
25mangkat3_1603624721.jpg


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi pihak kerajaan Malaysia hari ini, merafak sembah takziah kepada Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bokiah atas kemangkatan putera baginda Pengiran Muda Abdul Azim semalam.

Muhyiddin, dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya, turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Almarhum dan mendoakan Paduka Seri Baginda dan seluruh kerabat diraja sekalian serta rakyat Brunei tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Almarhum dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu, yang juga putera kedua Sultan Hassanal Bolkiah dan Hajah Mariam, mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Baginda dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Berikutan itu, pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai semalam. – BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,189
Reaction score
4,250
Points
201
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kemangkatan anakanda Sultan Brunei

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Perutusan takziah itu turut dizahirkan menerusi kemas kini di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

"Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin dengan perasaan sedih berkenan menzahirkan perutusan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah anakanda Sultan Brunei Darussalam, Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul ‘Azim Ibni Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 24 Oktober lalu," katanya.

Semalam, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut mendoakan agar roh Almarhum ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...an-takziah-kemangkatan-anakanda-Sultan-Brunei
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,121
Reaction score
581
Points
161
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu anhu

“Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.”
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,189
Reaction score
4,250
Points
201

DYTM PRINCE MATEEN BERIKAN PENGHORMATAN TERAKHIR UNTUK KAKANDA DYTM PRINCE AZIM
 
Sponsored Post
Top
Log in Register