BTC USD 43,474.3 Gold USD 1,750.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Selangor diberi bantuan kewangan pendidikan, insurans

kuhik

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Anak Selangor diberi bantuan kewangan pendidikan, insurans

Salmiyah Harun
Sun | Nov 02, 08 | 6:50:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - Kerajaan Selangor akan memberi perlindungan insurans kepada setiap anak kelahiran negeri itu sehingga berusia 18 tahun di samping memastikan mereka mendapat RM1,500 pada usia tersebut untuk membiayai pembelajaran kelak.

Selain memberi insurans Tabung Warisan Anak Selangor atau Tawas turut menghadiahkan RM100 kepada anak yang baru lahir di negeri itu.

Kerajaan negeri juga melancarkan skim hadiah anak masuk universiti bernilai RM1,000 khususnya kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, usaha itu sebagai membantu golongan berpendapatan rendah mengurangi beban kos pengajian tinggi anak mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Sempena Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Industri Selangor (Unisel) yang berlangsung di Dewan Utama Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai hari ini.

Beliau berkata, bidang pendidikan bukanlah satu pintu utama yang menjanjikan kekayaan tetapi ia merupakan pintu kepada peluang kejayaan besar.

Sehubungan itu, kerajaan Selangor sedang berusaha menerapkan konsep pendidikan yang mencakupi pembangunan kerohanian, psikologi, intelek, budaya dan emosi individu atau singkatannya 'Spise'.

"Apabila individu mempunyai keseimbangan antara lima elemen ini saya percaya beliau lebih mampu bertindak berteraskan ketelusan dan keadilan untuk kebjikan rakyat," katanya.

Seramai 1,600 graduan menerima diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang masing-masing yang disampaikan oleh Canselor Unisel, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. - mks._




p/s : lagi sekali syabas kerajaan PR Selangor!!:)cgrock
 
Sponsored Post

DEKAN

Fun Poster
Joined
Oct 16, 2008
Messages
628
Reaction score
0
Points
10
Huhuuuu Nak Register jadik orang selangor la plak, bley kaaa? hahahaha...
 

young and dangerous

Active Member
Joined
May 12, 2008
Messages
1,090
Reaction score
14
Points
25
ini baru namanya untuk rakyat.. kalau federal buat macam ni pun bagus.. kekayaan negara banyak..
 

DEKAN

Fun Poster
Joined
Oct 16, 2008
Messages
628
Reaction score
0
Points
10
ini baru namanya untuk rakyat.. kalau federal buat macam ni pun bagus.. kekayaan negara banyak..

'Orang' federal akan make sure diorang kaya dulu baru kayakan orang lain eheheheh tu pun kalau berbaki laaa aset negarer...
 

maliq7776

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,835
Reaction score
72
Points
75
Sehubungan itu, kerajaan Selangor sedang berusaha menerapkan konsep pendidikan yang mencakupi pembangunan kerohanian, psikologi, intelek, budaya dan emosi individu atau singkatannya 'Spise'.

yg ni duk depan.mmg aku suke:)paid
hah tu die..baru la ternganga toyo yg sebelum ni pandang rendah, ckp besar, bongkak je kat PKR!malula tuh:">
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
teruskan membela rakyat ..........
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
spatutnya pelaksanaan perkara ni da lama wujud..
namun bekas pemerintah memandang benda ni perkara yg amat ssh nk dlakukan..
klu la benda ni blh diimplementasikan di peringkat federal..
pasti terjamin kehidupan rakyat miskin..
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
spatutnya pelaksanaan perkara ni da lama wujud..
namun bekas pemerintah memandang benda ni perkara yg amat ssh nk dlakukan..
klu la benda ni blh diimplementasikan di peringkat federal..
pasti terjamin kehidupan rakyat miskin..

salah rakyat gak selama ni tak nak cuba berhijrah dan berubah
 

DEKAN

Fun Poster
Joined
Oct 16, 2008
Messages
628
Reaction score
0
Points
10
salah rakyat gak selama ni tak nak cuba berhijrah dan berubah

agaknyer rakyat mesia masih tak mengerti istilah dmokrasi yang sebenarnyer sehingga mereka dipermainkan oleh pemerintah huhuu.. sepatutnya kuasa mutlak ditangan rakyat!

Moral: Jangan pisang berbuah 2 x... next PRU hati2 :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register