BTC USD 99,500.9 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak sorok mayat bapa dalam almari selama dua tahun

combat13

Super Active Member
Messages
6,251
Joined
Dec 18, 2007
Messages
6,251
Reaction score
201
Points
73
3101261.webp

Seorang lelaki bertindak menyembunyikan mayat bapanya dalam almari di rumah selama dua tahun.

TOKYO - Seorang lelaki bertindak menyembunyikan mayat bapanya dalam almari di rumah selama dua tahun.

Perbuatan lelaki itu terbongkar baru-baru ini, sekali gus mencetuskan siasatan pihak polis.

Nobuhiko Suzuki, 56, dilaporkan tidak membuka restoran Cina miliknya di Tokyo selama seminggu, menyebabkan jiran tetangga bimbang dan menghubungi pihak berkuasa, lapor Fuji News Network.

Apabila polis tiba untuk membuat pemeriksaan, mereka menemui rangka bapanya di dalam almari.

Walaupun punca kematian bapanya masih belum dapat dipastikan, Suzuki mendakwa dia pulang ke rumah dan menemui bapanya sudah tidak lagi bernyawa.

"Kos pengebumian terlalu mahal," katanya ketika menjelaskan tindakan tersebut.

Pihak berkuasa turut mendedahkan bahawa Suzuki kini disiasat atas dakwaan menyeleweng wang pencen bapanya.

Dia juga dilaporkan berasa bersalah pada mulanya, namun kemudian mendakwa lega kerana menyalahkan bapanya atas nasib yang menimpanya.

Kes itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna internet di Jepun.

Ada yang percaya Suzuki sengaja mahu terus mengutip pencen bapanya, namun ada juga yang bersimpati dengan situasi dihadapi lelaki tersebut.

"Dia cuma seorang lelaki jahat yang sembunyikan mayat bapanya demi mendapatkan pencen," kata seorang pengguna. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register