BTC USD 48,968.3 Gold USD 1,778.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak seorang anggota polis lemas di kolam renang

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Anak seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui lemas oleh seorang pengawal penyelamat sebuah kolam renang di Cheras, selepas mendapati kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu tidak bergerak di dasar kolam.

Mohamad Ashmier Mohad Yusof, ditemui pengawal penyelamat terbabit selepas mangsa dilihat terdampar di dasar kolam renang di Kompleks Renang Desa Putri di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata mangsa dibawa keluar dari kolam dan diberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke PPUKM kira-kira jam 11.55 pagi. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu bapa mangsa, Mohad Yusof Chiek, 47, berkata anak bongsu dari tiga beradik itu pergi ke kolam itu bersama sepupunya, Alif Zulhilmi Supain, 10.

"Sebelum ini pun dia pernah ke sana bersama sepupunya. Tiba-tiba Alif balik bagi tahu saya yang Ashmier lemas," katanya ketika ditemui di bilik mayat PPUKM.

Beliau yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, berkata kompleks itu terletak berdekatan dengan rumahnya di kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

Mohad Yusof berkata, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini dan jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuchai, Sungai Besi petang ini. - Bernama
 
Sponsored Post

aznor59

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jul 9, 2009
Messages
2,668
Reaction score
23
Points
25
dah ajal....tak leh nak elak....moga tabah hadapai ujian allah
 

hazwan17

Super Active Member
Messages
7,442
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
takziah kpd keluarga........
al-fatihah
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
takziah kepada keluarga..al-fatihah
 

nazim5123

Active+ Member
Messages
4,698
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
al fatihah untuk beliau dan takziah untuk keluarga
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register