BTC USD 76,585.4 Gold USD 2,684.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Presiden CAP dituduh menipu dibicara 27 Jan.

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
PULAU PINANG 24 Nov. — Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 27 Jan. tahun depan bagi perbicaraan kes Mohammed Ali Mohd Idris, anak presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M.Mohamed Idris, yang menghadapi tiga tuduhan menipu melibatkan pembelian rumah di Langkawi 19 tahun lepas.

Hakim Roslan Hamid menetapkan tarikh itu semasa kes disebut di hadapannya hari ini.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 10 Nov. lepas, Mohammed Ali, 52, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Tertuduh, seorang peniaga, didakwa menipu Ashfak Ahmad Alarakha, Mohamad Aslam Sher Mohamed dan Tufail Ahmad Alarakha melibatkan tiga keping cek berjumlah RM271,000 bagi pembelian tiga buah rumah di Taman Mahsuri, Langkawi.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Hago Enterprise Sdn Bhd, Lebuh Bishop, di sini. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register