hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 18,199
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 18,199
- Reaction score
- 1,251
- Points
- 201
Anak saudara ditahan susulan penemuan mayat wanita hampir reput dalam bilik
Ipoh: Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan hampir reput di dalam bilik sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang, di sini, hari ini dipercayai dibunuh.
Beliau berkata, susulan itu, seorang lelaki berusia 21 tahun yang juga adalah anak saudara mangsa bagi ditahan membantu siasatan.
"Pemeriksaan awal mendapati mayat sudah dalam keadaan membusuk.
"Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan esok bagi mengenalpasti punca kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh, esok.
Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Abang Zainal Abidin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kerana membunuh.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil memberi keterangan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan S Dasarathan di talian 012-5644484 atau ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kredit Harian Metro