eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR - Anak lelaki kepada Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Ang Chong Ee, 24, (gambar) maut setelah terlibat dalam kemalangan di hadapan Istana Negara, Jalan Istana di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 pagi itu, Chong Ee yang merupakan anak kepada Datuk Dr. Ang Bon Beng mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail yang dipandunya.
Kenderaan yang dipandu mendiang dikatakan hilang kawalan lalu merempuh pintu gerbang yang juga papan kenyataan elektronik sebelum tercampak ke atas jalan raya.
Difahamkan, sekurang-kurangnya lima buah lagi kereta termasuk sebuah kereta jenis BMW yang berada di belakang kenderaan mangsa turut terlibat dalam kemalangan itu apabila cuba mengelak kemalangan tersebut.